Monday, July 19, 2010

kebizian melanda hari2 ku..

symptom kebizian sudah dan sedang melanda..minggu ni masuk minggu ke-2 kuliah..minggu 1st pun dah terasa kehangatannya betapa sibuknya aku kena buat assignment dan amali..kali ni sem ni aku dah pencen amik subjek English..tapi praktikal amali semakin banyak pulak..hampir setiap subjek ada amali dan tiap2 ari kena bawak lab coat..huaaaaaa..beg berat!!still ada masalah ke macam budak-budak kat sekolah jugak??haha..padahal aku tengok siswa/siswi Chinese bawak beg berat2 siap bawak buku tebal2 macam buku talipon kuning tue..tapi yang Malay2 ni nak bawak beg ringan2..kalau boleh satu semester satu buku, guna tuk semua subjek campuq semua sekali..pastu ada pen sebatang pun cukup..haiya study dalam bilik la, nanti2 la, baru awal sem takkan dah nak mula study kot..hahhh..itu la mentality student Melayu..betul x???mesti betul…

actually ari ni baru terasa sempat dan mencuri masa nak tulis entri ni..aikkk!!ari minggu watpe??lepak arrr..haha..tak wat apa buat..saya buat-buat pandai cik jah oi…

jom check it out subjek sem ni!!macam menarik..tertarik..ko memang da boom!!
- Perlindungan tumbuhan asas : meneroka ilmu tentang serangga..maen nak lipas, semut, kucing..kucing???haha..mengong..
- Hortikultur hiasan : spesial subjek ni kena wat herbarium..wahhh…seronoknya..40 spesies??ok..otw buat sikit2..kang tak sempat and bukan mudah nak keringkan daun..
- Sains tanah : kajian pasal tanah la..juga macam menarik..quartz, galena, albite, muscovite, gysum, actonolite, talc dan laen2..
- Pembangunan kurikulum : yang ni besh giler lecturer dia..mantop!!kuat bebel dalam kelas tapi bebel ada input berguna tuk bakal2 cikgu yang mungkin berpeluang mengubal kurikulum pendidikan satu ari nanti..insyaAllah..
- Sosiologi pendidikan : bersedia dengan prensentation je la..nak kelas dia mesti kena senyum..ok..aku nak senyum kambing ja..jangan nak paksa2 kalau aku takde mood masa class pn suria ni..haha..
- Asas ERT : ni class yang paling besh aku rasa..membentuk aku menjadi isteri yang pandai memasak, menjahit dengan betul aka bakal chef erniey..hihi..bila belajar baru ada skill..cehhh..pasni boleh berlagak sket ngan adik aku la bab dia study kulinari..hek3..pastu boleh bukak kedai mamak..ceit!!
- Amalan ladang tanaman makanan : alamak kena g ladang time puasa t..macam biasa la tanam sayur, jagung..tapi yang syoknya sebelum ni tengok bendang kat tv, kat gambar..tapi kali ni aku sendiri akan turun bendang tanam padi..sekali seumur hidup kot..huaaa..cam tak sabar je nak suroh lintah gigit..haha..sabaq na tunggu lepas raya t..
- Amalan ladang aquakultur : becoming soon penternak ikan..haha..tak boleh blah..merasa la ternak ikan keli dan tilapia..eeee..xdapat bayangkan aku pegang ikan hidup..setakat nak siang ikan dah takde nyawa boleh la..pasni boleh la bela ikan tilapia kat aquarium..haha..

18 kredit..cukup ke??ke mau tambah lagi..silakan jika takde masa nak rehat..nak tengok tv..nak tido..apa aku cakap ni..ahhh..tak paham..
Ok la..dah!! nak bergerak g kuliah ni..
Tak mandi ag..
Caw lu..k..

No comments:

Post a Comment