hey uoollss..assalammualaikum..whatsup today..
korang da breakfast??ok..pape hal pun before nak wat keje apa pun mesti ambil breakfast k...breakfast tue penting untuk tenaga, t kang pengsan tengah jalan sapa nak angkat..lau pakcik or makcik hensem atau cantik maybe la ada nak angkat..tapi lau pakcik/makcik gemok gedempol tren tarik balik yang angkat kot..yuhuu..ok..aku tak nak masuk campur sebab buat masa nie aku try nak turun berat badan..ari2 timbang naik balik..geram je asik turun naik..mmmm..rase macam dah kurangkn makan tapi nak wat camne timbang tue biol kot..jarum die terlajak jaoh..haha...
aritu 2 ari lepas aku jumpa satu blog kurus nie..jeng3..semangat2 nak kurus nie weh..maybe semua orang dah taw pasal DIET ATKINS..and aku baru tahu rupanya!!!!orang laen dah sampai UK (ulu kelang je), aku masih kat BP(batu pahat)..so i must do it!!!just do it erniey!!! aik da macam jurucakap nike plak..ok..ok..korang yang gemok boleh la try2 mana taw boleh turun 10 kg lam masa 2 minggu...thats great..trun semulajadi ma...tak perlu tak payah kuarkan duit beli produk kurus yang popular di pasaran..agpun aku percaya 101% korang gemuk pun semulajadi..so....
let aku story morry kat sini ye...
korang nak taw, actually aku jeles and admire body ersalina nie..real great..wow...(ok..korang mesti paham apa yang dimaksudkan dengan wow tue kan..)yihuuu...!!
****
PERHATIAN PEMBACA2 SEKALIAN ALAM..
Peringatan : Pregnant
ladies dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan
Atkins Diet!!! Consult doctor anda sebelum mengamalkan diet ini...!
Atkins Diet ialah jenis pemakanan sihat yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins untuk membantu
korang mengurangkan berat badan dengan menggunekan konsep mengurangkan
karbohidrat...Cerite banyak pun tak gune kan kalau korang tak buat kan?
****
Atkins diet terbahagi kpd 4 peringkat
:
1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-Maintenance
4. Lifetime Maintenance
* Induction sekurang kurangnya 2 minggu..itu kalau setakat nak kurang 2-3 kg boleh la..kalau banyak nak turun, lama la induction ok?
Induction
ialah bahagian yang paling penting dalam atkins kerane ia ialah tapak
asas kepade diet ini...tak buat induction,sori,gemuk la smpai
bebile...huhu...
Ape
yang berlaku tyme induction? Berlakunye proses KETOSIS..proses dimane
badan menukar daripade menggunekan karbohidrat sebagai tenage kepade
menggunekan lemak sebagai tenage..waktu ni memang biase kalau korang
rase lapa sebab ini adelah perubahan drpd pemakanan x senonoh yang
korang buat...tapi percaye cakap aku,korang takkan rase lapar da selepas
itu sebab dalam diet atkins nih,calory tak dikire...jadi,makanlah
seekor ayam pun kalau suke dan banyak duet...huhu..:D
Untuk induction,20 gram karbohidrat sehari sahaje dibenarkan..Biasenye
penurunan berat badan yang mendadak akan berlaku ketike induction,dan
lebih bagus jike diteruskan berterusan untuk jangke mase yg lame...
Pantang larang 2 Minggu Induction:
1. Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSAM, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU,OAT dan yang sebangsa dengannya.
2. Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti
jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.
3. Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4. Elakkan Buah-buahan
5. Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc)
6. Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7. Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang
biasa, gajus, kuah kacang, dhal,ataupun kacang je soalan exam....
8. Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9. Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.
********************************************************
Boleh Makan:
1. Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2. Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa
tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...
3. Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4. Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.
5. Sayur..kebiasaannya sayur yang kurang carbs berwarna hijau..semangkuk maksimum sehari..
6. Cheese Slice..hadkan 2-3 keping sehari..
7. Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih
sehari..kenape? air boleh bantu untuk pembakaran kalori dan penghadaman
makanan..
8. *edit...jangan ambil daging burger..carbs agak tinggi..kecuali
brand beef pride..carbs rendah..tapi hargenye mahal,4keping rm8..ade
bran nak beli? huhu
10. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan
multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan
badan.
Diingatkan! Air boleh cepatkan proses pembakaran kalori..jadi,minum!!! Banyak!! Air kosong k...
AIr mestilah lebih daripade 10 gelas sehari dan mesti diminum sebelum makan atau pun ketike dalam keadaan perut kosong...
Mesti air kosong..kalau minum air manis,boleh la buat blog taknakkurus.blogspot.com pulak...huhu
Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!
Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)
Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)
Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!
Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
InsyaAllah, try diet ni selama 2 minggu,hasil yg mendadak akan kelihatan...gud luck bebeh!!
sumber : Blog Saya Nak Kurus...
awak nak??saya nak!!!