Monday, August 29, 2011

Salam Aidilitri.. :)

Assalammualaikum dan salam muah muahh..


dikesempatan ini, aku ernieyzainal ingin menyusun sepuluh jari (nak tambah jari kaki buleh tak??) jika ada terkasar bahasa, terlebih gurau, tercela carut, terasa hati dan lain lain ter ter kepada sesiapa yang mengenali diri ini..semoga Syawal kali ini membawa sejuta makna, keberkatan, keinsafan dan kemaafan kepada kita semua dan bergembiralah bersama keluarga tercinta..

Minal Aidil Wal-Faizin


p/s : esok pagi raya nak ziarah kubur..rindu rasanya..semoga aku tabah menjalani kehidupan tanpa yang tersayang.. :)

awak buat apa??saya buat bodoh..

 
 

Antara soalan popular pertama yang ditanya ketika message, chat ataupun call :
You buat apa?
Dan jawapan yang 99% pasti adalah :
Takde buat apa
Dan kebiasaanya, jawapan itu tidak mengundang masalah. Tetapi, sekiranya dijawab begini :
Buat bodoh jer 
Boleh bergaduh kalo jawab macam tu.

Dan soalan kedua popular selepas pertanyaan tu :
Ko kat ner? 
Dan selepas itu baru berlangsung kepada topik yang hendak ditanya.

Kenapa begitu erk sistem komunikasi di mesia ni? Ataupun satu dunia mmg mcm tu? Takde rasa2 nak tukar cara berkomunikasi?

Friday, August 26, 2011

Admire?? lol..

Assalammualaikum dan salam muah muah..

Selalunya orang takut nak dekat dengan yang good looking and cute cute nie..sebab mesti orang akan pikir dia memilih bile nak cari pasangan..tapi tak semua macam tue..sesetengah je..pemikiran orang yang biasa2 pulak bile tengok orang hensem dan cantik nie mesti macam nie "ala mesti die tak pandang aku.." so kesimpulannya dia tak datang dekat hanya admire je..

1. Sebagai seorang single, suke tapi juga benci bile perasaan nie datang walaupun just admire..kenapa??sebab dia dah trmasuk sikit dalam ruang tapak parking bermusim nie..nie lah bile kuasa pandangan pertama terus suka..aduh..kadang2 rasa pelik kenapa manusia ada perasaam macam tue kan..dia tak salah apa apa cuma aku yang tersyok giler babeng kat dia..ok!!damn you..jangan fikir bukan2 melampaui divider boleh tak..ketahuilah bahawa perasaan itu hanya nafsu semata..yes..i know..tapi the problem is aku dah tertambah dia kat friend list fesbuk..hohoho..ooomaigooot..(gedik rupanya..ok..just nak kawan je..)

2. Eh dia approve la..waduhh..memang buat aku lagi gile suke meroyan..hahaha..
And then lagilah the situation more complicated bile ter post sebaris ayat kat wall si admirer..

"awak, kenapa approve saya..haha..tengs..:)"
"awak, kenapa add saya..haha..welcome.. :)"
..bla bla bla..
..bla bla bla..
Kemudian berlanjutanlah dengan proses komen mengomel..

3. Then..uhhh..dia single??tak caye la..muka baby kiut comel justin bibir tak bibier sangat lah ramai peminat camni takkan takde yang special kot..hek3..dah break kot..whutever~~tak kisah la single ke double ke, ok takde niat nak approach pun..lagipun die gred superduper cute, aku gred beginner yang baru nak up cute..hahaha..(bunyi sepesen loser..)

4.
Kawan : eh admirer baru ke??ceciter..
Aku : hahaha..adalah..buekkk..
Kawan :gitu la choii..aku pun ada admirer baru..waka waka..
Aku : ok ok..cepat share..hahaha..
[spesies giler kumpul admirer agaknya..]

5. 
[nak letak gambar boleh??haha..tak payah la..]-tak bek curi gambar orang..
[nak tulis nama boleh??haha..no need la..]-tak bek buat orang femes tetibe kan..
Ok..babai..esok esok sambung ag yop..

ok..im stalker..lol..

P/s : bile kita kata minat bukan bermakna kita mahu dia jadi someone special (kekasih atau suami) or anything but just he know that IAYSM..[ernieyzainal2011]
-the secret of happiness is to admire without desiring..yeahh!!

Sunday, August 14, 2011

Bukan yang istimewa lagi..

Assalammualaikum dan salam muah muah..



Senyum..syukur..everything its ok..it is right??entah..nampaknya kau masih ragu ragu..kenapa ek??kenapa ek??suara hati berkata kata, walau sejauh mana pun kau dekat..kau still bukan yang istimewa lagi..yeahh..aku setuju!!sila katakan setuju dengan volume yang paling tinggi dan terkesan dalam hati..yeahhh..i'm ok!!walaupun ini adalah permulaan bagi perjalanan yang kedua..

Walau sejauh mana pun apa yang kau fikirkan, ia masih begitu beku seperti di dalam peti sejuk..kenapa nie??entah..aku rasa dah give up..malas..biarlah..ahhh lantaklah macam mana pun yang terjadi aku mesti positif..semua yang berlaku ada sebabnya..

aku rasa di zon selesa..tapi banyak yang terkepung dalam fikiran terjerat akibat mainan akal..ahhh..jahanam!!nyahhh kau si pengganggu medula yang merasuk hemisfera kiri atau kanan ahhh tak taw aku..dunia seakan samar menghampiri kelabu dan mungkin gelap..tiada arahan dan tiada arah tuju..takde sapa nak bagi kau penunjuk arah..loading..loading..loading..your server is error..sudah lah..merepek meraban tak tahu hala..ngantuk sudah..bai..

p/s : Perjalanan sekarang adalah untuk masa hadapan dan jangan mengharapkan perjalanan semalam lebih bermakna untuk masa hadapan..[ernieyzainal2011]

Thursday, August 11, 2011

Watashi wa totemo kawaikatta..

Assalamualaikum dan salam muah muah..

Annyeong-haseyo..
disebabkan kegilaan drama drama Korea dan kerasukkan music K-Pop di negara kita, entah aku pun terasa macam nak belajar bahasa korea..aku bukan la hantu drama Korea macam kawan kawan aku tapi cerita korea yang aku rasa paling sweet pernah aku tengok My Girl..ok..aku yakin semua semua yang giler korea akan berada dalam mimpi fantasi bila mereka tengok citer2 korea nie kan..ye dak??
Contohnya bila dah tengok tengok drama pastu keluar lagu Sang-eo-reul Sa-rang-han In-eo..sure mesti semue akan rasa wowww suwit giler...oomaigot~~haha..lagi layan bila ada english translation lagu tue..
 part last scene yang paling comel dan dinantikan penonton..warrrggghhh!!!

tapi kali ini aku nak tunjuk beberapa perkataan simple bahasa Korea..
네.(예.)
[ Ne.(ye.)]
Ya.  

아니오.
[Anio.]
Tidak. (Bukan.) 

여보세요.
[Yeoboseyo.]
Halo. 

안녕하세요.
[Annyeong-haseyo.]
Apa kabar. 

안녕히 계세요.
[Annyong-hi gyeseyo.]
Selamat tinggal. 

안녕히 가세요.
[Annyeong-hi gaseyo.]
Selamat jalan. 

어서 오세요.
[Eoseo oseyo.]
Selamat datang. 

고맙습니다.(감사합니다.)
[Gomapseumnida. (Gamsahamnida.)]
Terima kasih. 

천만에요.
[Cheonmaneyo.]
Kembali. (Sama-sama.) 

미안합니다.(죄송합니다.)
[Mianhamnida. (Joesong-hamnida.)]
Minta maaf. (Mohon maaf.) 

괜찮습니다.(괜찮아요.)
[Gwaenchansseumnida.]
Tidak apa-apa. 

실례합니다.
[Sillyehamnida.]
Pergi Dulu.
Domo arigatogozaimashita..


p/s : bahasa korean dengan jepun adalah berbeza..
Pape pun Watashi wa totemo kawaikatta!!!haha..

Wednesday, August 10, 2011

group untuk single single sekalian..

Assalammualaikum dan salam muah muah..

plan ni untuk sesape yang rasa dirinye single je x kire la girl or boy yang penting single
yup...couple is trouble ...single is simple
..

Syarat2 nyer :
1. SINGLE (tue semestinye, syarat wjib )
2. Dude ngan jande pon ley join..
3. Suami2 / istri2 orang adalah sangat di LARANG menjoin club ni
4. Pakwe2 / makwe2 orang jugak sangat2 di LARANG.
5. Kepada insan2 yang berstatus COMPLICATED, anda masih lagi di terima

n korang bley gak cari calon2 kat sini sbb semua pon sure is single....xyah lg kacau awek or pakwe2 org kat luar tuh..huhu...
insya'allah ade jodoh jumpe lah..=)...
pray the best for u guys..

Dua tiga hari nie aku asyik menepek je kat satu group di fesbuk nie..Persatuan Single Single Sedunia (PSS)..tah la aku pun tak tahu mengapa aku nak sangat terjebak mungkin korang akan rasa macam buang masa je..apa lah si erniey nie mengarut betul masuk group budak budak tak cukup umur nie..ok just for fun..tapi pada aku mungkin kebarangkalian nak jumpa jodoh di sini pun ada jugak kan..haha..ok ok..aku sedar aku dah tua beb mestilah nak menyediakan apa yang perlu, bekalan yang perlu dan kehidupan yang perlu untuk masa masa tua di kemudian hari..

Ok berbalik pada group PSS nie..thumbs up la..sekarang ada lebih kurang 13k ahli dan hingga hujung minggu nie dianggarkan mencecah 25-30k..mana taw..tapi tak taw la samada 13k ahli tue betul2 single, mungkin ada dah kapel or dah kawin kan..tapi yang penting perbincangan dalam group nie berkisar sesingle sesingle k..1st time aku jumpa group yang sebegini ramai ahlinya dan bebas bersuara tentang relationship single dalam hidup nie..majority dalam group nie, remaja muda hingga tua, termasuklah warga warga tua yang nak menggatal..mungkin..haha..


sape yang berminat especially single single yang tak berpunye lagi boleh la join tapi korang yang sakit kepala mungkin tak digalakkan sebab setiap 1 saat pasti ada post baru masuk dan kalau korang komen setiap post, banyaklah notifications yang akan keluar di belah kiri skrin anda..kalau yang dah ada I Love You, You Love Me?? tue tak payah la join ye..buat single single marah je..silap silap nak cari partner dapat pulak bapak orang, boyfriend orang, laki orang, ke tak macam frust pulak kan..haha..

lepas join group nie ada pulak masuk friends request..ada satu dua yang aku approved..yang aku tak tahan ada seorang budak nie add aku, pastu aku tengok lah wall dia, mak aiii ramai yang dia add dari PSS..tak boleh blah..tah tah die tembak girl girl yang die berkenan pastu simpan dalam friends list dia..haha..whutever..

p/s : sambil sambil komen, boleh la skodeng skodeng yang berkenan di hati..mana taw ada..haha..gedik sungguh..ok aku maen maen jela..

Tuesday, August 9, 2011

love BPSP'rian 2008-2012 :)~~


Kini lepas nek raya nanti, tinggal 2 sem sahaja sebelum melangkah meninggalkan bumi UPM..Insyaallah..terasa sekejap rasanya masa berlalu..bila tengok foto foto dari sem 1 macam baru semalam je peristiwa peritiwa itu berlaku..selama 3 tahun mengaji di sini banyak ilmu yang aku timba..bukan itu sahaja, pengalaman mengajar aku kehidupan..semoga pengalaman yang ada akan aku bawakan ke sekolah nanti untuk mendidik anak bangsa supaya menjadi manusia..

Kini tinggal gambar gambar kenangan..untuk kita mengenang kembali waktu suka dan duka bersama..andai aku bisa kembali ke kehidupan lalu..alangkah manisnya..tapi bila tiba tikanya perpisahan biarkanlah tiupan angin lalu membawa kita bertaut kembali..agar persahabatan kita tidak akan putus..

Entri kali nie aku nak tunjukkan beberapa keping gambar..
For all BPSP’rian tataplah kenangan setiap sem yang kita lalui bersama..

Inilah bakal bakal cikgu Sains Pertanian dan Kemahiran Hidup batch 2008-2012..
Kamu semua memang best dan terbaekkkkkkk..hope semua berjaya, cemerlang dalam bidang yang bakal ditempuhi..rilek 1 sem je lagi kita kena rempuh..tahun depan praktikal!!!
^
^
^
^
^
^
Di bawah nie, gambar gambar selama 6 sem yang telah aku lalui di upm..


Di ladang FPP..pengalaman pertama kali aku berbakti kepada tanah untuk tanam sayur masa sem 1..kalau tak silap aku, waktu nie kena tanam tomato..tapi tanaman tak menjadi disebabkan cuaca yang tak sesuai..jadi  ambik keputusan tukar tanam kacang panjang..dan masih segar di ingatan lagi, pergi ladang jalan kaki tiap tiap hari untuk siram pokok..gigih taw..boleh tahan jauh 1-2km kot..berat badan gitu jugak..haha..

Group ladang..haha..amik kau sebijik macam petani..siap nak bertopi, berkasut but Pua Chu Kang..gelap kulit beb..

Yang ni pulak sempat lagi berkelah tepi jalan nak tunggu bas datang lepas habis amali di ladang..

Tak lupa jugak pengalaman membuat meja kopi..inilah hasil kerja tangan grup perempuan.. sekarang, meja nie ada kat rumah aku..cantik lagi macam dulu..
Yang ni pulak group ladang masa sem 4..ok la besh..teringat masa buat cantuman pokok, jari aku mesti terhiris pisau..2 kali belajar, 2 kali jugak terhiris..agak agak nak ajar anak murid nanti macam mana ek??kena mandi bunga dulu kot..hehe..

Serdang orchid nursery..emmmm..ada cerita disebalik tempat nie..kononnya nak buat tinjauan projek nursery kat tempat nie tapi ada perkara yang lagi menakutkan..rupanya dalam nie banyak anjing jaga..ada 1 2 ekor yang tak kena ikat..cina punya tempat..gabra siut dengan binatang binatang nie menyalak tak tentu pasal..nasib baek ada hero hero ni..kalau tak memang aku surrender takkan masuk tempat ni..

Hahaha..yang nie pulak gembira yo yo je sebab selamat membinding folio Lukisan Teknikal untuk dihantar..siyesly aku memang suka belajar lukisan buktinya En yang ajar amali selalu bagi aku A kat lukisan aku..motif??hehe..lagi satu aku suka sebab lukisan teknik ni memang nampak smart lagi lagi lukis dalam Autocad..

Gambar nie masa pergi mandi manda party Kuch Kuch Ulu Yam last sem 4..besh gile kot mandi + barbeque + lawatan ke Batu Caves..bile korang nak jalan jalan macam nie lagi..tak kan asyik nak skodeng kem kcta je..haha..
Seterusnya……..
Yang ni pulak group ikan sem 5..sepanjang di upm ini adalah amali yang sangat memenatkan selain buat batas  di ladang tapi seronok sebab dapat berenang masuk kolam ikan..pastu kena pulak pegang ikan keli yang geli geli tue..yarghhhhh…balik je mesti penat gile, lepak, pastu kena basuh baju terus yang lembap dan berbau nie..
Ada lagi……..
Yang nie lagi besh sebab dapat jala ikan ramai ramai..perghh..mula mula nak masuk kolam agak gabra sebab pengajar kat situ cakap kolam ni dalam la, pastu dia suruh hati hati kalau kalau terpijak binatang macam landak air ke apa..entah le..aku pulak kena pergi ke belah tengah lagi dalam air agak agak paras atas dada gak la..tapi memang syok..kalau tak masuk tak tahu..dah masuk dalam rasa taknak keluar pulak..hahaha..

Hahhh..nie lagi satu amali yang memberikan acuan gelap pada kulit aku..burn sangat sangat..kat upm ni ada sawah padi rupanya..inilah 1st time bekerja macam pesawah..bersyukurlah dengan sebutir nasi sebab jadi pesawah ni rupanya boleh tahan penat..tapi sekarang sudah ada macam macam mesin..so kuranglah sikit penatnya..nak tanam anak pokok padi pun ada skill..tak boleh suka hati cucuk cucuk dalam lumpur..

Haha..yang ni test power membajak sawah guna mesin daedong..ada gear..ada brek..ada stereng, tapi bukan macam stereng kereta..ni stereng picit picit punye..haha..nak gambaran yang lebih jelas tengok citer Hantu Kak Limah Balik Rumah..

Next!!!
Lepas penat penat bucuk bucuk balik sawah, kena rushing pulak masuk kelas masak masak..kepenatan hanya Tuhan saja yang tahu..masa sem 5 memang sem gelap melanda..bukan setakat gelap, kilat pun ada..lebih kurang nak macam negro..haha..

Kalau kat rumah asal aku bukak lampu dapur je mesti nampak lipas berkeliaran lari lari..ke aku yang lari dulu..keh3..tapi kat upm nie pulak kena bedah lipas yang kecik tue..tak takut pun sebab lipas tue awal awal lagi dah pengsan..kenapa bedah lipas??sebab aku amik subjek perlindungan asas tumbuhan mengenai serangga merosakkan tumbuhan, rumpai, racun serangga dan fisiologi serangga..inilah subjek paling getir gigil time test sebab kena ingat dan hafal semua nama saintifik..nasib baik lepas daripada kantoi lagi susah..haha..

Yang nie pulak assignment 40 jenis tumbuhan koleksi herbarium aku.. herbarium stand for herba+akuarium..hehe..tipu je..herbarium adalah helaian daun yang dihempap di bawah tilam aku supaya kering dan dibukukan..itu cara tradisional..cara moden kena masuk oven..nak tengok dalam kena datang rumah aku dulu..cun beb..banyak kenangan buat benda nie..petang2 kena masuk hutan cari daun..pastu tepek dalam tilam dulu, dalam pada masa yang sama kena cari description pulak..dan disebabkan buat last minit aku terpaksa bersengkang mata, mengerah tenaga dan ponteng kelas untuk menyiapkan benda nie..tak susah tapi leceh..40 bukan sikit beb..

nie bukan setakat buat herbarium je, setiap minggu kena jadi pelukis yang hebat sebab kena lukis pelbagai jenis daun di muka bumi ini..selalunya kalau esok nak kena hantar, aku memang suka cari nahas tido lambat buat kerja dah paras paras hidung..

Then…..Sem 6..
subjek agroteknologi..tubuh satu syarikat, tanam sayur, jagung, kompos..then dapat hasil dan jual tanaman kepada pelangan..
Aku tengah petik kacang panjang..setiap petikan tue adalah duit..haha..biasa beb pengurus kewangan 1FRESH yang terbaekkk wokk..haha..poyo je..yang kat belakang tue pokok jagung takde buah lagi..sem 6 la aku rasa puas gile makan jagung, bakar jagung, makan kangkung, makan cili..untung jualan kitorang bawa shopping Cameron Highlands..memang best..

Bakar jagung kat ladang..fresh baru petik dari pokok..nak rasa tak??alololooo..dah abes..hehe..

Ok..ok..sebenarnya banyak lagi gambar2 menarik nak tunjuk..macam my admirer yang jaga test akaun tue..hak3..who’s??macam aku boleh ambil gambar dia masa test..yela aku rasa cukup la sampai di sini saja..bosan pulak aku rasa tunjuk gambar pastu tulis caption..kalau macam nie upload kat fesbuk pun boleh kan..haha..
Last and not least..
Love BPSP’rian 08..
Muahhhhhh..

p/s : yang di luar sana or adik adik lepasan SPM, jangan anggap kos pertanian nie macam course orang  kampung ja..kalau anda berfikiran begitu, anda silap sebenarnya..sekarang..pertanian adalah perniagaan..dan perlu kita ingat, kita nak hidup mesti makan..so makanan yang kita makan adalah dari sumber pertanian juga..so sokong pertanian Malaysia!!ehh..tetibe..hehe..

Saturday, August 6, 2011

pemilik rusuk kiri..

Assalammualaikum dan salam muah muah..

Semakin menarik penulisan Lord Zahrah..aku suka sebab kadang kadang apa yang dia tulis macam tepat kena dengan apa yang aku rasa..bloggerwalking lain pun mesti setuju apa yang aku cakap..tapi kadang kadang rasa macam tak letih ke dia asyik tulis pasal kesedihan mimpi yang panjang dan makhluk yang kecewa..ok..itu yang aku selalu baca apa yang dia tulis..mungkin jiwa dia begitu..jugak idea yang disampaikan sangat unik dan kreatif..dan entri terbaru yang sangat menarik ialah pasal “pemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana mana sudut muka bumi..” (ambil protaktor dan kompas letak di sisi..)

Ooooooo..ooo..
Aku pun teringin nak tanya..
“Di manakah kamu pemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana mana sudut muka bumi??”
Adakah kamu berada di benua timur atau di teluk barat??mungkin juga berada di kutub selatan atau di kutub utara??

[nak letak gambar peta Malaysia tapi loading lembab sangat..nak nanges la macam nie..]

..
..
..
Mungkin..mungkin..
mungkin aku sudah berjumpa dengan pemilik rusuk kiri..tapi pemilik itu muncul ditika aku tak terfikir untuk memiliki sepenuh jiwa raga..(sila rendam jantung dalam air suling supaya komposisi darah dalam jantung menolak ke pH7..)kerana kesilapan sendiri, kerana menolak takdir, kerana sedikit runtunan kebebasan, aku memilih jalan yang paling selamat..ya selamat untuk terus memijak bumi ini tanpa gangguan mahkluk2 bumi..inikah yang aku cari selama ini??

Kini..kini..kini..
aku mahu menjejak pemilik itu kembali..(kalau macam tue tak perlu lah ambil protaktor dan kompas letak di sisi..senang bukan..??)
eh..macam kelakar pulak..giler ko??biar betik??ok..siyes..tapi aku takut, gabra, dan apa apa saja yang menunjukkan ketidaksenangan jiwa yang berbolak balik..ahhh..mustahil ahhh pemilik rusuk kiri mahu menerima kembali..tapi ishhhhh..dush!!dush!!dush!!

Bila pemilik rusuk kiri bermain di mata.....
Kadang kadang terasa inikah jodoh yang selama ini bertahta di hati??
Atau mainan perasaan yang sering memesongkan akal fikiran yang buta ini??
Atau fantasi mimpi yang tak akan pernah padam dan terus membawa aku ke lembah realiti yang hanya tinggal hembusan angin lalu..

Ahhhh...laluan ke arah realiti memang susah kerana manusia di bumi ini telah menyukarkan perjalanan itu walaupun petunjuk telah diberikan..aduhhh..sakitnya yang mencucuk cucuk kian terasa pabila mimpi musnah di alam realiti..cukup..titik..

p/s : mungkin takdir dan masa ketikanya akan menemukan kita oooo wahai pemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana mana sudut muka bumi..
:)

Tuesday, August 2, 2011

Tiada lagi..


Sia-sia sudah kita jalin cinta bila hati s'lalu berbeda
Sampai kapan lagi 'ku harus menahan rasa kecewa di dalam dada
Seandainya kita masih bersatu, tak mungkin 'kan menyatu
Walau masih ada sisa cinta, biarkan saja berakhir sampai di sini

Tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikan
Biar aku sendiri tanpa dirimu
Tiada lagi kata cintaku, tak 'kan lagi 'ku bersamamu
Biar kusimpan semua kenanganku bersamamu

Sampai kapan lagi 'ku harus menahan rasa kecewa di dalam dada
Seandainya kita masih bersatu, tak mungkin 'kan menyatu
Walau masih ada sisa cinta, biarkan saja berakhir sampai di sini

Tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikan
Biar aku sendiri tanpa dirimu
Tiada lagi kata cintaku, tak 'kan lagi 'ku bersamamu
Biar kusimpan semua kenanganku bersamamu

Tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikan
Biar aku sendiri tanpa dirimu
Tiada lagi kata cintaku, tak 'kan lagi 'ku bersamamu
Biar kusimpan semua kenanganku bersamamu

Tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikan
Biar aku sendiri tanpa dirimu, oh...
Tiada lagi kata cintaku, tak 'kan lagi 'ku bersamamu
Biar kusimpan semua kenanganku bersamamu

Tiada lagi yang kuharapkan, tiada lagi yang kuimpikan
Biar aku sendiri tanpa dirimu...

p/s : tetibe rasa sedih..=(
hampir 11 tahun arwah meninggalkan kami..semoga arwah ayah di tempatkan bersama sama hambaMu yang soleh..Aminnn..

Monday, August 1, 2011

selamat berpuasa..

Assalammualaikum dan salam ramadan..

Alhamdulillah kita berkesempatan lagi menjalani ibadat puasa rukun Islam ke3 yang kita akan lalui selama sebulan..pagi tadi bangun sahur..mak aku kejut..aduhhh nak bangun bukan main malas giler apatah lagi nak tolong mak aku kat dapur kan..haha..bangun2 je  basuh muka, kumur kumur, duduk kat kerusi, makan dan niat tak boleh lupa..terlupa niat ada pulak nanti kang bukak peti ais siang hari..

Tahun nie aku sangat berbeza sebab aku dapat berpuasa setiap hari di rumah dan yang penting aku dapat bersahur..kalau tahun tahun lepas (time puasa kat kolej dari zaman matrik hinggan upm) terus terang aku katakan yang aku tak penah bangun sahur pun..kalau sahur pun 1st day puasa..lepas tue sepatah haram aku nak bangkit sahur..aku tahu sunat melambatkan sahur, tapi susah lah nak bangun..kalau sahur benda simple macam biskut cicah ais vico or minum oat..sori aku takleh masuk sangat..hehe..demand betul..nak makan sedap je..har3..pape la..

bila buka kat rumah aku dah tak kisah mak aku masak apa pun aku makan je..kita puasa nie bukan kalau bukak nak mengidam macam macam..biar bersederhana dan tidak terlebih lebih..
oklah..kat fesbuk banyak keluar status berpuasa la, main mercun kebaboom la itu ini..di sini jugak aku mengambil kesempatan mengucapkan salam Ramadan kepada semua yang berpuasa menjalani ibadat ini dengan sabar dan penuh kesyukuran..
--
Let's delete dosa, upload pahala, download kesabaran, upgrade keimanan, browsing kebaikan, update amalan, shutdown permusuhan, restart persaudaraan,,selalu onlinekan hati kita di jalan kebaikan, awas virus setan, supaya software hati dan jiwa kita menJadi tenang dan free kemaksiatan. 
SELAMAT MENJALANKAN IBADAT PUASA DAN PENGISIANNYA..
 --