Sunday, August 29, 2010

You ni...Ayat-ayat jiwa....

-aku atau kau yang harus memulakan dulu??
Dua hati berbisik rasa sama..-


 


Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Itulah yang dirasakan oleh Ery dan Yun saat cinta mereka terbelah dua. Di saat hati saling terpaut, telah ada insan yang telah setia menanti kehadiran mereka.
 

Hendak diceritakan kepada siapa yang boleh dipercaya tentang perasaannya ketika ini? Hendak berkongsi juga tidak tahu bagaimana hendak dimulakan segala yang berlegar di benaknya. Maka terpaksa dibiarkan sahaja berlalu tanpa suara dan tanpa tindakan sewajarnya. Perasaan itu kalau dibiarkan pasti ada hati yang terluka. Lebih teruk ada jiwa yang akan terseksa. – Ery

Di sana si dia menunggu cuma jaraknya jauh, ikhlasnya sudah pasti tetapi jauh itu mengundang rindu yang menusuk kalbu. Di sini bermain di mata, dekat jaraknya terlalu hampir tetapi hendak dipeluk takut dia terus lari menjauh dan terus menjauh lagi lalu pergi. - Yun

Mampukah mereka meluahkan yang terbuku? Bercantumkah hati-hati mereka? Hanya mereka yang berhak menentukan pilihan hati mereka. 
 
by puteraery ussin
 -----------------

ERY & YUN
hero dan heroin novel ini..
cerita novel ni sangat best walaupun aku baru baca tak sampai suku pun..
nampak menarik penceritaannya sebab terdapat monolog hati yang kadang2 memang berlaku dalam fikiran kita..
kisah guru di MRSM dengan perangai murid-muridnya..
yang kadang2 menghormati dan menyakiti hati guru..

kisah cinta yang terpendam..
yang akhirnya membawa haluan masing-masing..
kerana terlambat dalam meluahkan rasa..
itulah cinta cikgu Ery dan Cikgu Yun..

laban rata gunung kinabalu..
menjadi saksi kepada keberanian cikgu Ery untuk meluahkan cintanya pada cikgu Yun..
walaupun tak ada jawapan namun cikgu Ery
yakin jawapan adalah "YA"..

ada satu ayat yang membuat aku berfikir tentang kebenarannya..
"terimalah cinta seorang yang menyintai diri kita
kerana dia terima kita apa adanya"
betul ke semua nie????

pape pun novel ni besh..
aku tertarik nak beli sebab kulit depan menarik..
tapi aku tertanya gak kenapa tajuk novel ni,
"you ni..ayat-ayat jiwa.."

1 comment:

  1. you ni tu refer nama yuni (watak dalam novel yun)...ayat2 jiwa i guess sebab isi hati cg ery maybe. mcm kisah benar ja sebab watak dalam novel tu semua wujud and i know them.hehehe

    ReplyDelete