Friday, August 6, 2010

inilah hidup..




aku suka mengingatkan diri aku bukan semua yang kita nak kita akan dapat walaupun kita tahu kadang-kadang sesuatu perkara itu terbaik buat kita..hari ini dan mungkin dari semalam lagi aku sudah belajar satu pengajaran..yup terima kasih..sangat bermakna pengajaran itu buat aku sebagai seorang gadis yang masih bertatih dan menyedarkan aku inilah hakikat dunia..semua orang perlukan itu, semua orang perlukan ini untuk keperluan masa depan yang terbaek dalam hidup..bila tanya aku??ya aku juga mahukan masa depan yang terbaik untuk aku..tapi aku sedar jika tanpa sebarang usaha, xde sebarang perubahan yang dibuat maka perkara itu akan static sampai bila-bila..sesungguhnya ia adalah satu kerugian dan kerugian membawa kepada penyesalan..sekarang aku rasa begitu..tapi aku dah cakap kat hati aku, owh tak mengapa kerana perjalanan hidup aku masih panjang..insyallah..usah risau aku masih berharap mungkin ada sinar-sinar cahaya terang untuk aku sikit masa nanti..dan aku di sini hanya dapat berdoa meminta yang terbaik untuk diri ini..sesungguhnya Allah menentukan yang terbaik untuk diri kita..dan sesungguhnya aku bersyukur dengan apa yang aku ada dalam hidup ini walaupun kadang-kadang terasa kekurangan..dan kekurangan yang wujud itulah yang sering membuatkan aku sedar dan bersemangat untuk terus mencari sesuatu yang bermakna dalam hidup ini..

No comments:

Post a Comment