Sunday, August 7, 2016

Teringat

Assalammualaikum dan selamat malam..
Malam ini ku nyanyikan lagu rindu..untuk awak yang jauh di sana..yang selalu ku tunggu dalam mimpiku..

Petang tadi dalam perjalanan pulang ke jb, air mata ku tiba tiba mengalir deras..seperti budak kecil mengengek nangis..entah mengapa hati ku sungguh sayu, sedih dan masihkah ada peluang untuk aku menjalani kehidupan berkeluarga..??masuk tahun ni hampir 2 tahun lebih kami berPJJ..mungkin belum tiba masanya kata Tuhan..

Ya Allah, Tuhan Yang Memberi..aku redo atas jalan hidupku ini Ya Allah..andai ini jalan qada dan qadar Mu Ya Allah..aku percaya satu hari nanti ada rezeki untukku juga..tak mengapa sesekali air mata ini mengalir menemani diri ini..semoga Kau berikan aku kekuatan hati dan jiwa dalam menjalani hidupku..

Mintak maaf air mata..mintak maaf hati..aku xmampu memberhentikannya dari terus mengalir..hatiku begitu sedih malam ini..

Untuk sang pencinta yang ku rindukan, andai satu hari nanti aku sudah tiada dalam hidupmu, ingatlah aku sangat menyayangimu semasa hayatku masih ada..

Sabtu
9.45pm
Bilik kecil

Monday, April 4, 2016

Mood sedih

Aku ingin engkau slalu
Hadir dan temani aku
Disetiap langkah
Yang meyakiniku
Kau tercipta untukku
Meski waktu akan mampu
Memanggil seluruh ragaku
Ku ingin kau tau
Kuslalu milikmu
Yang mencintaimu
-ungu-

Entah mengapa hati aku terasa sepi, sedih..
Marah mungkin juga..
Kata rindu diucapkan tidak disambut..
Dibalas pula dengan bahasa kasar..
Sedih..
Mungkin aku kayu batu yang xde hati perasaan..
Salah ke aku rindu..??
Benar ustaz kata, biar lah rindu pada yang satu, pada yang Esa, Tuhan iaitu Allah..
=(


Monday, March 28, 2016

Rindu mac 2016

Ermm rindunya kat abang..
Sayang rindu nak makan sama2 abang..
Begitulah pesanan ringkas kepada abang lepas balik sekolah tadi..


Terasa lambat bumi berputar untuk menyatukan kami..
Hari ini hari hampir 2 tahun kami PJJ dari kawin dulu..
Alhamdulillah gua masih bersyukur atas rezeki dan nikmat yang diberikan walaupun bukan rezeki yang ditunggu tunggu..nikmat cinta, rindu dan kasih yang berpanjang hingga ke Jannah..in sha Allah..Kau berikanlah kekuatan iman, hati dan jiwa raga untuk aku mengharungi kehidupan semasa PJJ ini..
Ya Rabb aku minta Kau dekatkan kami suami isteri, kurniakan kami zuriat yang sempurna soleh dan solehah..Amin Ya Rabbal Alamin..

Nota kaki : gua on diet atkins..day 1..go girl you can do it..
70 to 60!!!