Friday, June 25, 2010

sem 5..sem baru..azam baru..

Yuhhuu..i'm a otw young senior..haha..

ASSALAMUALAIKUM 
 Tahun ke 3, semester 5 akan bermula tak lama lagi..11/07 ni aku akan menjejakkan kaki semula ke Kolej Canselor..wahhh..rindu sudah kat KC, GUC, FC, FPP, flat ikan, MAYBE tempat sidai baju malinja (sambil sidai usha2 budak K6)..cehh..apa kes???haha..maen2 je..emmm..nanti dapat junior baru..nanti pun dapat bilik baru tapi nasib baek tak dapat floor baru..dapat bilik 31, 1st malinja..ok la..juz jauh sket ngan toilet..12/07 pula bermulalah hari-hari pergi ke kuliah..mmm..tak sabar rasanya nak mulakan tahun baru dengan subjek-subjek mencabar dan banyak amali..mungkin..salah satunya amali aqua..ahhhhh..mesti kena ternak ikan nanti..then bersedialah dengan assignment yang bakal menanti.. 

 mmm...aku jugak sudah RINDU KILLER kat my crazy GIRLS (my geng star) : mala, fiza, eton, dila, fatin dan mungkin termasuk k.cta..huhu..then mesti la gak budak2 bpsp..konfem 1st class hari isnin nanti mesti kecoh..maklumlah dah lama cuti dan banyak cerita nak dibualkan di samping gosip2 hot bpsp..hahaha..aku percaya korang nanti mesti bawak semangat baru, wajah baru untuk sem baru nanti..insyaAllah..sem baru ni jugak aku macam ada AZAM BARU.. 
 1st nak tingkatkan pointer.. 
2nd bila test nak skor banyak2.. 
3rd aktif kolej semestinya.. 
4th nak bajet belanja..maklumlah aku dapat ptptpu pun sket.. 
.
.
.
.
.
.
.
ada lagi dalam list tapi taktaw nak tulis apa..hek3.. 
.
.
.
.
.
.
.
lastly dalam list nak cari bf..huahuahuaaaa..wa caya sama lu r..rasa macam nak kawin la..pengakuan berani mati secara terang-terangan..sape la yang taknak kawin kan?? 

mmm.. 
apa lagi ek nak cakap?? 
emmm.. 
itu je kot.. 
hihihihi..

p/s: stdy..abes stdy..keje..dpt duit..kawin..haha..

Thursday, June 24, 2010

fobia dah nak turun kat hentian R&R..

Huhh..kadang2 bosan..kadang2 besh cuti ni..tapi i rela cuti dari xcuti.. 
Assalamualaikum.. 

 Pernah tak terpikir kalau kena tinggal bus kat hentian R&R (rehat&rahat) kat tepi highway tue..??hahhh!!gile kan kalau kena tinggal..huhhh..actually aku pernah hampir kena tinggal bus ekspress masa nak balik kampung..KL-BP..gile!!tak sekolah punya driver!! 

 Tragedi ni berlaku masa sem 3 kalau tak silap la..pehhh!!tragedi la sangat..haha..dari UPM aku naek bus metro gi kotaraya..then sampai pudu beli on da spot tiket..dapat kul 9.30 pagi..ok la..tak payah la nak tunggu lama sangat..then bile tiba masanya aku pun naek bas..bas KKKL..aku tanya driver 2, batu pahat ea?then dia jawab mmm..dalam hati aku elehh macam nak tak nak je jawab..sambil2 naek dan kasi tiket tue jeling2 kat driver bas..(takde niat nak usha ok!! muda..tak hensem pun..berisi..muka tak friendly..)tak pernah nampak pun sebelum ni..mungkin orang baru kot..tak pun memang aku tak pernah nampak sebab rasanya jarang aku balik pagi2 buta ni..huhhh..whatever.. 

 Tido!!memang habit naek bas terus tido..bosan kot tengok pemandangan luar yang panas dan jem sana sini..lebih baek turunkan langsir, tutup mata dan mimpi indah2..haha..aloo ada perempuan duduk seat sebelah aku..ahh..malas nak layan..x ramai penumpang pun dalam 15 orang kot.. tido..tido..tido..
zzzzzzzZZZZZZZzzzzzz..
entah macam mana aku tersedar dari tido..bas ni masuk hentian R&R..tengok jam baru kul 10.40 pagi..mungkin hentian sebelah Senawang or lepas Seremban kot..bas ni actually non-stop tapi mungkin ada orang nak kencing dia berhenti jap..aku yang tengah mamai2 ni pun macam nak kencing..aku pun turun..(bahasa lembut buang air kecil..hihi..) termasuk aku ada 4 orang turun..semua perempuan..masing2 berjalan ke toilet untuk melepaskan hajat masing2..sampai kat toilet, 3 orang tadi dah masuk lobang toilet..tinggal aku sorang tak masuk lagi bab penuh..so aku tunggu la..then bila sorang dah kuar aku pun cepat2 masuk dan kencing..rasanya tak sampai satu minit kot kencing..dah selesai semua aku cepat2 keluar toilet..masa kat pintu keluar dari jauh aku nampak 3 orang perempuan tadi dah nak naek bas..cehhh..macam bersaing plak diorang ni..

aku pun jalan la cepat2 nak g ke bas..then 3 orang tadi dah naek bas tetibe pintu bas tutup dan bas terus jalan..peh macam tak CUAK pulak aku bila tengok bas dah gerak..gabra seh..aku tak pikir apa..aku pun lari kejar bas tue sambil lambai2, manalah taw ada orang dalam bas tue nampak aku kena tinggal..malangnya takde satu pun langsir yang terbuka..aku pun taktaw nak buat apa, juz lari pecut 100m kejar bas buduh!!(xpasal2 kena senam pagi2)..kuat gak aku lari..ek??padahal setiap kali hari sukan acara larian pasti aku dapat no corot or last..haha..then sambung balik tadi..tak kan aku nak diri macam orang bodoh plak, pastu nangis2 kat tepi highway..lagi sengal..then semakin aku lari laju, semakin jauh bas meninggalkan aku..masa tue aku dah bak kuar handphone dari kocek nak tepon mak tapi still lari kejar lagi la..(kalau tepon mak aku pun xde makna pun, setakat nak luah perasaan kena tinggal bas..bas 2 bukan boleh patah balik pun)..

 nasib aku baik masa tue..ada sebuah bas lagi tengah berhenti kat situ nampak aku kejar bas dan dia pun hon-hon bas ekspress KKKL aku naek 2..ada lah dalam 10 hon..then barulah driver bas sengal ni perasaan..jauh gak aku kejar, 100m lebih ada kot..bila bas berhenti, aku pun berhenti lari..padahal hati dah panas gile, membara++, geram, mendidih..aku naek bas..aku buat muka cool dan menyampah gler kat driver tue..driver buncit tue cakap kat aku dengan nada biasa..”awak turun bas lambat, naek bas pun lambat”.. dalam hati aku yek eleh mamat ni, kau nak salah kan aku plak..padahal kau tahu kau salah, tinggalkan penumpang kat hentian..apa kes!!bukti jelas depan mata aku:penumpang naek, bas terus jalan..ko ingat ni bas mini ke?? aku pun jawab, “apa pulak..saya turun awal tadi..alih2 keluar toilet tengok yang lain dah naek, bas terus jalan..” kalau tak aku nak maki je driver tue abes2 kat situ tapi memandangkan ada ramai orang, aku malas nak panjang2 cerita..bila nak duduk hati aku lagi semakin panas melihat perempuan yang duduk sebelah seat aku..sengal!! aku tanya dia “driver nie tak check ke sebelum jalan”, dengan nada yang releks tapi geram..then dia balas “a’haa..tah dia terus jalan je..”, dengan buat muka innocent..lemau!!dalam hati aku minah ni tak perasan ke aku tak naek lagi..padahal bukan dia tido pun tadi..aku jugak memang salahkan minah sebelah aku ni..bukan nak bagitaw kat driver buncit tue..kau ingat aku nak turun sini ke apa??abes barang aku kat dalam bas ni aku nak sedekah kat kau or kat orang laen??memang panas je masa tue..sampai BP nak turun bas aku jelling kat driver bas tue..driver tue tak perasan kot.. 
 then 1-2 hari lepas tue, akak aku pergi komplen kat kaunter KKKL..kasi asam je kat bas ekspress ni, lagi2 kat driver tue..konon la, kalau aku kena tinggal mungkin tak terasa lagi..tapi kalau beg, barang aku yang berharga dalam bas tue hilang camne..kena tinggal then barang hilang..semestinya aku akan saman kaw!!
driver tak bertanggungjawab!!takde etika!!takde disiplin!!

 p/s:sekarang ni pun aku rasa dah fobia nak turun bas kat hentian..aku sanggup tahan dari kencing kot..huhh..kalau jadi kat orang lain plak camne??

Friday, June 11, 2010

kotak hati 2

salam..
selamat hari jumaat..
langit di angkasa kelihatan mendung..
juga seperti hatiku ini..
entah mengapa hatiku dirundum sedih..
sungguh lemah diri ini..
semalaman..
aku terasa berada diawangan dibuai bersama-sama imaginasi indahku..
bila tersedarku dari tidur rupa-rupanya anganan aku itu hilang..
aku kembali ke alam nyata..
tak mungkin aku boleh kutip angan-angan itu..
benar kata header blog ini..
mimpi memang indah, tapi realiti harus ditempuhi..
ari ni..menjadi saksi aku ialah aku..
aku yang dulu..
gadis yang sepi berpanjangan..
dan dalam realiti ini aku akan menerima apa sahaja..
baik untukku dan baik juga untuk orang laen..
dan sebenarnya..
aku sedang menunggu sesuatu yang tak pasti..
wassalam..

p/s: terasa ingin tinggal di dalam gua yang gelap..

Thursday, June 10, 2010

kotak hati 1

Betul ke..
’kalau kita ingat kat orang tue, then orang tue mesti ingat kat kita gak’..
macam ada ikatan kovalen plak..
mungkin juga macam hydrogen bond yang lebih kuat..
tah la..
aku rasa cam betul je..

Tuesday, June 8, 2010

isu panas..


Banyak isu yang boleh dibualkan hari ini..
Bukalah paper tiap hari, macam2 hal kat Malaysia ni berlaku..
1st isu Lombok..masih ag hangat..terbaru aku terbaca budak 13 tahun dari Kedah nak melarikan mengikut mamat Lombok pergi KL..tapi bile nak beli tiket bas duit tak cukup untuk tambang 2 orang..nasib baek ada masyarakat tempatan yang prihatin dan mensyaki tingkahlaku curiga mamat Lombok tue dan memberitahu pihak polis..budak tue dah kena pukau..kalau tambang bas cukup pergi KL tah apa akan jadi kat budak perempuan tu..dengan cara melarikan anak dara merupakan suatu adat..adat perkahwinan yang still berlaku dalam penduduk pendalaman ceruk2 Lombok Indonesia..x kira dengan apa cara pun pemuda Lombok mesti melakukan adat itu untuk berkahwin..gle kan..kronologi menunjukkan anak gadis dilarikan hampir ada kes diseluruh Malaysia.. ok sekarang ni Lombok mengatakan ini adat mereka..mengapa mereka x melarikan anak gadis yang ada di tanah Indonesia sahaja dan dibawa pulang ke Lombok..senang cite..

Then..aku tertarik dengan isu tatu yang makin popular di kalangan gadis2 remaja Melayu..tatu di badan kononnya mampu merangsang keghairahan pasangan semasa melakukan seks..lebih2 lagi kalau tatu tu dicacah di tempat yang……ah paham2 jela..astaga..kalau mengikut paper Metro yang aku baca tue, gambar tatu yang popular seperti bunga ros layu, love retak, rama-rama terbang dan laen2..aku lupa la..then ada satu minah ni wat tatu lambang bismillah di lengannya..kononnya bila ada lambang tue dia akan terpikir 2 3 kali dan menahan untuk mengulangi perkara jahat yang dia pernah lakukan suatu ketika dahulu..

 Dan yang paling hot tentang keganasan Israel.. Satu nama yang cukup kejam..suka menindas..jahat..punya provokasi..helah..lanun..Kekejaman rejim zionis ini bukan sahaja terhadap rakyat Palestin bahkan terhadap peserta-peserta konvoi misi bantuan kemanusiaan Gaza..ini membuka mata dunia menunjukkan Israel akan menyerang siapa sahaja yang mendekati negara mereka walaupun berada di perairan antarabangsa..mereka memang bangsa yang berhati iblis..zalim dan sengaja membunuh melepaskan tembakan secara dekat..alhamdullillah 12 rakyat Malaysia yang menaiki kapal Mavi Marmara selamat setelah 28jam dalam tahanan tentera Israel dan secara jujurnya aku teruja mendengar pengalaman mereka semasa tentera Israel menyerang mereka..pape pun kita rakyat Malaysia berharap dan berdoa kapal seterusnya MV Rachel Corrie yang membawa 19 orang termasuk 6 rakyat Malaysia tidak menerima nasib yang sama seperti kapal Mavi Marmara..misi bantuan kemanusiaan ini memang patut diteruskan walaupun apa terjadi ini adalah sebagai cabaran..dengar katanya sudah selamat sampai di Jordon..

p/s: isu world cup panas gak..tapi aku xpenah baca part sukan dalam paper..siyes..betul dan ini kisah benar..;p

inikah aku??


aku..aku..aku??
siapa aku??
Owhh..ko ernie la..
Owhh..yeke..
Haha sewel..masuk air..xbleh blah..
Aku perempuan la..straight forward girl..jujur..pendiam..pemalu..ar segan la..haha..
Aku suka orang sayang aku..
Aku suka kawan aku..aku suka mereka..aku pun suka die..dulu n kini..siyes..
aku juga suka makan..apa saja aku sumbat..apatah lagi la kalu yang besh2..
aku suka tengok orang masak kat tv..afc channel jd pilihan..aku suka tengok buku masakan..tapi aku xreti sangat masak..n masakan aku mungkin xsedap..
aku suka tengok orang..termasuk skodeng skali..hoho..;p..kantoi!!
aku suka tengok orang pegang kamera besar..cool n stylish yo..uhh!!nak gak..tp xda pitis..
kdg2 aku suka kacau kawan aku..kdg2 aku suka dok diam je..xsuka bising2..tp aku suka ketawa..
kat class aku suka dok paling belakang skali..senang nak tengok orang..senang nak tumpu perhatian..plus senang nak maen2..
kalu orang suro aku drive aku rasa macam malas je nak bawak..tapi kalu dah pegang stereng, minyak je nak tekan..n ag 1 aku xsuka orang bising2 cara aku bawak kete..macam mak aku..taw la aku menjamin keselamatan penumpang2 ku..
aku suka indie..aku suka hujan..aku suka yuna..
aku suka ‘ku mahu kau tahu’..aku suka ‘kenangan terindah’..aku suka ‘aku mau’..aku suka ‘dari hati’..
dan banyak ag aku suka lagu yang jiwa2..
aku suka sale..70%..75%..100% xmungkin ada..bankrupt mall..
aku sangat lurus dalam menepati masa..tp kalu lewat sket 2 biasa la..
aku rasa aku sangat perahsia..misterizias..huhhh..i like!!
dan yang penting
aku jenis no problem la..
aku xkisah orang kata hp aku cam hp orang tua(bab num kat keypad besar):n3110..janji leh berkomunikasi..
aku xkisah orang kata aku xcantik sbb aku kiut kan..hik3..
tapi ada certain part aku kisah bab sentitip…huhu..
then..
aku x suka orang x jujur..
gedikss..
suka mengampu..
cakap belakang2 rumah??..
berlagak bagus (padahal xde la bagus hebat sangat..biasa jerk)..
xsuka pompuan emo..gaduh ngan bf die pastu kita kene tempias..
(cthnya hempas pintu kuat2, bile tanya buat2 pekak)..chill je la..
dan aku xsuka (tidaklah very really xsuka) binatang spt kucing, arnab, hamster n len2 bab tah takut nak pegang..tapi diorang comel..
 Emmm…mmm..mammm..
Hihi..kih..kih..hehe..
 Pape pun aku still aku..
Aku ialah aku..

p/s: Ble tgk orwg 2 aku ske nak jadi cam2..ble tgk orwg ni aku xnak jadi camni..
Last2 aku kene jadi cam diri sendiri gak..

Cinta yang tak terucap..


Meminati seseorang yang kita suka itu adalah lumrah..perasaan suka hanya wujud dalam hati tetapi betapa sukar untuk meluahkan rasa cinta yang terbuku di dada?makin dipendam makin tidak keruan jadinya..lebih-lebih lagi apabila orang yang kita suka itu berada di sekitar kita..dalam banyak situasi, cinta yang sukar diungkap kerana merasakan kemungkinan cinta itu akan ditolak..sudahlah ditolak, muka pun manalah nak letak!!

Cinta yang tak terucap..
Benarkah ada hikmah disebalik cinta yang tak terucap ni..
Maybe ada +ve dan –ve side..
Cinta yang tak terucap tidak bermakna kita gagal..
Positif nya maybe si gadis tidak bertepuk sebelah tangan..dan kita hanya menunggu si dia memulakan langkah pertama..
Negatif nya maybe dia bukan yang terbaek untuk kita dan bukan jodoh kita..
Aku suka memegang kata-kata ‘perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik’..ini bermakna Tuhan akan jodohkan kita dengan orang yang setaraf dengan kita..
Dan sejauh mana jika cinta si gadis yang tak terucap..
Adakah perlu perigi mencari timba??
Jawapan aku 50-50..
50-ya dan 50-tidak..
Ya kerana kita perlu meluahkan apa yang tersirat dari hati..makin disimpan makin derita bila dikenang.. malu??pada aku malu di sini bukan menjadi penghalang..tipu la kalau xde manusia (normal) yang malu walaupun sekecil zarah.. yang kita mahukan adalah jawapan dia..jika dia suka, go on la..tapi kalu xsuka juz terima hakikat dia bukan milik kita tapi mungkin kita milik orang laen dan Allah adalah pemilik yang hakiki..
Tidak pula kerana tidak manis jika perempuan mengungkapkan kata cinta dahulu..wanita terletak dalam suatu zon yang istimewa..orang dulu-dulu kata pantang nenek moyang jika perempuan memulakan dahulu..xde rasa malu ke??awak 2 perempuan..

Tetapi sekarang zaman sudah berubah..pada aku xsalah jika perigi mencari timba sekiranya cinta itu benar-benar ikhlas, jujur dan ada kekuatan diri untuk mengungkapkan..tapi risiko negatif pasti ada..jika ditolak xpayah la down giler2 sampai bunuh diri, putus harapan dan kita bukan keseorangan..mungkin belum tiba masanya untuk 2 jiwa 1 rasa..
Pape pun enjoy da life..

p/s: i wait for that moment!! i will appreciate it..mmm..berangan jela keje nya..

apakah perlu??

betul ke hal hati kena simpan dalam hati..
betul!!ehhh..xbetul la..
tengok gak virus, sampah, emas yang nak disimpan dalam hati tue..
tapi kalu hal hati itu berkenaan perasaan terhadap seseorang plak camne??
Mestikah simpan dalam hati??
Mesti!!
Habis..macam mane nak berputik cinta??
Eceeehhceeehhh..jiwa minah ni..
mmm..mmm..

kalu macam tue hal hati nak simpan dalam belog comot ni la..
boleh x??
mmm..mmm..
bolehhhh..bolehhhh..
tapi terdedah kepada silent follower aku..hehe..
aik!!ada ke orang nak follow aku..
whatever…ever..ever…
nak dia taw..tapi takut..segan..
dah lama suke..tahun..tahun gak..
mmm…mmm…
bagi hint..!!
lelaki xkan reti la baca hint pompuan ni..
lagi2 die..yeke??
dan aku pun x reti nak bagi hint kat orwg..haha..padan muka..
whatever..ever..ever..

p/s: der..tak usah lah terlalu mengharap..

saja suka suki belog..



bila orang laen ada belog..aku pun nak ada belog sendiri..
Aku pun xtaw apa fungsi aku ber belog ni ek??
mmm..mybe belog salah 1 cara aku meluahkan perasaan, pendapat dan respons terhadap sekeliling yang berlaku dalam kehidupan aku..
Terus terang ku katakan aku bukanlah penulis yang hebat..
Sekadar menulis..menulis..dan menulis..
Dan belog aku ni bukannya cantik pun..
xreti la nak menghias..ni pun belajar sendiri2 cedok2 belog orang len..haha..
actually aku nak letak iklan kat belog ni..orwg kata boleh dapat duit..tapi xtaw camne nak wat??
whutever??
tata..
titi..
tutu..
p/s: bukan belog la..blog!!ada paham??haha..

Monday, June 7, 2010

3 cara mudah atasi kesepian

  • membeli-belah adalah jalan paling mudah untuk hilangkan rasa sepi..janji ada duit go on jela..kalau xde duit, window shopping pun jadi la..
  • mengurungkan diri dalam bilik sambil melayan lagu-lagu peberet anda..perlu diingatkan, selain manusia, lagu-lagu juga dapat jadi peneman yang paling sepsetia di kala kita rasa sunyi dan sepi..
  • memasak atau mengemas rumah..kalau aku better g masak..bab pas masak kita boleh rasa masakan kita..so rasanya dengan masak dapat mengisi kesepian dan kesunyian yang dialami..