Monday, October 31, 2011

the lonely..

dikala kesunyian dan kesepian malam menganjak ke pagi nie aku mencuri2 masa menulis..padahal tesis tak settle lagi..hadoi..jap nak layan perasaan..mmm..sorang2 tak tido lagi aku layan lagu..semua lagu sedih2, steady, cool..memang dah jiwa aku macam nie..tapi yang paling beautiful this song :

the lonely by christina perri

2am, where do I begin
Crying off my face again
The silent sound of loneliness
Wants to follow me to bed

I'm the ghost of a girl
That I want to be most
I'm the shell of a girl
That I used to know well

Dancing slowly in an empty room
Can the lonely take the place of you
I sing myself a quiet lullaby
Let you go and let the lonely in
To take my heart again

Too afraid, to go inside
For the pain of one more loveless night
For the loneliness will stay with me
And hold me till I fall asleep

I'm the ghost of a girl
That I want to be most
I'm the shell of a girl
That I used to know well

Dancing slowly in an empty room
Can the lonely take the place of you
I sing myself a quiet lullaby
Let you go and let the lonely in
To take my heart again

Broken pieces of
A barely breathing story
Where there once was love
Now there's only me
And the lonely...

Dancing slowly in an empty room
Can the lonely take the place of you
I sing myself a quiet lullaby
Let you go and let the lonely in
To take my heart again...
 
mmm..tak tahu nak cakap perasaan aku tika ini camne..
rindu??damn!!
sayang..damn!!
mungkin.....
benci..yes..i hate u damn so much!!
 
rasa nak nanges lagi.. :'(

Thursday, October 20, 2011

aku nak simpan kau dalam peti ek..ok baik2 sayang..

 *****
Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan..
Biar aku sendiri tanpa dirimu..
Tiada lagi kata cintaku
Takkan lagi ku bersamamu
Biarku simpan semua kenanganku bersamamu
tiada lagi by amy search

maaf hati buat kau menangis lagi..jiwa aku masih merah menahan kehilangan ini..
 ***** 

assalammualaikum dan salam muah muah..

sekarang nie asal petang je mesti hujan..semalam pergi kelas tak amik helmet skali..perghh..nak balik tengok2 helmet dah macam tempurung boleh takung air..adui..kepala basah la apa ag..maklum lah dah musim musim bulan TENGKU JUH nie hujan tak kira petang petir dentum dentum sana sini..

mmm..sorry la..entri kali ini masih lagi dalam mood putus, kecewa..bukan niat untuk menghebah satu Malaysia tapi entah pada sapa lagi aku ingin mengadu, tak tertahan rasanya..maka belog nie yang jadi mangsa..
aduhhhh... :(


kadang kadang setiap kegagalan dalam perhubungan pastinya ada masalah..seperti aku jugak, selepas diteliti dan dikaji melalui rentetan hari kejadian menerusi pemerhatian, aku tidak menolak hubungan aku dan dia yang kecundang di tengah jalan ini jugak mungkin disebabkan campur tangan orang lain (orang ke-3) di mana OK3 bukan pesaing/madu merebut pasangan tetapi seorang watak antagonis yang pada mulanya menitipkan kebahagiaan dan pemusnah kebahagiaan dengan motif tidak mahu orang lain lebih dari sudu dari dia..mungkin hubungan aku dengan si dia pada dirinya atas dasar untuk kepentingan diri sendiri dan apabila hubungan dah teruk dan hampir berkecai OK3 mengambil langkah selamat melarikan diri untuk menutup perlakuan yang dibuat untuk menggelakkan aib atau kesalahan diri sendiri dengan meng api api kan aku pula dengan si dia..mungkin..ok fine..panjang giler ayat aku sampai takde titik ek..

1. ok aku sedar kesalahan aku yang utama paling besar adalah mengutuk dia..tapi pada mulanya aku takde niat nak kutuk macam2 juz nak kuarkan rasa marah aku sebab dia masih tidak berkata benar..if dia jujur, aku tak rasa nak marah pun..tapi ego lelaki tak semudah itu nak patahkan..
 .....
v
v
aku just tulis ayat nie kat wallpost gurl dia..
"JGE LAKI AWK NIE BAEK2..jgn sbb pe'el die sorg, smue pompuan dpt dpermainkn..damn!!"

and then gurl tue balas nie..
"hei sory la,ape nk kecoh2 dlm ni,aku dh jga dgn elok dh laki aku ni,laki aku dh ckup baik bg aku...klau die nk permainkn kau ska hti die la,yg kau bdoh pi lyn 2 bt pe???"

start minah nie komen macam nie, kemarahan aku semakin panas dengan mt aku..well sape yang tak melenting panas kalau lelaki dah cakap sayang kat kita, then kita pun termakan kasih sayang dia..tetibe ada kat belakang pentas ada perempuan lain dalam hidup dia..kau rasa kan, kau rasa bodoh atau tertipu??

ok..aku bukan nak tuduh kau macam2 nak tunang ke hapa..tapi aku nak kepastian..dan tiada jawapan yang boleh memuaskan hati aku..sampai aku bawak geng kutuk kau macam2 memang hangat kalau masuk melodi memang meletop la..sadis betul..nasib baik kau tak baca..kalau tak mesti kau macam nak bunuh aku kan..hahaha..

2. ok..kesalahan aku seterusnya, dalam 4x gadoh tue kebanyakkannya melibatkan OK3 yang aku katakan tadi..aku sebenarnya dalam dilemma samada mengikut kata OK3 atau percaya pada dia..OK3 orang terdekat yang aku dah lama kenal tapi dia orang yang aku baru kenal..so nak ikut jalan mana??pilih jalan hitam ke??seriously kadang2 aku memang percaya kat dia..tapi kadang2 OK3 lebih meracuni pikiran aku dan kebarangkalian untuk aku percaya kepada dia kurang sangat kurang..

mmm..bila dah jadi camni teringat pada pepatah yang dia cakap kat aku..

"kalau awak nak berjaya dalam hidup, awak berdirilah atas kaki sendiri.."

yes memang aku silap..pandangan kawan lain kat aku..
kawan : kau, sebenarnya boleh pergi jauh ngan mt kau..tapi aku dah nampak kesannya disebabkan OK3, kau tak tahu memilih samada nak dengar OK3 atau mt kau kan..
yes..itu sebenarnya yang aku rasa kan jugak..

 well..apa pun semuanya dah berlaku..
nak patah balik, together gether memang tak kan besh..
dah yang pasti kalau aku jadi dia, aku pun tak kan maapkan kesalahan mengutuk yang telah aku buat..malu kot nak jilat balik ludah sendiri..mmmm..

so..this is finale of my story..watak mt pun dah mati dalam kisah hidup aku kerana aku dah tembak dia guna shot gun HK416..


Apa makna sayang??
"kalau kita sayang kat orang tue, kita akan percaya kat dia.."
-..sharing is caring..caring is loving..-

..fin..

Wednesday, October 19, 2011

aku bukan untuknya..

assalammualaikum dan salam muah muah..

hidup tak selalunya indah..
kalau semalam aku rasa bahagia sangat, tapi hari ini kebahagiaan itu menjauhi aku..
kalau semalam hati aku berbunga bunga, tapi kini bunga itu sudah layu di dasar hati..
kalau semalam setiap hari dengar suaranya, tapi kini bisu tanpa berita..


entah mengapa sejak kejadian itu aku semakin takde perasaan..
aku tak mahu jatuh cinta ag..
aku tak mahu hancurkan hati orang lain ag..
dan tak mahu sape2 ag dalam hidup ini..
aduhh..diri sendiri yang sakit..
kalau Tuhan dah takdirkan dia bukan untuk aku..
takpe la..aku terima semua ini dengan hati yang ikhlas..
terima kasih kerana memberi pengajaran yang sangat berbaloi bagi aku mengenali dunia pancaroba ini..

ok..pasni aku nak janji kat diri aku..kalau ada someone yang hadir dalam hidup aku dan dia jugak sayang aku, seriously aku akan jaga perasaannya, memberi sepenuh kepercayaan kepadanya, aku akan sayang dia lebih dari diri aku dan bersedia memberi sebahagian hidup aku untuknya juga..nie janji aku sampai bila2 pun..

sudah la..usah bersedih lagi..kenapa perlu meratapi orang itu yang bukan milik kita lagi..jika dia jodoh kita, suatu hari nanti Tuhan akan makbulkan jua niat kita itu..tapi jika bukan, anggaplah orang ini sebagai penyeri hidup kita semasa kita sunyi..moga suatu hari nanti kita menemui seseorang yang menjadi permata di hati ini..

dulu masa dia ada, cepatnya malam berganti siang..
kini masa dia tiada, lambatnya siang berganti malam..
saya doakan awak bahagia selalu dalam hidup awak..
jaga diri baik baik..

Tuesday, October 18, 2011

3 minggu..

semalam 17/10..mungkin titik akhir perkenalan aku dan dia..dan sebenarnya bukan semalam tapi 2 minggu yang lepas lagi selepas gadoh aku nekad taknak teruskan dan reda segala apa yang berlaku..


semalam..
dia : awak, saya nak bagitaw nie..camne ek nak cakap..
aku : emmm..cakap jela apa die..tak pun mesej je kalau xleh nak gtaw..
dia : saya nak gtaw saya tak jadi tunang dengan dia raya aji nie..

ok..so..siyes aku tak rasa pape..sorry..jiwa aku tak terkesan langsung..maybe hati kau yang aku paling sayang telah aku letak jauh jauh di suatu ruang sudut jiwa aku..sama ada majlis kau jadi ke tak, aku takde hak nak tahu..sebab as you know..dan apa yang kau cakap..kita bukan ada apa apa hubungan lagi..dan sekarang aku sendiri ada cakap aku tak nak minta lebih apa apa lagi dari kau..semuanya aku letakkan padaNya dan jika ada jodoh insyaallah..aku tahu kau sayang aku jugak..

nak jengah sekejap kepada memori walaupun hati aku kelihatan pudar dan sedih.. :(

dia : salam..
aku : wsalam..ye cik ada apa..nak cari sape..
dia : bru bgn tdo ek, xyah la cik2 segan lak..
aku : saje jela..abes nak panggil apa..pakcik??mane la taw tetibe ada orang bagi salam, orang kat cni bls la..
dia : he3 wak t smbg lain k ni dah nak masuk duty ni..
aku : ooo..ok bai..

fesbuk ernieyzainal "you make me feel sweet..aigooo~~"

aku : awk, rindu!!!hehe.. :P
dia : (text cannot display..) rahsia..tett..

memang betul kita hanya merancang, tapi Tuhan yang menentukan segalanya..aku percaya Tuhan ada rancangan yang tersendiri untuk kita..kisah aku dengan dia dah abes..3 minggu kenal, 4x gado dan 1 kesalahan besar yang aku telah lakukan itu takkan mudah dimaapkan oleh dia..dan tentunya untuk kembali bersama sama bermesra untuk mencapai impian takkan mudah digapai seperti waktu berkenalan dulu..

Wednesday, October 12, 2011

entri copy paste..break..

 

Assalamualaikum
“aku dan dia dah putus…”
“kenapa?”
“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”
“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”
“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”


selepas setahun.
“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”
“kenapa? apa yang dah jadi…?”
“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”
“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”
“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”
“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum “ada…mudah.”
“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”
“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“lelaki?cinta?”

“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur :)

Tuesday, October 11, 2011

i'm play the game..and lose..

assalammualaikum dan salam muah muah..

selamat malam semua..sekuntum senyuman aku berikan pada kamu semua..:) malam semalam tadi aku rasa aku tak cukup tido..pukul 3 lebih rasanya aku tertido..plak tue dengan tido tertiarap sambil terpasang earphone di telinga..last2 lagu yang layan tido aku..then aku tersedar pukul 4.15 pagi aku kemas2 atas katil dan tido dengan betul..pastu bangun tido pukul 6.29 pagi..terus mandi, sembahyang subuh, lipat selimut dan duduk di kerusi mengadap laptop..

mmm..
mmm..
mmm..
aku teringat pulak peristiwa semalam, peristiwa semalam malam dan kalau boleh replay balik aku nak delete semua bungkus masuk dalam recycle bin dan empty kan tong sampah tue..

semalam aku dengar lagu nie..sedih.. :(
jar of hearts : by christina perri

orang kata cinta indah..kalau kita dah start play the game, kalau boleh jangan reverse or stop..kau kena play sampai penghujung baru kau bahagia..tapi kalau kau stop, pause kadang kadang boleh menjadi barah kanser yang sangat derita..kau boleh tahan sakit??

and then..this for the 2nd time, my heart is broken, berdarah dan akan menjadi parut yang tak akan hilang selamanya.."itulah aku dah warning awal2 jangan pernah dekat dengan game tue..tapi kau nak jugak..kau kata kau nak rasa bagaimana adventure nye game tue kan..amacam besh tak??memang seronok kan..berbunga hati yang sekejap..aduh, saya sudah jatuh cinta..tapi bila hati kau tengah mekar sekembang mawar merah, tetibe kau taw die ada steady gf merangkap bakal tunang, then apa yang kau rasa??"
bangang kan..eh aku bengang..

awak..
kenapa saya kenal awak ek??
kenapa saya boleh cakap saya sayang awak ek??
kenapa dengan mudah saya boleh lafazkan luv u too kat awak gak??
agaknya saya memang bodoh termakan dengan kata2 camtu..
dan..
pengakhirannya adalah sangat menyakitkan hati..
tengkiu wak ntuk segalanya..
:(

Saturday, October 8, 2011

babak cinta 1..

assalamualaikum dan salam muah muah..

tengkiu awak..thats a great momories and sweet things yang penah aku lalui walaupun sekejap..mungkin Tuhan sengaja nak berikan aku rasa cinta yang benar2 nikmat dan mengasyikkan itu..aku sangat2 menghargainya..tapi Tuhan tarik cepat2 nikmat itu sebab tak nak aku terpengaruh dengan taklukan nafsu duniawi..

hey..saya rindu la..saya memang sayang awak..betul..saya tak tipu..
tapi..
disebabkan awak..sebab awak tak jujur saya tolak awak sampai jatuh..saya tak nampak lagi cinta..saya sanggup ketepikan rasa sayang jauh ke lubuk hati..saya kecewa dan hati saya pedih dan sakit bila mengenang kembali..tipu kalau saya takde perasaan walaupun sekelumit rasa..

apa makna sayang kalau takde kejujuran??
apa makna cinta kalau keikhlasan hanya di bibir??
apa makna hubungan yang mesra kalau kita meletakkan hubungan itu hanya berlandaskan nafsu??

awak, macam nie ke perangai awak sebenarnya..macam mana nak jadi ketua keluarga suatu hari nanti..adakah bakal bini awak sudah reda dengan pe'el awak sebegini rupa sehingga tidak dapat mengawal dan mengubah awak kepada sesuatu yang elok..kesian kaum wanita sekarang..dipermainkan..hebat lelaki..berbekalkan kata2, janji2 manis mudah untuk mencairkan sekeping hati wanita..senang sangat..lihat, akhirnya wanita jugak dikatakan bodoh..bodoh sebab melayan lelaki yang sedang memainkan seorang wanita..

k la..ngantuk yang tak tertahan..
sambung tulis esok yep.