Tuesday, March 13, 2012

Singkirkan kegelisahan..

Semalam aku baca satu part dalam buku La Tahzan : Jangan Bersedih yang tetiba menyentak hati aku..buku nie si dia yang bagi pinjam dan suh aku baca..katanya untuk merawat jiwa jiwa yang sedang sakit, sedih, lara mengubah pemikiran supaya lebih positif dan kembali kepadaNya yang memberi kehidupan di muka bumi ini..


SINGKIRKAN KEGELISAHAN
kegelisahan..semua orang pernah rasa..dan aku juga bila tiba satu tahap macam ada satu titik point yang meletakkan kita dalam situasi kegelisahan..maybe this is time untuk kita merenung, memperbaiki diri dan melihat kembali diri kita supaya dapat memperbetulkan kegelisahan yang berlaku dalam diri..alhamdulillah, bila tiba part nie aku rasa sesuatu dalam hati yang tak dapat nak cakap camne tapi dalam satu perasaan yang halus supaya tidak terus bersedih..

***
Jangan bersedih! anggap sahaja diri anda sendiri tidak akan hidup kecuali sehari sahaja, maka mengapa anda harus bersedih, marah dan kesal pada hari ini??
Jika engkau berada pada pagi hari, janganlah menunggu datangnya waktu petang..jika engkau berada pada waktu petang, janganlah menunggu datangnya pagi..
Ertinya : Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja..Jangan mengingat-ingat masa lalu dan jangan pula merasa risau dengan masa yang akan datang..

Seorang penyair berkata :
Masa lalu biarlah berlalu
dan harapan belum menjadi kenyataan..
Maka manfaatkanlah waktu
saat kau sedang menjalaninya..

Menyibukkan diri dengan masa lalu, mengingatinya dan merenungi berbagai musibah yang telah berlaku dan yang telah berlalu, adalah merupakan perbuatan bodoh dan gila (tiada bermanfaat).
Pepatah Cina ada menyebutkan : "Janganlah anda menggambarkan sebuah jambatan sebelum anda melaluinya.." Maksudnya : Janganlah anda menggambarkan sesuatu peristiwa, termasuk keburukkan dan becana yang ada di dalamnya sehingga anda sendiri mengalaminya dan merasakannya..

Salah seorang ulama salaf pernah mengatakan "Wahai anak Adam, hidupmu itu tiga hari sahaja : Hari kelmarin yang telah berlalu, hari esok yang belum tiba dan hari ini saat kau menjalaninya, maka bertakwalah kepada Allah dalam menjalaninya!"

Bagaimana mungkin orang yang menanggung beban kesedihan masa lalu dan kecemasan terhadap masa depan dapat hidup tenang hari ini? Bagaimana mungkin orang yang selalu mengingat-ingat sesuatu yang telah kembali dan telah berlaku akan tenang hidupnya hari ini? Maka mengingati kembali sesuatu yang telah berlaku serta merasa kesedihan dan menyakitkan ke atasnya adalah tidak mendatangkan sebarang manfaat baginya..

adapun maksud perkataan : "Jika engkau berada pada pagi hari, janganlah menunggu datangnya waktu petang; dan jika engkau berada di waktu petang, janganlah menunggu hingga datangnya waktu pagi", iaitu agar anda tidak terlalu berangan-angan, menunggu ajal yang akan menjemput anda pada bila-bila masa sahaja dengan memperbanyakkan bekalan dan selalulah berbuat yang terbaik..

Jangan bersedih, kerana qadak telah ditetapkan, sesuatu yang ditakdirkan telah terjadi, pena-pena telah mengering, lembaran-lembaran catatan ketentuan pun telah dilipat dan setiap perkara telah ditetapkan!!Bagaimanapun kesedihan anda tidak dapat mendahulukan atau melambatkan kenyataan yang terjadi dan juga tidak mampu menambahkan atau mengurangkan apa yang telah ditetapkan..


Jangan bersedih, sebab kesedihan itu akan mendorong anda untuk menghentikan putaran roda zaman, menyelubungi matahari agar tidak terbit, memutar jarum jam kembali ke masa lalu, berjalan ke belakang dan mengembalikan aliran sungai ke sumbernya semula!!

Jangan bersedih, sebab usia anda yang sebenarnya adalah kebahagiaan dan ketenangan hati anda..oleh sebab itu, jangan habiskan usia anda dalam kesedihan, jangan biarkan malam-malam anda dalam kecemasan, jangan anda tukar kebahagiaan dengan ketakutan dan jangan mensia-siakan waktu anda yang masih tersisa, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang mensia-siakan waktu..

No comments:

Post a Comment