sejarah LAHAD DATU
Ya!!!
Memang benar!!! Sejarah telah membuktikan bahawa Kesultanan Sulu pernah
memerintah negeri Sabah NAMUN ianya telah lama BERAKHIR dan Sabah telah
pun MERDEKA pada 16 Sept 1963 sebagai NEGERI SABAH dan kemudiannya
bersama dengan Sarawak (dan ketika itu disertai oleh Singapura) telah
bersetuju untuk menyertai dan seterusnya bergabung bagi membentuk
PERSEKUTUAN MALAYSIA (Pada mulanya pembentukan persekutuan Malaysia
adalah pada 31 Ogos 1963 namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan
ianya terpaksa ditangguhkan kepada 16 September 1963). Akan tetapi,
tiba2 entah dari mana muncul pula seorang lelaki yang mendakwa dirinya
sekarang adalah Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu "Sultan" Jamalul
Kiram. Entah mengapa setelah sekian lama "menyepi" dan kini "Baginda"
secara "tiba2" telah memunculkan bersama para pengikutnya atau lebih
dikenali sebagai "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk mengambil alih
pemerintahan wilayah Sulu di timur negeri Sabah.
Namun begitu "Baginda"
telah terlupa sesuatu, "Baginda" mungkin terlupa bahawa pada 22 Januari
1878 di Istana Sultan Sulu, datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian
(bertulis) dengan William Cowie iaitu wakil daripada Syarikat Borneo
Utara British (BNBC) untuk "menyewakan" atau "memajakkan" negeri Sabah
serta kawasan Borneo Utara (sedikit demi sedikit) kepada BNBC tetapi
dengan syarat, Baginda hendaklah diberi perlindungan daripada ancaman
Kuasa Laut Tentera Sepanyol di Filipina (namun ketika penghujung tahun
1700, kesemua saki baki wilayah jajahan takluk Kesultanan Sulu telah
diserahkan kepada Sepanyol) BNBC juga telah membayar wang pampasan
kepada Sultan Sulu pada ketika itu. Ianya jelas bahawa kedua2 pihak
telah bersetuju dengan perjanjian tersebut dengan tidak ada sebarang
unsur PAKSAAN atau TIPU HELAH. Kemudian diakhirnya, pentadbiran Sabah
telah diserahkan dan diambil alih sepenuhnya oleh pihak British untuk
ditadbir (Ianya berlaku setelah Tentera Jepun menyerah kalah ketika
Perang Dunia Ke-2 baru berakhir). Dan perkara yang paling menarik/aneh
sekali ialah, apakah yang Sultan Sulu lakukan ketika Sabah (Borneo
Utara) dijajah oleh Jepun pada tahun 1941?? Jika benar Sultan Sulu
ketika itu masih mempunyai "HAK" di Sabah dan betul2 SAYANGKAN negeri
Sabah (sebagai seorang Sultan), pernahkah Baginda berusaha untuk
menghantar "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk membebaskan &
menyelamatkan Sabah dari serangan Tentera Jepun??? (Seperti yang berlaku
di Lahad Datu sekarang) Jawapannya TIDAK!!! Kerana dikepulauan Sulu
sendiri (tempat dimana Sultan Sulu ketika itu telah bersemayam) juga
telah dijajah oleh Jepun.
Sebelum Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada
16 September 1963, Sultan Sulu ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail
E. Kiram I sendiri telah menyerahkan 'hak' pemerintah Baginda di Sabah
& Borneo Utara kepada kerajaan Filipina yang ketika itu ditadbir
oleh Presiden Macapagal pada 12 September 1962 yang berhasrat untuk
menentang dan menghalang Sabah daripada bergabung untuk membentuk
Gagasan Malaysia. Ini secara tidak langsung membuktikan Sultan Sulu
ketika itu "tidak serius" serta bersikap "lepas tangan" dalam isu ini.
Akhirnya perbuatan itu memakan diri apabila waris keturunan Sultan Sulu
terpaksa "mengigit jari" kerana pada tahun 1989, kerajaan Filipina
akhirnya telah mengugurkan tuntutan mereka keatas Sabah demi memperbaiki
hubungan Diplomatik dengan Malaysia. Dan sehingga sekarang, ramai yang
tidak sedar bahawa Kerajaan Malaysia TETAP & MASIH membayar USD5300
kepada Sultan Sulu sebagai wang saguhati, akan tetapi "Baginda" mendakwa
wang saguhati tersebut tidak cukup kerana "Baginda" merasakan dirinya
berhak mendapat 50% daripada wang hasil ekonomi negeri Sabah (mungkin
"Baginda" tamak). Dan mungkin "Baginda" sekali lagi terlupa, sebelum
pembentukan Malaysia, Laporan Suruhanjaya Cobbold (CC) pada Jun 1962
telah membuktikan bahawa majoriti rakyat & penduduk Sabah telah
bersetuju untuk bergabung bagi membentuk Gagasan Malaysia. Mungkin
"Baginda" masih belum sedar bahawa penduduk Sabah sekarang tidak pernah
mengiktiraf "Baginda" sebagai "Sultan Sabah" kerana NEGERI SABAH
SEKARANG ADALAH 100% HAK MILIK RAKYAT SABAH!!! Bukannya 'hak' milik
Kesultanan Sulu & Borneo Utara lagi. "Baginda" seharusnya
menghormati "hak" penduduk Sabah kerana MEREKA SENDIRI TELAH MEMBUAT
PILIHAN. HAK rakyat Sabah harus DIHORMATI dan akan terus DIPERTAHANKAN
buat selama2nya!!
...sejarah yang telah dilupakan...
No comments:
Post a Comment