Tuesday, March 13, 2012

Singkirkan kegelisahan..

Semalam aku baca satu part dalam buku La Tahzan : Jangan Bersedih yang tetiba menyentak hati aku..buku nie si dia yang bagi pinjam dan suh aku baca..katanya untuk merawat jiwa jiwa yang sedang sakit, sedih, lara mengubah pemikiran supaya lebih positif dan kembali kepadaNya yang memberi kehidupan di muka bumi ini..


SINGKIRKAN KEGELISAHAN
kegelisahan..semua orang pernah rasa..dan aku juga bila tiba satu tahap macam ada satu titik point yang meletakkan kita dalam situasi kegelisahan..maybe this is time untuk kita merenung, memperbaiki diri dan melihat kembali diri kita supaya dapat memperbetulkan kegelisahan yang berlaku dalam diri..alhamdulillah, bila tiba part nie aku rasa sesuatu dalam hati yang tak dapat nak cakap camne tapi dalam satu perasaan yang halus supaya tidak terus bersedih..

***
Jangan bersedih! anggap sahaja diri anda sendiri tidak akan hidup kecuali sehari sahaja, maka mengapa anda harus bersedih, marah dan kesal pada hari ini??
Jika engkau berada pada pagi hari, janganlah menunggu datangnya waktu petang..jika engkau berada pada waktu petang, janganlah menunggu datangnya pagi..
Ertinya : Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja..Jangan mengingat-ingat masa lalu dan jangan pula merasa risau dengan masa yang akan datang..

Seorang penyair berkata :
Masa lalu biarlah berlalu
dan harapan belum menjadi kenyataan..
Maka manfaatkanlah waktu
saat kau sedang menjalaninya..

Menyibukkan diri dengan masa lalu, mengingatinya dan merenungi berbagai musibah yang telah berlaku dan yang telah berlalu, adalah merupakan perbuatan bodoh dan gila (tiada bermanfaat).
Pepatah Cina ada menyebutkan : "Janganlah anda menggambarkan sebuah jambatan sebelum anda melaluinya.." Maksudnya : Janganlah anda menggambarkan sesuatu peristiwa, termasuk keburukkan dan becana yang ada di dalamnya sehingga anda sendiri mengalaminya dan merasakannya..

Salah seorang ulama salaf pernah mengatakan "Wahai anak Adam, hidupmu itu tiga hari sahaja : Hari kelmarin yang telah berlalu, hari esok yang belum tiba dan hari ini saat kau menjalaninya, maka bertakwalah kepada Allah dalam menjalaninya!"

Bagaimana mungkin orang yang menanggung beban kesedihan masa lalu dan kecemasan terhadap masa depan dapat hidup tenang hari ini? Bagaimana mungkin orang yang selalu mengingat-ingat sesuatu yang telah kembali dan telah berlaku akan tenang hidupnya hari ini? Maka mengingati kembali sesuatu yang telah berlaku serta merasa kesedihan dan menyakitkan ke atasnya adalah tidak mendatangkan sebarang manfaat baginya..

adapun maksud perkataan : "Jika engkau berada pada pagi hari, janganlah menunggu datangnya waktu petang; dan jika engkau berada di waktu petang, janganlah menunggu hingga datangnya waktu pagi", iaitu agar anda tidak terlalu berangan-angan, menunggu ajal yang akan menjemput anda pada bila-bila masa sahaja dengan memperbanyakkan bekalan dan selalulah berbuat yang terbaik..

Jangan bersedih, kerana qadak telah ditetapkan, sesuatu yang ditakdirkan telah terjadi, pena-pena telah mengering, lembaran-lembaran catatan ketentuan pun telah dilipat dan setiap perkara telah ditetapkan!!Bagaimanapun kesedihan anda tidak dapat mendahulukan atau melambatkan kenyataan yang terjadi dan juga tidak mampu menambahkan atau mengurangkan apa yang telah ditetapkan..


Jangan bersedih, sebab kesedihan itu akan mendorong anda untuk menghentikan putaran roda zaman, menyelubungi matahari agar tidak terbit, memutar jarum jam kembali ke masa lalu, berjalan ke belakang dan mengembalikan aliran sungai ke sumbernya semula!!

Jangan bersedih, sebab usia anda yang sebenarnya adalah kebahagiaan dan ketenangan hati anda..oleh sebab itu, jangan habiskan usia anda dalam kesedihan, jangan biarkan malam-malam anda dalam kecemasan, jangan anda tukar kebahagiaan dengan ketakutan dan jangan mensia-siakan waktu anda yang masih tersisa, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang mensia-siakan waktu..

Monday, March 12, 2012

aku rasa..

assalammualaikum..
todoy is like a sorrow day..what happen yesterday wat aku rasa tak tenteram ari ni..semalam bual2 dengan die..and ada satu perkara yang aku tercakap wat die rasa seolah2 takde cinta dalam hubungan yang tengah terbina..entah..aku try..aku try buat yang terbaik..wat benda yang die nak, die suke..but mungkin aku tak mampu nak laksana benda yang aku nak bersama die sekaligus..sory aku kehilangan kata2..how can me make you feel save and comfortable??plis give me time..yes..aku benar2 nak die..tapi memandangkan masa dan ketika nya sekarang ini aku tak dapat nak menunaikan impian dan harapan yang die mahukan..oleh itu, plis give me time to make it reality..yes..maybe this is my problem, not your problem..but for your information, tak pernah terlintas tuk permainkan kamu, curang, or do anything yang membelakangi kamu..kalau kamu nak tahu apa perasaan saya pada kamu??i will sad every single seconds if u not with me..aku tak dapat bayangkan apa bakal terjadi if u not for me akan datang..so who knows??but right now, i just want u in my life..sory wat awak tak selesa dengan saya malam tadi..

hembus nafas, tarik nafas, istigfar..itu yang aku mampu lakukan jika aku bersedih atas kamu..jika aku tak mampu nak berkata pada kamu, aku bercakap pada Tuhan..Dia maha mengetahui segalanya apa yang terkandung dalam hati aku..

pernah dengar tak ayat nie..
Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia...Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya...Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah...Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..Cintai dia dalam diam,dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan...Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan
supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)
kadang2 aku suka pegang dengan ayat nie..bukannya apa ini menunjukkan kita bukan milik sesiapa tetapi kita hanya milik Allah..dia yang lebih berhak ke atas kita..and one more ayat yang aku cipta sendiri dan pegang ialah "selagi aku tidak mempunyai ikatan sah dengan si dia, ini bermakna aku bukan milik dia lagi walaupun aku tahu dia adalah seseorang yang istimewa dalam hidup ini dan segalanya aku serahkan padaNya.." maybe orang lain akan pikir aku pelik dan tah pape aku nie..ayat macam tak sayang si dia..tapi itu kenyataan yang ada dalam pegangan aku..this is me..bukan nak kata berlagak, jual mahal, eleh minah nie ayat macam bajet tapi just nak bagi ingatan kepada diri sendiri bahawa jika betul kita untuknya, benar2 ikhlas jujur dalam perhubungan maka janji Tuhan pasti ada..
wassalam..

Note : lepas bace nie, baru aku paham apa yang dia maksudkan semalam dan aku dah paham apa yang tersirat dalam hatinya..

 Ayat nie sebenarnya adalah point (kata kunci) apa yang dia maksudkan pada aku..yes..i got it..
[Love is a magical thing yang akan ujud sampai bila-bila…lebih-lebih lagi bila seseorang itu sudah benar-benar jatuh cinta. You think hanya dengan you tidak memberi kata akhir…everything is going to be fine? You think dengan cakap,  “I selesa dengan you…tapi buat masa sekarang I belum bersedia untuk bercinta” so, it is a ticket for you untuk hanya sekadar berkawan dan dalam masa yang sama you boleh berkawan-kawan lagi dengan orang lain?]


ishhh..aku nie memang slow betul la..

Saturday, March 10, 2012

syukur

assalamualaikum dan salam sabtu..alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah swt kerana pagi ini aku masih bangkit kembali ke dunia dan syukur atas rezeki yang dilimpahkanNya..

:) senyuman pagi untuk kamu yang aku sayang..

tadi kul 4.55 pagi aku dah tersedar disebabkan terasa nak kencing..tapi takot nak kuar bilik..ahhhh..xpe la tahan jela sampai subuh..then 5.30 sedar ag..aduii..lamanye nak subuh..rumate takde pulak tue, balik kelantan..akhirnya aku terjaga pukul 6.21 pagi..terjaga disebabkan ada mesej masuk..bukak mesej..senyum like this :)))..walaupun kadang kadang aku terkecil hati dengan kamu tapi aku biarkan perkara tue hilang dengan sendiri..sebab aku tahu aku "..........................................kamu"

tadi lepas subuh, alhamdulillah aku sempat membaca semuka al-quran..entah rasa syadhu, sayu dan hati rasa sedih, teringat perkara2 lalu..aku tahu aku bukan lah hambaMu yang sentiasa patuh arahanmu..tapi kini aku akui aku wajib melakukan apa yang disuruh..Ya Allah aku bersyukur dengan nikmat, rezeki dan rahmat yang engkau berikan pada aku..tak ternilai rasanya..tapi aku..aku masih berada di takuk lama, Dia dah bagi sesuatu tapi apa balasan aku padaNya???think..bernilai dan sempurna, but adakah aku masih tak sedar lagi..Ya Allah ampunkan dosa2 ku, dosa2 ibu bapa ku, dosa2 ahli keluarga ku..semoga semuanya ada dalam lingkunganMu ya rabb..

kamu tidak keseorangan..Dia sayangkan kamu..

layakkah aku??insyallah..jika berada di landasanNya..

doa duduk di antara dua sujud..hayatilah..

waalaikumsalam..

Friday, March 9, 2012

merepek

assalammualaikum dan salam muah muah..

haishhh..aku taktau kenapa setiap hari aku rasa aku semakin malas, takde semangat langsung nak belajar..dalam kepala otak pikiran aku just mau cari duit tuk sara diri..dulu zaman zaman matrik dulu, tak dinafikan aku memang rajin giler study, stay up tengah pagi ngan rumate, wat tutor especially maths memang rajin tak penah lepas nak buat walaupun soalan macam nak kena pecah then korek korek baru dapat jawapan..then tapi sekarang bila masuk upm semangat mau belajar semakin kurang..maybe masa matrik belajar pecah kepala tapi masuk upm nak masuk dekat kepala pun tak mau lekat sebab rasa macam senang sangat tapi padahal macam takde momentum yang boleh ditolak aku ke kancah kejayaan dan inertia yang terhasil sangat sikit..walaupun pointer aku kira ok la, tapi aku still tak mau belajar..

nak tau tak, 1st thing lau dapat gaji pertama, aku nak bagi mak sket..aku teringin sangat (sekarang nila) nak balas jasa mak yang selama ini membesarkan kami adik beradik..kadang2 nak je belikan mak sesuatu tuk buat mak gembira, tapi aku tak mampu dari segi kewangan..sory to say, kadang kadang kasih sayang dapat membuatkan seseorang lebih gembira..
 
nak tau tak, aku suka pada orang yang jujur..contoh : "Ahmad, ..................................tido la...aku dah ngantok giler2 nie..esok la sambung citer yang lebih real dan tak buang masa..
 
***
Alexander Graham Bell menemui telefon,
adik-beradik Wright menemui kapal terbang,

awak pula menemukan pintu hati saya ..
erkkk..hahaha..

k selamat malam :)