Friday, September 24, 2010

aku memang suka novel ni..jangan tanya mengapa..mungkin??hehhhh...


Maaf kepada hati sebab ini kisah jiwa lagi..letih sudah memujuk hati..tapi aku masih mencari sesuatu yang aku sendiri pun tak pasti apa yang aku cari selama ini..sekian terimalah……post untuk kali ini..
Review tentang YOU NI..AYAT2 JIWA..

Banyak-banyak novel yang penah aku baca, ini adalah pertama kali hati aku terlekat giler kat novel “You ni..Ayat-ayat Jiwa..” sebab sebelum ni aku penah post cerita ni tapi masa tue aku tak habis baca lagi sebenarnya..itu just a little bit intro yang aku goggle kat internet..then sekarang aku dah habis baca..novel bertemakan percintaan persahabatan dan persoalan yang sukar untuk terjawab dan terungkai jika hanya diam di dalam hati..novel ni memang sama or lebih kurang  dengan jiwa yang aku cari kebelakangan ini..(mungkin ada jawapan kepada pertanyaan aku yang aku cari selama ini..???)

Jalan ceritanya memang cool giler sebab aku rasa inilah realiti kehidupan yang bermain-main dalam setiap fikiran orang untuk mencari cinta sejati..lagipun cerita ini bersifat jujur dan kadang-kala berlaku dalam kehidupan..setiap orang pastinya mempunyai keinginan, harapan dan impian..tapi adakah semuanya akan tercapai sekiranya tiada usaha dan suara yang diperdengarkan??jeng..jeng..susah wooo..

Novel ini menceritakan tentang kisah Ery dan Yun merupakan guru di mrsm Langkawi..ikatan persahabatan yang erat dan selalu bersama dalam menjalankan tanggungjawab menyebabkan seluruh warga mrsm menyalahertikan hubungan mereka dan menganggap mereka adalah pasangan kekasih..tapi aku suka cara ery dan yun yang cool giler tak cepat melenting dengan kata-kata orang..mengiakan pun tidak..menidakkan pun tidak bila orang sekeliling bersuara..masing-masing menganggap ini perkara biasa sebab mereka tahu hubungan mereka memang sebagai kawan baik tapi sebenarnya tiada sapa yang tahu gelojah di hati mereka..masing-masing mengharapkan sesuatu yang bermakna..

Dari segi teknik penceritaan pula, puteraery ussin suka bermain dengan teknik imbas kembali dan bermonolog sendiri..situasi persekitaran, pelajar, dan guru mewujudkan suasana mrsm yang harmoni, meriah dan friendly..lagipun ery adalah warden asrama jadi dia mudah didekati pelajar dan adakalanya sikap tegas ditunjukkan..dengan rakan2(cikgu2) pula dia mudah berjenaka..lagi yang aku suka pasal novel ni ayat dia memang cantik, berbunga, cool dan melankolik (apa tue..haha..aku sebat tulis je..)sangat bersederhana dan harmoni je jalan ceritanya ditambah watak ery dan yun yang rileks je bagi aku..

Cerita cinta bermula apabila hati ery sudah tidak tenteram sejak kehadiran yun sebagai guru kimia baru di mrsm itu walaupun pada ketika itu ery sudah mahu bertunang dan berkahwin dalam masa terdekat..tapi dia masih tidak pasti dengan pilihannya itu…

Antara ayat-ayat bunga yang aku suka~~

~Tika terimbas kenangan itu, kadang kala rasa seperti mahu ia terus kekal dalam ingatan..biar saat itu menjadi foto yang boleh dibawa kemana-mana sahaja..biar terus dengan saat nan indah itu..kalau boleh diulang tayang, biar ia sentiasa berulang-ulang..

~kenangan lampau adalah beban berat yang perlu digalas oleh setiap orang yang mempunyai masa silam..

~hidup ini biarlah penuh dengan kegembiraan kerana hati itu perlu dijaga agar sentiasa gembira..kalau hati itu sakit maka tubuh juga akan terasa sakitnya..

~~kenangan memang akan sentiasa menjadi beban dalam hidup orang yang melaluinya..lebih-lebih lagi sekiranya ada perkara lain yang berkaitan dengan kenangan tersebut..itulah yang menghantui yun ketika itu..lebih-lebih lagi orang yang ada kenangan dengannya tidak seperti dulu lagi..adakah dia perlu menerima hakikat setiap orang akan berubah??namun hati, sikap serta jiwa yang berubah ini amat rumit untuk dijelaskan..bukan rumit kerana keadaan tetapi rumit kerana tuan punya badan tidak mahu menjelaskan segala-galanya..banyak sangat menyimpan rahsia sehingga menjadi beban..

~~sudah berkali-kali mereka saling berbalas senyuman..sehingga mereka sering beranggapan, antara mereka mungkin ada ikatan tetapi tidak pasti dan belum terbukti lagi apakah ikatan tersebut..cinta atau sahabat??malah bukan itu sahaja sudah berkali-kali juga mata bertentangan cuma jiwa mereka masih tidak mahu mengakui segala bahasa mata..susah kalau hati masih belum terbuka bagi menyatakan rasa tersebut..tapi ya lah..cinta itu unik..cinta itu perlu lahir dari jiwa dan perasaan yang tulus dan perlu juga berkongsi rasa gembira yang sama-sama dikecapi..

~~duka itu akan sentiasa datang dan bertandang..sama ada mahu atau tidak, kita mesti menghadapinya..yang namanya luka itu akan sentiasa berkunjung tanpa kita tahu tahap sukar atau deritanya..adakala semuanya datang berangkai-rangkai, tidak putus-putus..mujur ada ruang di dalam hati yang mahu membahagi-bahagikan kesedihan..

~~hendak diceritakan kepada siapa yang dia boleh percaya tentang perasaannya ketika ini?? Hendak berkongsi juga tidak tahu bagaimana hendak dimulakan segala yang berlegar-legar di benaknya..maka terpaksalah dibiarkan sahaja berlalu tanpa suara dan tanpa tindakan sewajarnya..perasaan itu kalau dibiarkan sahaja pasti ada hati yang akan kecewa atau ada perasaan yang terluka..lebih teruk lagi, mungkin dua jiwa yang akan terseksa..

~~satu permulaan yang panjang mesti ada sebuah hentian untuk rehat yang seketika..begitulah permulaan bagi suatu perjalanan dalam kehidupan yang dituntut sama ada di atas kerelaan ataupun paksaan..

Antara dialog yang aku suka..ery bermonolog sendiri dengan jiwanya…

Ery, kau cuba saja?
Kau nak suruh aku mengambil risiko yang belum aku tahu apa kesudahannya?
Kau adalah orang yang banyak membaca, kan?
Kenapa jiwanya hanya tahu bertanya dan tidak terus memberi jawapan kepada persoalan yang sedang bermain dibenaknya?
Memang aku banyak membaca dan melihat apa saja roda-roda kehidupan kita, tapi itu tak semestinya perlu aku ikut semuanya..lagipun berapa lama sangatkah hidup aku di dunia ini sehingga kini? Jawapan bunyinya seperti sudah berputus asa..
Ery yang berkongsi jiwa dengan aku bukan yang jenis mudah putus asa..dia akan selalu akan mencuba, malah tak pernah peduli apa orang kata..
..
..
..
                Sila baca sendiri…hehe..
..
..
..
Ery, hidup ini bukan untuk disakiti tetapi untuk dinikmati..manusia itu dicipta memang untuk diuji oleh-Nya..buatlah pilihan yang mana pu tidak mengapa ery, kerana itu semua ujian-Nya..biarlah risikonya Allah yang tentukan..tapi harus kau ingat, cuba dengan sedaya upaya yang kau mampu, bukan setakat beralah kadar..bersabarlah kerana sabar itu separuh daripada iman..usah kau cuba lari dari kenyataan dunia, hadapilah dengan nyata dan berani..

Monolog dalaman yun pula yang aku suka..

Buntu sungguh yun memikirkan konflik akalnya yang dia sendiri cipta sebenarnya..kerana kuasa mata dan gaul mesra, dia jatuh cinta..cinta tanpa suara tidak akan mendatangkan apa-apa hasil kerana niat sahaja tanpa melakukan gerak mula tentu akan sia-sia seperti memuja indah bulan tanpa mahu meneroka bulan dan bintang itu..yun masih buntu dan gelisah..gelisah itu pula adalah dari jiwa yang terlalu mengharap tetapi tidak tahu harapan itu hendak diberikan kepada siapa..

Di sini bermain mata, dekat jaraknya terlalu hampir tetapi hendak dipeluk takut dia terus lari menjauh dan terus menjauh lagi lalu pergi..”that life be your’s……”

Tapi…
Akhirnya…
Ini memang cerita sedih..

Kerana sukar untuk meluahkan rasa, mereka menderita dan menerima segala yang ada, walaupun pilihan sentiasa ada dan peluang juga memang wujud di tengah-tengah persahabatan itu..

Siapa sangka sebuah persahabatan yang diperkatakan dan didoakan oleh setiap mata yang memandang berlalu begitu sahaja..memang jelas tidak semestinya setiap perjalanan akan berakhir dengan sebuah destinasi yang kita tentukan atau yang telah kita pilih. Dalam persahabatan juga sudah pasti belum tentu akan berakhir dengan ikatan yang bersaksi dan berwali. Cukuplah kalau persahabtan itu diteruskan dengan penghormatan bagi setiap jalan yang dipilih, walaupun dahulu pernah melalui jalan-jalan yang sama..kalau sudah tersurat maka yang tersirat akan kelihatan juga akhirnya..

Tetapi persoalannya adakah dia gembira dengan pilihan yang dibuat?? Hanya dia yang punya jawapan..

~~sekian~~

**memang terbaiklah..aku suka..aku nak memetik sebuah ayat…..

Apabila kita dipertemukan dengan seseorang, anggaplah dia bukan apa - apa, kerana kita tidak tahu siapa dia akan jadi dengan kita. Adakala Allah mempertemukan seseorang cukup sekadar menjadi sahabat, bukan seseorang yang istimewa, Adakalanya Allah mempertemukan seseorang untuk menjadi seseorang yang istimewa bukan sebagai sahabat, walaupun kita tidak sedar ia ada di depan mata kita...

No comments:

Post a Comment