i'm strong ok!!
Ini sebuah kisah tentang seorang budak perempuan..nak kata comel tak comel sangat..rambut kerinting, badan kecil kurus, pendek..masa kecik2 dulu dia suka main..bijak pun tak sangat, periksa pun paras2 hidung..pernah dapat nombor last dalam kelas..paling terbaik pun nombor belas belas..masa sekolah rendah dulu, rutin harian dia..ermmm..pagi g sekolah, petang g sekolah agama pulak sampai kul 3.30 petang, pastu balik terus tukar baju kuar rumah main dengan kawan-kawan sejiran pulak..aktiviti permainan yang menarik setiap petang memang besh..kadang2 main teng teng pastu dah ramai kawan2 datang main rondes (lebih kurang macam softball gak ler..), kadang2 main galah panjang..kadang2 main lumba basikal..(bukan basikal chopper ok, ni mountain bike..), pastu suka lepak dengan kawan2 kat atas pokok ceri sambil cari buah ceri sampai banyak dan makan..kalau dapat buah ceri yang merah memang suka giler.., pastu kalau lepas hujan mesti nak main lopak air kat padang..kononnya nak cari ikan=berudu..sampai nak maghrib baru nak balik umah..then kena bebel dengan arwah ayah dia..malam g mengaji kat taman koperasi atau g tuisyen, buat keje sekolah, tido..kadang2 keje sekolah tak siap, then alamatnya datang sekolah pagi2 siapkan kat sekolah..(copy ler member punya..) masuk darjah 5 badan dia semakin membesar..mak dia tak pernah larang dia nak makan banyak pun..(tension kot kerja sekolah banyak, cikgu pulak ngada ngada..cikgu paling takut masa tue cik sarimah..muka ala segan segan nak senyum..) pulak tue kat sekolah dia ni pemalu..pasal bab sukan selalu corot, cikgu ajar bahasa inggeris langsung tak paham, tapi dia suka giler maths..last2 upsr dapat 2A 2B 1C..C tentunya bahasa inggeris..
Bila masuk sekolah menengah dia masuk sekolah semua perempuan..good morning girlssss..itu sekolah menengah yang terbaik di batu pahat taw pada masa tue..entah mengapa dia pun tak tahu kenapa bila dia masuk sekolah menengah, dia semakin bosan bosann dan bosannnn..kawan2 sebulu dia masa kat sekolah rendah semua, masing dah g sekolah lain..so dia terpaksa cari kawan baru..then dapatlah kawan baru..satu kelas, satu bas g sekolah..ehh..jap..rutin dia bila dah meningkat sekolah menengah, pagi kayuh kayuh basikal g sekolah agama masa tue darjah 5 dan 6 sampai kul 10.30 pagi..(masa ni sopan sket naik basikal chopper, kalau naik mountain bike takut kain dia terangkat pulak..) peristiwa yang tak dapat dilupakan pulak tayar basikal meletup di khalayak ramai dan pedal basikal tercabut..malu tak malu ler dia..then kul 11.30 pagi dia dah kena siap2 g sekolah menengah pulak..malam tengok tv buat keje sekolah..time tue cerita hot kat tv winter sonata..dia balik sekolah je mesti tengok dengan kakak2 dia..hehe..sabtu petang die g tuisyen sains..
Masuk tingkatan 3 dia sangat suka giler kat buku kotak2 kecil..maths ler..haha..then dia still skema, nerd, tak banyak cakap, pemalu..bila kawan2 kacau dia, dia gembira bab ada orang nak tegur die gak..time hari sukan dia paling tak suka bab dia memang gagal dalam bab begini..kat kelas paling terbaik pernah catat nombor 4..fuhhh..pmr dia agak cemerlang 6A 1B 1C..ok ler..C tentunya bahasa inggeris..pastu gembira jugak sebab dapat tamatkan sekolah agama darjah khas..terbaek wok..hidup johor!!
pastu masuk tingkatan 4 dia dapat masuk kelas sains..gembira dan bangga giler tapi sekali lagi terasa bosan dan terasa tak mau g sekolah lagi bab kena cari kawan baru lagi bab dia sorang je budak melayu dari kelas lama yang masuk kelas sains..dah la pemalu, nak tak nak kena la mesra alamkan wajah yang tak seberapa kiut dan ringan ringan kan mulut..then dapatlah 2 3 orang kawan..ok ler daripada sorang2 kan..then dia suka kimia, dia suka add maths, dia tak berapa suka sejarah dan dia tak suka english dan est..
cinta pulak..opppss..hahhh..dia mane pernah bercinta..sekolah rendah hingga menengah, sekolah perempuan kan sayang..dia pun takde la sekiut mana pun..tapi pelik la dan kena percaya sebab kat sekolah agama dulu dia pernah dapat surat perkenalan kat bawah meja dari budak lelaki..dia dulu pemalu dan nerd..mana nak layan2 sangat benda ni..budak lelaki tu ok la..hensem pun hensem..kah3..
then lepas spm dia dapat masuk matriks..satu fasa perubahan yang baru terhadap dirinya..dia terasa segala pembaharuan dan perubahan terhadap dirinya akan berlaku di sini..bukalah minda dan inilah kehidupan baru yang dia mahukan..dan dia jugak sangat gembira sebab tak perlu g sekolah lagi dengan uniform putih, biru laut, pakai kasut putih dan dapat berdikari sendiri..bangga pun ada walaupun matriks dua tahun pun takpe la..janji dapat masuk matriks kan..kat matriks pulak kena campur dengan boy pulak..ada ke matriks untuk perempuan sahaja??uhhhh..ahhh jangan cakap la..seriusss dia sangat kekok dan gabra giler2 bila berhadapan dengan mahkluk yang bercop lelaki..berdetak dup dap jantung walaupun bercakap dengan mamat tak hensem..boleh dikatakan lebih kurang dalam satu tahun dia dapat menstabilkan dan menselesakan diri dengan arjuna-arjuna..ceit..belajar di matriks memang seronok, kawan2 ramai dan ramai mamat2 hensem..belajar pun memang tough jugak la, pulak tue kimia, fizik, maths dalam bahasa inggeris..tapi dia musykil kenapa subjek English kat sini menyeronokkan sedikit..haha??
masuk tahun kedua di matriks pula dia terasa betul2 ada semangat baru..dia yang lama berubah kepada dia yang baru..perubahan tak banyak tapi confident dalam diri memang tinggi, sudah berani menyesuaikan diri dengan keadaan, tak perlu rasa takut takut, pemalu pun bertempat, banyak cakap maksudnya di sini lebih baik dari dulu2 dan yang penting kawan dia cakap dia cute..tapi dia still rasa rendah diri bab dia takde la bijak mana pun macam kawan2 dia yang lain..tapi dia tak kisah sebab dia rasa mana ada budak yang diterima masuk matriks ni bodoh2..so dia memang rasa dia pandai dan tidak bodoh..rutin dia kat matriks, pagi kul 8 masuk kelas atau kuliah, petang tido, beriadah atau tengok budak2 main dari bilik..malam study dan buat tutorial..kadang2 stay up sampai kul 4 pagi dengan rumate..dia pun tak taw macam mana dia boleh bertahan sampai lewat pagi..student kot, memang begitu..dia ni penakut tapi kadang2 berlagak berani..pernah suatu pagi pada pukul 3 pagi dalam keadaan sunyi sepi dia terbangun sorang2 kerana sakit perut yang amat sangat sehingga tak tertahan..berpeluh2 dan masih berkira-kira samada nak ke toilet atau tahan saja sampai pagi..dia selalu dengar kawan2 dia cakap, time2 kul 3 pagi biasa mahkluk2 yang tidak diingini keluar berkeliaran..dalam keadaan yang teramat sangat tak tertahan, akhirnya dia butakan ingatan itu dan masuk ke toilet secepat mungkin..dalam kira-kira 5 saat saja dia melepaskan hajatnya dan terus cepat2 keluar dari toilet..ya ampun pada masa tu betapa rasa leganya dia membuang segala toksik..pastu dia terus cepat2 tarik selimut dan tido semula..then dia jugak suka sangat masuk kuliah lambat..dia rasa malu gak tapi ada orang kisah ke dia datang cepat ke lewat..
di sini jugak pelbagai pengalaman dia alami..bersama budak2 PDT dan juga budak2 praktikum..dia pergi kem naik flying fox yang paling giler tinggi setakat ini lebih kurang tinggi flat 8 tingkat, dia masuk koir kemerdekaan (pulak tue grup PDT menang), dia buat task English-berlakon dengan budak2 praktikum TP1, dia main futsal tapi cukup memalukan sebab bola lalu bawah kangkang dia dan gol, dia main golf di melaka, dia beronggeng ronggeng di pekan Tangkak terutamanya di KFC dan The Store..dia berkumpul dengan budak2 praktikum dan berbual bersama2, dia alami exam muet yang macam terasa nak bunuh diri, dia celebrate surprise birthday yang agak gila2 dan dia tahu betapa besh dan seronoknya berada di zaman2 matriks..then paling bermakna berkenalan dan berkawan adalah suatu pengalaman yang sangat menyeronokkan..kenangan bersama budak2 praktikum dia takkan dilupakan..
inilah kehidupan realiti yang dia lalui..dia suka dengan perjalanan yang dilalui setiap hari..dan di sini jugak dia pernah suka kat budak lelaki..budak lelaki tu pun mungkin suka dia jugak..memang indah perasaan itu, tapi dia keliru samada itu cinta atau suka sebagai seorang kawan saja..dia jugak keliru benarkah kawan lelakinya itu benar2 maksudkan ayat itu??dia tak tahu nak cakap apa dan keliru sebab dia tak tahu dan tak pernah fikir pada masa akan datang.. akhirnya dia biarkan semuanya berlaku tanpa bicara dan tanpa jawapan ya atau tidak..dia sudah melukakan hati kawan dia tapi semuanya berlaku terlalu pantas dan permainan belum bermula tapi sudah berakhir..dia malas berfikir dan merasakan tak perlu terburu-buru menerima atau mencari cinta kerana bukan dia nak kahwin masa tu pun..so dia anggap semua ini sebagai takdir dan dia merasakan andai suatu hari ada jodoh, mungkin akan bertemu kembali..tapi dia tak akan mengharapkan itu setinggi langit kerana dia tak rasa ada yang menarik pada dirinya untuk kawannya itu..
tahun 2011..
kini sudah masuk tahun baru..kini dia still belajar dalam jurusan pendidikan pertanian..pertanian??satu bidang yang jauh dari minatnya..apatah lagi mahu menjadi cikgu..dia pun tak tahu minatnya pada apa..mungkin pada awalnya dia menganggap pertanian suatu bidang yang mudah tetapi pertanian adalah bidang yang sangat luas..setiap tahun dari dahulu hingga sekarang bidang pertanian begitu up to date..banyak perubahan dan dia pun tak tahu di mana hendak dimulakan dulu..dia selalu terfikir bagaimana nanti mahu mengajar murid2 sedangkan dia tak pernah ambil peduli tentang pertanian dunia mahupun pokok2 bunga mak dia kat depan rumah tu..hancur jugak anak bangsa nanti kang..sudah sem 6..ada lagi kurang 3 sem untuk dia benar2 mencintai dunia perguruan..adoi..boleh kah??tanya hati..dan dalam pada itu,
dia jugak sudah berkira-kira mahu memilih tempat posting nanti..padahal lama lagi kot..dia berangan angan mahu terbang ke overseas, tapi entah dapat ke tidak..so overseas tempat pilihan dia yang pertama dan terjauh mungkin Sabah..tapi mak dia cakap tak usahlah posting jauh sangat sebab nanti susah nak balik ke Semenanjung..paling kurang 5 tahun kat sana..kalau dah kahwin takpe la..so ada dia kisah??
Kalau tidak pun pilihan seterusnya mungkin di sebelah utara no..samada kat Kedah atau Pulau Pinang..tentu seronok di negeri orang kan..jauh perjalanan indah mata memandang..haha..dia memang kadang2 giler2 gak..dan pilihan terakhir tentunya di Johor..dia sayang Johor gak taw..darah tumpah bila jatuh basikal kecik2 dulu..
Entah la..sekarang ni dia pun tak tahu ke mana arah tujuannya..dia hanya mengikut arus kehidupannya..ke mana ia mengalir, ke situ dia akan menuju..tentang cinta dan pilihan hidup pulak, dia malas nak memikirkannya..bukan nak kahwin esok kan..dan yang penting belum ada orang penting yang hadir dalam hidup dia selain mak kesayangannya..lagipun skandal2 kan ada..tak payahlah nak desperate sangat fikir pasal teman hidup..dia percaya setiap orang ada jodoh masing2 tapi cuma cepat atau lambat je..lagipun single or double, ada dia kisah..dia ok..so ada orang kisah??sila sms ke 017-3------ dan hantar 7 dulang peminangan ke batu pahat ek..huhu..ok la..sampai sini sahaja kisah tentang dia budak perempuan yang kini sudah 23 tahun..sekian wassalam..salam 2011..