assalammualaikum dan salam sayang untuk korang semua..
yuhuiii..nak promote sikit la untuk mereka2 yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam tahun nie dalam tahun depan..promote untuk dapatkan baucer untuk kad kahwin..lau dapat baucer nie sekurang kurangnya dapat la save bajet untuk keperluan kahwin nanti..macam mana nak dapatkan baucer nie..lai lai lai..korang kena masuk pertandingan ini..Pertandingan menulis kisah cinta korang..menarik bukan...pertandingan nie tamat 31 MEI 2013..
sebenarnya aku baru je masuk tadi..hope dapatlah 1st prize..ok aku nak berangan jap..seronoknya lau menang kan..kad kahwin ada orang sponsor..baju, hantaran, pelamin, makeup, fotoshoot takde orang sponsor lagi..mak ai..banyak tue nak cari bajet lagi..ko berangan lagi...hoi erniey, hang nak kawen esok ka..aku kawen lama ag, tapi aku dah gatai na mau kawen..hik3...ok la..tak mau celoteh panjang lebaq..mai baca la kisah cinta aku..lepas baca, t hangpa like la sekali kat photo aku tue..mai cheq link kan yep...
KISAH CINTA SAYA..hik3 malu malu kucing la plak cheq..
--
tersebut la kisah, once upon a time....
a long long ago.....
Kata
orang cinta itu datang tanpa kita duga. Tak tahu bila, di mana dan bagaimana.
Tahu tahu semuanya sudah terjadi begitu saja. With whom we meet, how we meet,
when we meet, only the universe know. Dulu pernah berangan, 3 benda yang aku
nak untuk bakal imam aku. Dia mestilah bertanggungjawab, jujur dan sedap mata
memandang (kira hensem la). Kalau takde yang hensem tue pun takpe, janji 2 yang
utama tue ada pun jadilah in sha allah sempurna. Ok, itu cuma intro beb, cerita
cinta aku belum start lagi la.
Perkenalan
kami adalah satu yang tidak terduga. Aku langsung tak pernah kenal dia dan dia
pun tak pernah kenal aku. Malah boleh dikatakan cinta pandang pertama di mata
dia. Tapi pada aku itu hanya satu perkenalan biasa dan tidak terfikir untuk
melangkaui hubungan yang lebih jauh, malah tidak pernah mengharapkan apa-apa.
Perkenalan kami pada 19/11/2011 membuahkan bibit-bibit cinta kami sehingga ke
hari ini aku sudah menjadi tunangan dia. Ceritanya bermula pada suatu hari
kawan aku plan nak pergi berkelah di Bukit Fraser bersama kawan lelakinya.
Kawan aku nie pun ajak aku dan kawan perempuan dia sorang. Dan kawan lelakinya
bawa seorang kawan juga. So nak dijadikan cerita kami pergi 3 perempuan 2
lelaki. Dia adalah kawan kepada kawan lelaki kawan aku. (sori kalau rasa
tergeliat lidah bila baca). Sekali pandang muka dia macam Detektif Lim yang
berlakon dalam cerita Gerak Khas. Dua kali pandang memang nampak sebijik sama,
tapi dalam hati aku ahh tak mungkin la. Dalam hati aku, ahh ada aku kisah plak
dengan mamat dua orang nie. Lau muka sama pun apahalnya dengan aku. Memang dah
menjadi sifat semulajadi aku, aku memang suka berprasangka buruk terhadap
lelaki walaupun muka mereka nampak baik tapi memang aku tak pernah percaya kat
lelaki sepanjang hidup aku.
Sepanjang
perjalanan ke sana, kami berborak-borak. Dalam hati aku sempoi gak mamat nie
dan bab berlawak bukan main. Setelah separuh perjalanan ke sana driver
bertukar, maka si dia la yang memandu sampai ke puncak Fraser. Masa nak
memulakan perjalanan tue aku duduk di bahagian belakang dia dan dalam masa yang
sama aku terdengar dia baca doa naik kenderaan, panjang plak tue. Dalam hati
aku, pergh mamat nie tadi nampak sempoi gila2 tapi bab baca doa tak tinggal.
Ada sedikit kekagumannya di situ sebab aku masuk kereta pun tak baca doa
panjang macam tue. Just baca bismillah saja. Ok dalam hati aku lagi, lau dia
baca doa pun ada aku kisah ke?? Ahh..lelaki semua sama je, secara luaran semua
orang leh bajet baik kan. Sampai je di Bukit Fraser kitorang yang perempuan
snap2 gambar, posing sana posing sini dan happy gila dapat mandi air terjun kat
Bukit Fraser. Lepas berkelah kami pun balik, lagipun hari dah petang, semuanya
keletihan dalam kereta dan tak banyak cakap, tapi adalah sikit2 dia wat lawak
bodoh.
Dalam
perjalanan balik dia yang drive, sampai la ke kolej aku. Ooopss dari tadi story
lupa nak bagitaw, nama dia Apek. Masa nak angkat barang dari bonet kereta tue
aku tengok dia pergi ke bawah satu pokok tue. Entah kenapa aku pun tak tau.
Ahh..apa aku kisah plak dia nak g mana pun kan. Bukan lepas nie aku jumpa dia
lagi. Aku pun tak harapkan apa2 hubungan walaupun sebagai kawan selepas
berjalan jalan ke Bukit Fraser satu hari nie. Then dalam nak menapak ke kolej
nie, kawan aku cakap, “eh ada tinggal pape lagi ke?”. Dia dengan laju menjawab,
“errr..ada..no telefon…”. Dalam hati aku, ooo nak no telefon kawan aku ke
nie..ok la..dalam hati aku lagi..ada aku kisah plak kan. Then kawan aku pun nak
bagi, aku tengok jela gelagat dia cepat2 keluarkan handphone dari poket dia.
“017-315****..ok setel ea??. Tetiba aku tersentak!!Hahhh..weh apasal ko kasi
nombor fon aku!! Kawan aku pun jawab, “Apek, apa2 hal kau setel dengan dia la
ea..hihi..” Pergh..masa tue jahanam betul kawan aku nie. Bermula dari situ aku
dan dia mula berkenalan. Lagipun masa tue, dua dua baru putus hubungan di
tengah jalan. Jadi apa salahnya mencuba jika ada jodoh. Rupanya dalam diam dia
awal2 lagi dah jatuh hati saat pertama kali terpandang aku dan merisik aku dari
kawan aku dalam diam. Dan rupanye masa drive, masa di Bukit Fraser dia sentiasa
memerhatikan aku gerak geri aku dari jauh. Alhamdulillah aku bahagia dengan
dia. Terima kasih awak sebab terima saya seadanya.. ^_^.. In sya allah tahun
depan kami akan melangsungkan hari bahagia. Amin.
--
ok tamat la sudah story aku..tiap2 ari rasa bahagia tau macam berlari2 di taman bunga..hehe..lau korang rasa besh please la like tuk kami ye..nie link nya
dan kalau korang nak join sama pun boleh..just click di sini..
ok..gud luck click banyak2 taw ajak kawan2, pak mok sedaro, jiran tangga tangga dan lain2..
tengkiu semua..
^_^
Ingin mencari situs poker online terpercaya dengan winrate yang tinggi dan melakukan WithDraw setiap harinya? JPSPOKER pilihan kita!!
ReplyDeleteJPSPOKER menyediakan Bonus Berupa sebagai berikut:
- Bonus New Member 20%
- Minimal Deposit / Withdraw Rp. 15,000.-
- Bonus Refferal 10%
- Bonus Next Deposit 5%
- Bonus Rollingan Mingguan 0.3% - 0,5%
- Proses Deposit / Withdraw Cepat
- Bonus TurnOver Bulanan
Mensupport 4 Bank terbesar di indonesia yaitu:
✅BCA
✅MANDIRI
✅BNI
✅BRI
Menerima Deposit Via Pulsa TELKOMSEL,XL Dan via Uang Elektronik lainnya berupa:
👍OVO
👍DANA
👍GOPAY
Jika anda perlu bantuin bisa hubungi kami di:
📲 LiveChat: www. jpspoker8 ,com
📲 LINE : jpspoker
📲 Whatsapp : +6282370836863
📲 YM : JPSPOKER
PANDUAN BERMAIN JUDI ONLINE
POKER ONLINE
IDN Poker
Agen Poker
Poker Terbaik