Sunday, July 4, 2010

terima kasih sedih..

Dalam seminggu ni MATA KIRI ATAS aku selalu gerak-gerak..puas aku google..
Setelah di google antara makna yang aku dapat :
i.         Akan melihat orang pergi jauh..
ii.       Akan menangis dalam masa terdekat..
iii.      Akan melihat kekasih..
iv.    Akan bertemu dengan orang yang dicintai samada keluarga atau sebagainya..
Entah la..sebenarnya memang macam tak percaya je tapi ni juz nak taw je..

Pastu aku tanya mak aku ;
“Mak, kenapa mata ani belah kiri ni gerak-gerak ek?”
“Orang kata nak tengok orang jauh..”
“Owhh..orang jauh?sape??”
Ligat kepala aku berfikir..persoalan aku tergantung begitu saja..

Then..dua tiga hari lepas tue betul la, aku rasa nak nangis..ye..memang aku nangis..sebab sedih..sedih dengan diri sendiri..banyak perkara yang aku nak nak buat..tapi aku sendiri pun tak pernah rasa puas..hilang sasaran..antaranya persoalan hati..perlu ke aku cite??ahhh..cite je..

Ya..sampai sekarang aku still teringat teman aku itu..dulu, aku pernah cakap kat hati aku..
“Aku nak kawan dengan dia la..macam besh je..kelakar pulak tue..baik..pandai.. bertanggungjawab kot..ada lagi satu..ahhh..tak payah la mention..haha..rahsia..
Then aku bisik lagi.. ”Kalau dia jadi bf aku pun ok gak..” isyhhh..isyhhh..ok..gatal gak ek aku ni..

Pastu bisikan aku yang pertama sudah tercapai..epy la..lebih-lebih lagi kalau hari isnin-jumaat..hati aku terus ada taman bunga kalau dia tegur aku..haha..cam mengong je kan..then kawan punya kawan sampai hari-hari terakhir..pada masa yang sama angan aku lagi satu tue hampir tercapai..tapi..bila tiba masanya, aku sendiri menghancurkan harapan aku dan yang penting harapan dia..yes..memang aku jahat kan??sapa kata aku baik..haha..
Masa tue aku tak rasa CINTA adalah perkara yang perlu ada dalam hidup aku..ada apa dengan cinta ek??itu kata aku..padahal orang laen kejar-mengejar, tonggeng-menonggeng, lompat-melompat, skodeng-meyekodeng mencari cinta..tapi aku releks je..pelik kan??mungkin aku tak rasa nak kawin kot masa tue..nak kata takde perasaan..ada..tapi rasanya tak membuak-buak seperti orang lain menang hadiah kereta sebijik..biarlah orang nak kata aku takde bf ke aku ada bf ke..janji aku senang..ni hidup aku..taw la aku nak hidup..
Menyesal??Ada la sikit..bab bila jiwa kosong still teringat..tapi sebenarnya takde apa yang perlu aku sesalkan kerana itulah jalan yang aku pilih..

Berbalik pada SEDIH tadi..owhh..sebenarnya dia yang aku sedihkan..jiwa kacau..sebenarnya aku tak perlu rasa sedih ini..tapi sedih ini datang secara tiba-tiba..tiba-tiba air mata nak keluar walaupun sikit tapi hati tetap menangis..actually aku tak rela nak bukak cite sedih ni lagi..(sedih ke??tah tak taw nak cakap camne..tapi cite ni la..) ye..aku sudah nekad nak lupakan sejak melangkah keluar dari tempat itu..tetapi disebabkan dia yang memulakan dulu, so terpaksalah aku membuka kembali pikiran masa lalu..ber ‘tan-tan beratnya..tak termasuk dalam diari lagi..ahhh..sama ja..diari=ingatan episodik..
So sekarang ni ada sedikit kekuatan untuk pulihkan keadaan aku..mata aku dah tak gerak-gerak..jiwa aku dah ok dan mau kembali kepada realiti..REALITI..inilah hidup aku yang NYATA..

Terima kasih mata gerak-gerak kerana memberi aku nangis dan kesedihan..
Terima kasih air mata dan jiwa kacau..
Terima kasih fikiran aku dan bisikan hati kerana memberi imaginasi yang sangat cantik, bernas..
Terima kasih kenangan kerana tanpanya cerita tak akan berjalan..
Terima kasih kepada cinta dan menyesal kerana memberi aku pengalaman dan pengajaran..
(walaupun aku tak taw ada apa dengan cinta sebenarnya)..
dan..
terakhir sekali..
Terima kasih kepada dia kerana ada dan hidup dalam skrip novel aku..

-sekian-

p/s : rupanya susah nak jadi aku..so make it life simple!!kehidupan semalam mendewasakan aku dan aku memang perlukan pengalaman lagi..GUD LUCK GIRL!!

No comments:

Post a Comment