Sunday, August 29, 2010

You ni...Ayat-ayat jiwa....

-aku atau kau yang harus memulakan dulu??
Dua hati berbisik rasa sama..-


 


Ditelan mati emak, diluah mati bapak. Itulah yang dirasakan oleh Ery dan Yun saat cinta mereka terbelah dua. Di saat hati saling terpaut, telah ada insan yang telah setia menanti kehadiran mereka.
 

Hendak diceritakan kepada siapa yang boleh dipercaya tentang perasaannya ketika ini? Hendak berkongsi juga tidak tahu bagaimana hendak dimulakan segala yang berlegar di benaknya. Maka terpaksa dibiarkan sahaja berlalu tanpa suara dan tanpa tindakan sewajarnya. Perasaan itu kalau dibiarkan pasti ada hati yang terluka. Lebih teruk ada jiwa yang akan terseksa. – Ery

Di sana si dia menunggu cuma jaraknya jauh, ikhlasnya sudah pasti tetapi jauh itu mengundang rindu yang menusuk kalbu. Di sini bermain di mata, dekat jaraknya terlalu hampir tetapi hendak dipeluk takut dia terus lari menjauh dan terus menjauh lagi lalu pergi. - Yun

Mampukah mereka meluahkan yang terbuku? Bercantumkah hati-hati mereka? Hanya mereka yang berhak menentukan pilihan hati mereka. 
 
by puteraery ussin
 -----------------

ERY & YUN
hero dan heroin novel ini..
cerita novel ni sangat best walaupun aku baru baca tak sampai suku pun..
nampak menarik penceritaannya sebab terdapat monolog hati yang kadang2 memang berlaku dalam fikiran kita..
kisah guru di MRSM dengan perangai murid-muridnya..
yang kadang2 menghormati dan menyakiti hati guru..

kisah cinta yang terpendam..
yang akhirnya membawa haluan masing-masing..
kerana terlambat dalam meluahkan rasa..
itulah cinta cikgu Ery dan Cikgu Yun..

laban rata gunung kinabalu..
menjadi saksi kepada keberanian cikgu Ery untuk meluahkan cintanya pada cikgu Yun..
walaupun tak ada jawapan namun cikgu Ery
yakin jawapan adalah "YA"..

ada satu ayat yang membuat aku berfikir tentang kebenarannya..
"terimalah cinta seorang yang menyintai diri kita
kerana dia terima kita apa adanya"
betul ke semua nie????

pape pun novel ni besh..
aku tertarik nak beli sebab kulit depan menarik..
tapi aku tertanya gak kenapa tajuk novel ni,
"you ni..ayat-ayat jiwa.."

hari raya datang lagi..

 
alhamdulillah..
hari raya jumpa kembali..macam mana agaknya ek raya tahun ni..huhhh..macam tahun2 yang lepas gak la..bangun pagi mandi, ziarah kubur arwah ayah, sediakan juadah makan ramai2 satu family..
-makan ketupat.ayam masak merah.sambal kacang.sayur lodeh.rendang.sambal goreng-
mesti kena mention semua, baru ada sket2 feeling nak raya..huhu..

bila tiba hari raya suasana kelihatan berbeza dari hari-hari biasa kan..kereta paling banyak berada di jalan raya time2 begini..yang paling besh tengok kalau kat rumah kampung meriah dengan bilangan dan kereta2 besar cun yang banyak kat halaman rumah..seronok ramai2 berkumpul semula..
 
bagi aku plak berbeza banyak perkara..dulu masa budak2 seronok maen bunga api, pop pop dengan cousin, jiran..(tak mention banyak sebab aku tahu main tue je..yang len2 macam bahaya je..hehe..) pastu mesti pasang pelita tiap malam..baru nampak meriah..then bila balik kampung seronok lagi dapat duit raya dari pak mak (long, ngah, uda, teh, cu, andak dan ............) kalau ngan kawan2 sepermainan plak, giler beraya umah jiran..pergi rumah jiran yang kenal, dapat seringgit..kalau yang tak berapa nak kenal, dapat 50 sen.20 sen pun penah dapat...haha..xleh blah la time budak2 hingusan dulu..hehe..
 
thenn..suasana raya lepas arwah ayah takde agak berbeza sangat2..raya tetap raya tapi still terasa kehilangan, kekosongan seseorang..sekarang pun begitu juga..terasa sayu bila dengar takbir dan ziarah kubur..
 
then bab kuih raya plak, buat yang simple2 je..tapi kuih raya wajib buat time raya ialah kuih tat, biskut suji, kek coklat/kek marble..yang laen2 ikut keadaan gak biasa mak tunjuk2 je..takde siapa nak tolong2 kat rumah tue..semua dah besarkan, balik raya pun lambat gak..tunggu 3 4 hari nak raya semua busy nak wat itu ini..

p/s:balik batu pahat nanti dah ada keje yang menanti..mak dah cakap awal2..tolong buat kuih raya, tolong masak, tolong teman g shopping..hahhhh..bab tu aku suka..hehe..btw..abes la..raya tahun ni aku kena rajin banyak..kak eza mesti duduk je ngan kain batik dia jaga anak..huhuuuuuu...

Saturday, August 28, 2010

aku kembali normal..

kadang-kadang aku tersangat-sangat emo..
maybe terlayan sangat perasaan..
tapi hari ni..
aku terasa nak senyum pulak..
aku terasa nak ketawa berdekah-dekah..
aku terasa terlebih suka pulak..
aku nak melompat lebih tinggi..
tengok la sampai bila boleh bertahan..
sebab..
hari esok ada lagi..
esok mungkin perasaan akan datang lagi..
dan..
aku layan je..
bergantung pada keadaan, suasana, feeling..

p/s:kdg2 masam,manis,pahit,masin..

jika begitu, aku tak akan pandang belakang..

hari ini dan mungkin dari semalam lagi..
kaca-kaca sudah menjadi serpihan..
serpihan yang kecil dan tajam..
i'm loser..aku dah kalah..
dan aku susah nak terima hakikat..
sebab..
selagi aku tak mencuba lebih gigih, selagi tue aku tak tahu samada aku boleh mendapatkannya..
mungkin usaha aku sekecil bacillius..macam dapat tengok dalam teleskop je..adakah aku patut beria-ia if nak dapatkan sesuatu..mesti!!ok maaf..aku bukan orang begitu..

sekarang.now.present
bunga sudah layu..
aku tak tahu nak buat apa..
tanggapan, anggapan & pesanan dia buat aku lemah..mati begitu saja..
fius utama : hati, seakan ditarik suisnya..
kesannya air mata juga yang gugur dan rasa sendiri berbekas di hati..
so apa sebenarnya yang aku mahukan..
kalau aku cakap..adakah dia mahu dengar..dia mahu percaya..mungkin tidak..sebab hakikat tanggapan anggapan buat dia sudah jelas..
"aku hanya mahu dia"

kalau benar pesanan itu untuk aku, aku sangat berterima kasih..
harap kata2 dia makbul..tapi bukan sekarang, mungkin 1 hari nanti sebab aku masih sendiri..

---
Andai akhirnya
Kau tak juga kembali
Aku tetap sendiri
Menjaga hati
---

Monday, August 23, 2010

Timbaland ft. Katy Perry - If We Ever Meet Again (lyrics)

luahan pengamatan & pemerhatian

Ini kisah benar..bukan tipu-tipu..kadang-kadang aku pelik tengok orang gila handphone..handphone dah lawa, canggih, meletop mak ayam tapi masih tak puas hati..yang ada tue suro pakwe belikan handphone canggih..padahal si pakwe tue juz student..hait..si makwe pulak materialistic..so what??apasal aku nak sebok sebok plak..bukan duit aku pun kan…huhhhh..

Okkk..entah lah mungkin aku rasa pelik dan boleh dikatakan manusia memang tak pernah puas dengan apa yang mereka ada..nak kata tak bersyukur itu laen cite la..laen orang laen kehendak mereka..mungkin kalau orang dah keje, tak kawin lagi no wonder la nak enjoy gila gaban..tapi kalau student biasa biasa (maksudnya di sini student cukup2 makan sederhana) yang hanya mampu pegang PTPTN or KPM enjoy perabes duit amanah macam mana plak..pelik pelik..contoh: beli camera hampir seribu tapi function camera lebih kurang sama dengan camera 3-4 rat..juz beza cuma brandnya up sket dan meletop..kalau orang tengok semua akan cakap WAH!!! Kalau aku lah dah menggigil nak bayar camera hampir seribu kat cina kedai tue dan pikir banyak kali patutkah aku beli mahal2..tak membazir ke??ok..ikut keperluan mereka nak guna untuk apa..kalau untuk keperluan biasa biasa patut ke??perlu ke?? Macam handphone plak aku tengok basic function untuk calling2, texting, tangkap gambar..kalau yang up sket ad wireless tenet, radio n mp3 dan macam2..tah mungkin ada lagi, aku pun bukan tahu sangat pun..so my problem sebenarnya kat sini aku pelik kenapa perlu beli mahal2..student kot..setakat nak bukak facebook via mobile baek takyah..bukak laptop or pc besar2 baru puas..nampak semua tak payah nak tekan ke bawah banyak2 kali..

 ok..kalau orang baca mesti akan kata “ahhhh..minah ni jeles la tue..tak dapat nak beli apa yang dia nak..ni duit aku bukan duit kaw pun..” okk..jeles??kalau tengok muka aku sebenarnya xde istilah jeles yang melampau atas muka aku..(kita mesti support..support mereka..hak mereka kan..)tapi actually lebih kepada sedih..sedih sebab guna duit amanah untuk perkara yang bukan kepada keperluan..kadang-kadang aku terpikir macam mana pulak orang yang berhak tapi mereka tak dapat..kesian kan..entah la..
aku memang suka tengok orang dengan pikiran yang berbeza..inilah manusia dengan duniawi..

notakaki : maaf jika tulisan ini menguris mana-mana pihak..mungkin hanya kebetulan..ini hanya luahan pengamatan dan pemerhatian aku saja..
wassalam…

Wednesday, August 18, 2010

taknak hilang..


assalamualaikum..
lama sudah tidak berkata-kata..busy 1 hal..then blogspot wat hal tak kasi nak upload new post..berhari-hari gak aku tunggu sehingga pulih..lagipun banyak yang nak tulis tapi tergendala..huhu..
semenjak 2 menjak ni aku rasa banyak yang mengganggu hati aku..aku nak ignore tapi tak boleh sebab terlalu berat..satu hari nanti mungkin, tapi aku tak rasa akan hilang sepenuhnya bab aku sayang giler nak hilangkan camtu je..seriously aku tak akan tipu dan aku tak boleh tipu diri aku sendiri..last2 makan diri sendiri..sekarang apa boleh buat, takde apa yang aku boleh aku buat..aku hanya boleh melihat dari jauh..mendengar di hujung telinga, merasa dan mengandaikan sesuatu yang aku tak tahu..dan mendalami rasa sendiri..nak tahu tak apa aku rasa sekarang..
aku rasa suka..
aku rasa gembira..
aku rasa rindu yang amat sangat..
(aku pun tak tahu mengapa perlu rindu..mungkin sudah terlalu lama..)
aku rasa sedih..
aku rasa kuat..
aku rasa manis..
aku rasa nak senyum..
tapi semua yang aku rasa ini tidak 100%..
segalanya sudah berkurang..berkurang..tapi tak juga hilang..sebab rasa ini sudah lama berbekas dan ada cop mohornya tersendiri..kenapa tetibe rasa nak nangis ek..huhhhh..sedih la plak..pastu bila jadi camni nak tau apa yang aku buat??aku bukak lagu-lagu favorite kat handphone guna earphone kuat-kuat..xpe rumate tak dengar..lagi kuat lagi terasa feeling..biasanya setiap hari ada satu lagu tema..contoh kalau hari ni aku nak dengar lagu “I don’t want miss a thing” by Aerosmith aku akan bukak satu ari lagu tue..kalau 5 ari aku rindu nak dengar lagu yang sama, 5 hari la aku dengar sampai gegendang telinga aku dah tercabut dan bukak lagu laen pulak..itulah aku..

sebenarnya ada 1 perkara yang bermain dibenakku..mmmm..if la 1 ari nanti………............semuanya bakal terjadi dan bersemuanya akan berakhir dan terjawab sudah..bagaimana dengan aku??okkk..tak perlulah risau sangat..tak boleh..mungkin aku akan rasa aku taknak ada fesbuk lagi..dan itu cara aku taknak tahu apa-apa lagi..mungkin tapi tak mungkin..

Saturday, August 14, 2010

R.I.N.D.U

Rindu..
Hanya satu perkataan yang membangkitkan seribu rasa hati ini..
Perasaan hatiku tidak dapat dibendung lagi..
Tatkala terkenang suatu tika dahulu semasa kau ada di sisi kami..
Hanya hati yang sayu dan doa mampu aku kirimkan padamu..
Moga ianya berkekalan hingga ke akhir hayatku..
Buat bekalanmu di sana..

Sudah lama aku tidak mendengar dan mengucapkan satu kata yang semua orang pasti menyayanginya..
AYAH..
Ya..Memang lama benar rasanya tak mengucapkan..
Rindu semestinya..
Kini tiada lagi panggilan untuk mu di setiap pelusuk ruang hidupku..
Aku reda dengan ketentuan Ilahi..
Kerana Dia lah yang berkuasa di alam semesta ini..

Sejak kau pergi dari hidup aku..
Aku sudah berjanji dalam diri..
Aku mesti kuat..aku mesti tabah..
Menghadapi hari-hari ku tanpa kamu..
Ya..sekarang hampir 10 tahun, aku sudah terbiasa begini..

Aku masih kuat..aku masih tabah..
Menghadapi hari-hariku yang masih belum pasti..

Friday, August 6, 2010

- aku akan rindu tentang semuanya -
by ernieyzainal..06/08/10

quotes..



inilah hidup..




aku suka mengingatkan diri aku bukan semua yang kita nak kita akan dapat walaupun kita tahu kadang-kadang sesuatu perkara itu terbaik buat kita..hari ini dan mungkin dari semalam lagi aku sudah belajar satu pengajaran..yup terima kasih..sangat bermakna pengajaran itu buat aku sebagai seorang gadis yang masih bertatih dan menyedarkan aku inilah hakikat dunia..semua orang perlukan itu, semua orang perlukan ini untuk keperluan masa depan yang terbaek dalam hidup..bila tanya aku??ya aku juga mahukan masa depan yang terbaik untuk aku..tapi aku sedar jika tanpa sebarang usaha, xde sebarang perubahan yang dibuat maka perkara itu akan static sampai bila-bila..sesungguhnya ia adalah satu kerugian dan kerugian membawa kepada penyesalan..sekarang aku rasa begitu..tapi aku dah cakap kat hati aku, owh tak mengapa kerana perjalanan hidup aku masih panjang..insyallah..usah risau aku masih berharap mungkin ada sinar-sinar cahaya terang untuk aku sikit masa nanti..dan aku di sini hanya dapat berdoa meminta yang terbaik untuk diri ini..sesungguhnya Allah menentukan yang terbaik untuk diri kita..dan sesungguhnya aku bersyukur dengan apa yang aku ada dalam hidup ini walaupun kadang-kadang terasa kekurangan..dan kekurangan yang wujud itulah yang sering membuatkan aku sedar dan bersemangat untuk terus mencari sesuatu yang bermakna dalam hidup ini..