Monday, July 15, 2019

TTC part1

Entah macam mana hari ni tahun 2019 aku boleh terdetik nak jumpa doktor..actually penah jugak jumpa doktor sebelum niie..tak silap tahun 2017..lepas tu macam redo je..malas nak pk..lani dah 2 minggu lebih missP aku xsurut2..and then missP berketul dan kalau picit rasa kenyal like jelly..tadi pagi besar jugak keluar..then aku ambil keputusan jumpa doktor..sebab nak tahu masalah takut2 lah ada masalah lain plak timbul..berat aku pun smakin bertambah lepas raya nie..lemang rendang ayam yang berminyak berlemak semua sedut dar mulut ke perut..sedap..masa tue memang tak pikir diri nie dah gemok gedempol..aku tak sedar diri..

Berbalik pada yang tadi tue, aku ajak suami teman g klinik..suami pun ok je..kami pergi klinik Siti kat area Meru Klang..alhamdulillah doktor perempuan dan layanan  pun tiptop..

1st..doktor cek tekanan darah..tekanan darah aku tinggi..bacaan 150..kalau normal bawah 100..aku tanya kenapa jadi gitu..doktor nasihat pasal pemakanan..elak fast food, kurangkan garam, elak makanan bersoya seperti tempe tauhu, elak makan ayam (kalau nak makan pun ayam pencen or ayam organik)..apa yang doktor bagitaw tu memang semua makanan aku..all always favourite..tak menafikan la, minggu lepas memang bawak bekal sayur je, tak makan nasi..tapi sayur tu letak garam terlebih..memang sedap pun rasa masin2 gitu..rupanya garam tu memang punca tekanan darah tinggi..lepas ni dah boleh beringat erniey dik non..bila doktor cakap gitu, uish makin tambah garam suami aku memang betul apa yang doktor cakap..tu semua feberet dia doktor..

2nd..doktor scan my peranakan..doktor cakap rahim aku normal dan tak nampak cyst or fibrod..alhamdulillah..sebenarnya takot jugak kalau ada penyakit gitu..pastu aku tanya doktor, betul ke rahim aku ke belakang..doktor yang sebelum ni jumpa bagitaw gitu..doktor cakap memang ada sikit tapi its still normal and tak terlalu teruk..ok ku dah lega doktor cakap gitu..aku tanya lagi, ada pcos tak doktor..pcos tu macam biji biji anggur kat ovari kot..doktor kata takde..risau jugak sebab doktor lepas penah detect aku mild pcos..ok lega lagi sekali sekurangnya tahu rahim aku xde masalah..

3rd..doktor ambil darah 60ml..nak buat ujian darah dan predict lagi apa masalah aku..tengok darah aku kaler merah darah hitam..memang pekat..pastu macam ada angin je..kena cucuk tu biasa je..xsakit mana pun..doktor bagitaw dalam 2-3hari amik masa untuk tahu result..once bila result dah kuar, klinik akan call or whatapps untuk datang balik untuk prosedur seterusnya..

Kesimpulannya doktor nasihat yang penting sekarang amalkan gaya hidup sihat like turunkan berat dan makan makanan yang sihat..selalu buat exercise kuarkan peluh..kurangkan yang berminyak dan berlemak..doktor ada cakap buatlah intermitted (sory tak taw eja) fasting, diet ala lisa surihani tu..

Last sekali bayaran rm250..nampak mahal kan tapi aku rasa puas hati sebab dapat jumpa doktor dan kembali kan semangat berTTC..tapi standart la harga gitu sebab klinik swasta kan..dulu penah g LPPKN..memang murah sikit sebab separa kerajaan..
Rm180 untuk ujian darah..
Rm50 untuk scan 2d rahim..
Rm20 untuk consultion doktor..

Oklah sampai sini dulu perjalanan TTC part 1..wait for 2nd part..bye..nak masak lauk diet pegi keje..

💕💕💕


Sunday, July 14, 2019

Matlamat 2019

Assalamualaikum dan salam julai 2019..bertahun rasanya tidak menulis..bila bukak blog nie, rindu rasanya kat zaman dedulu zaman aktif blog..sekarang cik epal tengah hot..actually dari zaman 2011 lagi aku dah follow dia as blogger..buktinya tengok kat link blog Cik Epal kat belah kiri home..bila tengok orangnya dia orang yg bermatlamat, tegas dan akan kejar apa yang dia nak dalam hidup..best kan kalau jadi macam dia..pedulik lah dengan org lain, janji xsusah kan diri sendiri..

Actually tahun 2019 ni aku pun ada matlamat..semestinya matlamat keinginan pasangan suami isteri..5 years..its a long journey for me as wife to shahzul..i want to be mother too for 5-7 child..doakan kami..
Aminnn..