Rindu..
Hanya satu perkataan yang membangkitkan seribu rasa hati ini..
Perasaan hatiku tidak dapat dibendung lagi..
Tatkala terkenang suatu tika dahulu semasa kau ada di sisi kami..
Hanya hati yang sayu dan doa mampu aku kirimkan padamu..
Moga ianya berkekalan hingga ke akhir hayatku..
Buat bekalanmu di sana..
Sudah lama aku tidak mendengar dan mengucapkan satu kata yang semua orang pasti menyayanginya..
AYAH..
Ya..Memang lama benar rasanya tak mengucapkan..
Rindu semestinya..
Kini tiada lagi panggilan untuk mu di setiap pelusuk ruang hidupku..
Aku reda dengan ketentuan Ilahi..
Kerana Dia lah yang berkuasa di alam semesta ini..
Sejak kau pergi dari hidup aku..
Aku sudah berjanji dalam diri..
Aku mesti kuat..aku mesti tabah..
Menghadapi hari-hari ku tanpa kamu..
Ya..sekarang hampir 10 tahun, aku sudah terbiasa begini..
Aku masih kuat..aku masih tabah..
Menghadapi hari-hariku yang masih belum pasti..
No comments:
Post a Comment