Selamat Ulang Tahun ke 40..
Guru Penjana Trasformasi Pendidikan Negara..
Cikgu, selamat hari guru..
"Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa,
Jika hari ini seorang Raja menaiki bertahta,
Jika hari ini Presiden sebuah negara,
Jika hari ini seorang ulama yang mulia,
Jika hari ini seorang peguam menang bicara,
Jika hari ini penulis terkemuka,
Jikan hari ini siapa sahaja menjadi dewasa,
Sejarahnya dimulakan dengan seorang guru biasa,
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca.
-Usman Awang-
,,
,,
,,
,,
,,
,,
teringat masa kecik2 dulu, bila time hari guru mesti nak bagi cikgu hadiah..entah tak tahu mengapa kan..hehe..sanggup heret mak g emporium (the store) beli hadiah..hadiah paling besar aku pernah bagi kat cikgu ialah kotak tisu dekat cikgu sekolah agama kalau tak silap aku..then hadiah paling comel semestinya pen merah, pen biru, you marah i love you..hehe..
haha..dah banyak la lupa pasal sekolah2 ni..
ok la..untuk cikgu2 semua..
cikgu..terima kasih atas ilmu yang diberikan sehingga saya masih dalam proses menjadi manusia berguna..insyallah..jasamu yang kental dan sabar mengajar anak murid mu tidak ternilai harganya dan enggak mungkin bisa dibayar dengan uwang ringgit nya..ehhh..tetibe ayat indon..ceh rosak Bahasa Melayu..tanpa mu cikgu, sapa la kami..mana mungkin kita boleh menulis membaca mengira dan menghafal (jika susah sangat nak faham..)
terima kasih yang tak terhingga dan selamat hari guru kepada..
cikgu tadika Al-Abim,
cikgu Sekolah Agama Kenangan Dato Onn,
cikgu SK Tengku Mariam,
cikgu SMK(P) Temenggung Ibrahim,
cikgu cikgu tuisyen dari sekolah rendah hingga sekolah menengah,
cikgu Kolej Matrikulasi Johor,
dan tak lupa juga
pensyarah pensyarah UPM yang telah mengajar dan tak jemu2 melayan kerenah kami yang nakal ini..semoga ilmu yang diberikan itu akan kami manfaatkan dan ingat sehingga benar benar menjadi guru suatu hari nanti..
p/s : apakah Hari Guru lama kelamaan hanya sekadar satu hari, tanpa pengisian dan penghayatan daripada pelajar-pelajar, murid-murid dan penuntut-penuntut?
Jika dulu nakalnya pelajar membawa kepada kejayaan hari ini, tetapi nakalnya pelajar kini membawa kepada kesusahan hati ibubapa, guru, masyarakat dan negara. Nakalnya pelajar dahulu bila dirotan, ditambah lagi oleh ibu bapa..tetapi nakalnya pelajar kini tidak boleh disentuh, nahas padahnya. Tidak dibelasah guru itu, kereta dicalar dipancitkan tayarnya.
No comments:
Post a Comment