Thursday, July 1, 2010

saya bukan me'reject' kamu

-entry kali ini aku mahu kongsikan satu luahan kata seseorang yang mungkin tidak kesampaian untuk berbicara secara face to face..so juz nak post untuk si jejaka memahami situasi si gadis yang mentah pada ketika itu..-

‘KAMU’ Sekiranya kamu membaca surat ini, saya berharap kamu akan mengerti..
Saya adalah insan biasa yg mahukan kehidupan saya ini ‘LENGKAP’..tapi saya tidak tahu siapakah gerangannya yang akan 'MELENGKAPKAN' hidup saya..saya tidak tahu siapakah belahan jiwa yang Allah titipkan buat saya di dunia ini..

Sejujurnya dalam hati saya, saya gembira dengan kedatangan 'kamu', dan itu adalah kerana saya memang merasa gembira apabila mendapat kawan baru..menerima 'kamu' sebagai kawan baru dalam hidup saya, sebagai seorang yang berstatus single, berkawan adalah sesuatu yg menggembirakan..saya menghargai 'kamu' sebagai seorang kawan, sama seperti kawan-kawan saya yang lain.

Saya berterima kasih kerana 'kamu' berterus terang..dan saya cukup hargai sekiranya perasaan 'kamu' itu adalah benar..
dan jika 'kamu' bertanyakan perasaan saya, saya tiada jawapannya..


Saya memang bukan seorang yang berterus terang dan saya adalah seorang yang terlalu banyak berahsia..hingga kawan-kawan mengatakan bahawa saya seorang yang 'misteri'..dan saya turut merasakan bahawa saya seorang yang misteri..banyak yang saya fikirkan, pelajaran saya, mak abah saya, teman2 saya, perjalanan saya di kemudian hari yang belum tentu lagi..dan saya belum bersedia untuk memegang komitmen..


Saya tahu saya telah menghiris luka di hati ‘kamu’..saya memang ego, pentingkan diri sendiri..saya bukan mereject 'kamu'..tetapi saya mereject hubungan yang lebih dari persahabatan ketika itu..

p/s: am i wrong???



~ada saat-saat dalam hidup ketika kita sangat merindukan seseorang..sehingga hati ingin menjemputnya dari alam mimpi dan memeluknya dalam alam nyata..~

No comments:

Post a Comment