mmm..macam macam..nak exam ni..tapi macam tak exam ja..rilek gila gila betul aku ni..nota pun tak telan betul betul lagi ni..kalau telan abes konfem botak kepala aku..tercabut cabut terus rambut..4 plat terus..keh3..poyo la pulak..apa la nasib paper exam esok ek..huuuhhhh..
then..
ini serius..megi saya sudah kembang..
“berdasarkan PENGALAMAN sekeliling..”
kali ni aku nak cakap pasal perangai dan sikap manusia di muka bumi ini..
“cehh....pandai pulak kau nak berceramah, bertazkirah pasal akhlak manusia ni..
orang cukup ilmu je boleh cakap bab bab ni..”
ahakkss..sukati hati aku la nak cakap apa pun ek..aku sekolah agama gak..sampai darjah khas..ilmu masih ada di simpan dalam dada..tapi entah mana silapnya pun aku pun kadang kadang setan gak..langgar tu langgar ni langgar lari..
tapi yang aku nak tulis ni..
aku lihat, aku rasa, aku pandang, aku tenung, aku renung, aku fikir dan aku tulis..
Lately..eh bukan rasanya dah lama nak tulis benda ni..aku rasa macam nak KONDEM orang je..BO la manusia manusia kat dunia ni..boleh jalan ahhh..semua macam SI&BA..kurang ajar, tak hormat (tapi tak pernah minta respek pun), suka ikut kepala sendiri (besar kepala), pentingkan diri sendiri, mengarah membabi tuli, ego tahap kasut tumit tinggi, berlagak baik, muka kuih lapis, pandai berlakon drama Nur Kasih (air mata berjurai-jurai), dan macam macam lagi perangai pelik entah tinggal benua mana tah..dah nama pun manusia yang ada akal dan nafsu..so tak boleh nak kata apa kan..
kalau orang yang tak berapa nak baek macam aku ni, aku takde hal la nak ia ia sangat mengondem..ni kadang kadang ada yang sembahyang CUKUP 5 waktu (itu pun kalau yang tak uzur la.. uzur pun ada macam macam kan, sebab period, keluar mazi atau mani, bersetubuh dan lain lain..< , ni aurat tutup tutup..siap pakai handsock, legsock, bodysock, bodyshop macam macam la tapi perangai pun macam haram..harapkan yang tersurat nampak baik, nampak terjaga, nampak terpelihara tapi kalau yang tersiratnya gelap so apa gunanya..sorry aku benci dengan manusia manusia yang telah dinyatakan tadi!! jangan tanya kenapa..so apa hal nya aku nak EMO emo tak tentu pasal ni ek??nak jaga tepi kain orang plak..biarlah..tapi isunya tetap sama, aku benci dengan manusia manusia macam ni..
kalau nak ikutkan tanggapan aku, aku macam wah bagus la orang yang cukup 5 waktu, dalam facebook tulis ayat-ayat Islamik (aku harap bukan rasa nak menunjuk), aurat pun jaga (bukan macam aku la kadang kadang lengan ternampak, kepala togel kejap..) tapi kalau perangai tak baik pun tak guna gak buat pahala..setakat drama air mata, suara sedih sedih boleh la manusia lain nak kesian..sabar ye sabar ye..sebab manusia ni jenis begini..cuba jumpa manusia yang kurang dapat menjiwai watak sedih, keluar air mata pun pakai bawang besar dulu..so macam mana pulak..adakah manusia lain boleh jadi kesian??
**pernah dengar tak “air mata perempuan adalah senjata paling tajam untuk lelaki”
Konfem konfem manusia yang berjantina lelaki akan terasa kelemahan dan keayuan apabila manusia yang berjantina perempuan mengalirkan air mata..timbul rasa simpati sebab dia dah nanges sebaldi..keh3..perggghhh..jahat gila aku ni..
Kejap!! aku taknak la kondem orang tapi diri aku pun tak terjaga sangat..dan aku pun not perfect ok!! tapi yang nyata, yang jelas, yang sahih, aku benci manusia sekarang!!sekeliling aku..aku macam nak bunuh bunuh diorang je..atau aku sendiri yang akan bunuh diri..ahhhh…lemau la semua tu..boleh blah la..manusia lain mungkin akan suka sekali melihat perangai pertama yang sangat baik hati..tapi kalau yang seterusnya adalah lakonan semata-mata dan cuma manusia tertentu sahaja yang nampak dan boleh mentafsirkan, macam mana pulak??yang terkena ni memang boleh simpan dalam hati..tapi kalau yang di simpan itu sudah bertan-tan beratnya nak luak ke mana pulak??simpan dalam hati lagi??tak pecah jugak ke?? hahaha..
Lastly pada pandangan aku lah, perangai yang tak berapa baik memang sukar untuk diubah..ia dah macam jadi satu habit..manusia memang tak pernah puas..boleh nak ubah..ingat asal usul dari mana..jangan lupa daratan..dan yang penting HATI kena cuci bersih la beb..kalau hati busuk wek wek, perangai macam mana pun tetap tak baik..yes!!semua orang nak yang terbaik..tapi adakah yang zahir sahaja nampak baik manakala yang batin tak perlu di sental?? Dan kalau nak betul betul perfect pun..boleh..tapi BERINGAT k..
Gua nak chau dulu ya..lenkali aku nak tulis yang lagi mantap lagi..
Perggghhhh..memang ada yang nak sentap kan??
Memang lebam la biji mata aku pasni..
Tak pun jeling aku sebelah mata..
so anda baca..anda fikir..anda rasa??
p/s : aku tak kacau hidup orang..so jangan kacau hidup aku..aku cuma meluahkan apa yang terlintas..
wassalam…;)
No comments:
Post a Comment