Kenapa baru nak menghargai??
Dulu Tuhan dah plan baek punye tuk kau tapi kau buat tak tahu je..apa hal??
Die dah benci kau la..
Dan jangan harap..
Sampai mati pun kau tak akan cium bau dia..
Kenapa baru nak kisah??
Dulu dia suka kau tapi kau buat tak tahu je..apa hal??
yes..ini padahnya jika tak jujur pada hati..
Hirislah luka kau dalam dalam supaya mati segala ingatan..
dan jangan harap..
dia datang nak balut luka kau kembali..
Aku rindu..tapi benarkah hati ini betul betul rindu padanya??
Kadang kadang aku nak terserempak dengan dia dan imagine macam macam..tapi adakah kalau terjumpa dia sekalipun dia akan ramah dengan aku??
Aku teringin nak bual bual panjang ketawa dekah dekah dengan rasa cool dengan dia..tapi bolehkah perkara ini terjadi sebab aku macam dah tak kenal dia lagi..
ahh..ini semua imaginasi bodoh je..kau rasa kau boleh nak pergi ke zaman sejarah semula..imposibble beb..kartun Doraemon pun adalah imaginasi teragung hasil karya Jepun..mengarut la..
its ok..i'm ok..everything its OK!!!
..
..
..
..
..
Z : kau menyesal??
A : Tak..sebab itu pilihan yang memang telah aku tentukan..cumaaa…
Z : Cuma apa??
A : Cuma aku terkilan aku bukan kawan dia lagi..semuanya jadi ganjil..
Z : bukan kau dah tolak dia dari awal lagi ke??
A : no..aku tak pernah tolak dia..cuma aku tak berapa nak sedia..sebab tue aku diamkan diri, wat tak taw je..sekarang aku faham kenapa lelaki dan perempuan takkan jadi kawan baik (bff)..
Z : kau dah ambil langkah yang salah..
A : mungkin..aku takde kredit la masa tue..
Z : takde kredit pun jadi problem..pinjam la kredit kawan kau..
A : siyes..lagipun aku malas nak mintak mintak orang..dan lagi satu hormon progrestron aku tak berapa nak matang sangat..so aku malas nak fikir panjang untuk masa depan..at last aku pegang pada satu ayat nie..“Andai ada hari, pasti akan bertemu kembali..”
Z : haha..sempat lagi berjiwang..berapa lama dah kau simpan ayat tue??
A : ada je sampai sekarang..tapi aku dah tak yakin dengan ayat tue..macam lemau je..siapa lah cipta ayat ayat bermadah macam tue..
Z : haha..kelakar..sape suruh kau percaya??
A : hati aku suruh buat macam tue..bila dia cakap dia harapkan lebih dari kawan, aku rasa takut, bimbang, mahu tapi taknak masa tue boleh tak..sebab aku takut tak dapat berikan yang terbaik dalam perhubungan itu nanti..mungkin jugak takut pada komitmen..yes..yang lebih penting aku tak sedia nak kongsi macam macam..aku tahu dia jujur nak kan satu perhubungan tapi aku takut disebabkan ketidaksediaan aku memberikan secara ikhlas dan jujur mungkin hubungan itu akan diburu rasa serba salah..so apa maknanya hubungan itu..sedangkan pada aku sesuatu perhubungan yang benar benar dari lubuk hati itu sebenarnya pengakhiran yang dimahukan adalah perkahwinan yang kekal abadi..
Z : ko tahu tak sebenarnya kau dah bunuh hati dia??
A : tak tahu sebab aku anggap diri aku takde perasaan..sehingga satu tikanya baru aku tahu..and then now!! aku baru tahu makna menghargai apa yang telah hilang..
Z : pergi la usha dia..mana taw dia ingat kat kau lagi..
A : aku harap aku tak gedik lagi..dia marah gile kat aku..
Z : kenapa??
A : sebab aku dah cucuk pisau kat jantung dia..
Z : kau suka dia??
A : suka..dalam kelas buat tak taw tapi tetibe 1st time nampak dia depan koop lepas exam paper fizik dulu aku dah buat satu sasaran kat dia..secara tiba tiba aku tersenyum dengan gembira kat dia walaupun aku tahu paper fizik aku memang hancur rentap dada masa tue..
Z : kau cinta dia??
A : takde istilah cinta jika kita belum memiliki..sapa aku nak cakap pasal cinta ni..awal awal lagi aku dah baling ke laut..
Z : so apa kejadahnya kau mengarut panjang panjang ni..
A : saja..nak puaskan hati dan entah la ……………………………………….
(Perbualan ini tidak kaitan untuk mewujudkan satu motif…motif???huuuu.. watak A dan Z juga adalah rekaan yang tidak ada kena mengena pada mereka yang sudah mati..)
-masa itu dah tamat untuk aku..tetttt..
Anggaplah ikan kembung masak asam pedas sudah kering di atas api..
p/s : sekarang tahun 2011..
aku sudah mahu bersedia untuk berubah ke suatu tahap yang lain yang aku pun tak pasti apakah tahap itu..mudah mudahan ianya suatu yang berbeza ke arah kebaikan..insyallah..
pssstttt..psssttt..bila la agaknya si dia hendak ada gf ek??