Saturday, April 7, 2012

seribu tahun takkan mungkin..


Di mata mu mencermin kan rindu
Di mata mu adalah kenyataan
Aku tenggelam dalam lautan kasih sayangmu
Tak mungkin akan ku lepaskan ikatan ini

Mendung hitam adalah semalam
Silau mata dari kilauan cinta
Hati ku ini sayang tak mungkin berubah
Selagi kau berpegang teguh pada janji

Setiap kata yang terucap
Setiap nada yang tercipta
Hanyalah untuk mu
Satu tak terpisah

Seribu tahun takkan mungkin
Bisa menghuraikan sebuah
Cinta yang kau beri
Untuk diriku yang pilu

***
yesterday is a great day 
and i will not forget that special time spending with him..
abg, i love you..
yes i love you than anything..
you are my souls..
you are my life..
you are my heart..
i love you so muchhh..
trully..

(06/04/12 : 11.59 PM)

Tuesday, March 13, 2012

Singkirkan kegelisahan..

Semalam aku baca satu part dalam buku La Tahzan : Jangan Bersedih yang tetiba menyentak hati aku..buku nie si dia yang bagi pinjam dan suh aku baca..katanya untuk merawat jiwa jiwa yang sedang sakit, sedih, lara mengubah pemikiran supaya lebih positif dan kembali kepadaNya yang memberi kehidupan di muka bumi ini..


SINGKIRKAN KEGELISAHAN
kegelisahan..semua orang pernah rasa..dan aku juga bila tiba satu tahap macam ada satu titik point yang meletakkan kita dalam situasi kegelisahan..maybe this is time untuk kita merenung, memperbaiki diri dan melihat kembali diri kita supaya dapat memperbetulkan kegelisahan yang berlaku dalam diri..alhamdulillah, bila tiba part nie aku rasa sesuatu dalam hati yang tak dapat nak cakap camne tapi dalam satu perasaan yang halus supaya tidak terus bersedih..

***
Jangan bersedih! anggap sahaja diri anda sendiri tidak akan hidup kecuali sehari sahaja, maka mengapa anda harus bersedih, marah dan kesal pada hari ini??
Jika engkau berada pada pagi hari, janganlah menunggu datangnya waktu petang..jika engkau berada pada waktu petang, janganlah menunggu datangnya pagi..
Ertinya : Hiduplah dalam batasan hari ini sahaja..Jangan mengingat-ingat masa lalu dan jangan pula merasa risau dengan masa yang akan datang..

Seorang penyair berkata :
Masa lalu biarlah berlalu
dan harapan belum menjadi kenyataan..
Maka manfaatkanlah waktu
saat kau sedang menjalaninya..

Menyibukkan diri dengan masa lalu, mengingatinya dan merenungi berbagai musibah yang telah berlaku dan yang telah berlalu, adalah merupakan perbuatan bodoh dan gila (tiada bermanfaat).
Pepatah Cina ada menyebutkan : "Janganlah anda menggambarkan sebuah jambatan sebelum anda melaluinya.." Maksudnya : Janganlah anda menggambarkan sesuatu peristiwa, termasuk keburukkan dan becana yang ada di dalamnya sehingga anda sendiri mengalaminya dan merasakannya..

Salah seorang ulama salaf pernah mengatakan "Wahai anak Adam, hidupmu itu tiga hari sahaja : Hari kelmarin yang telah berlalu, hari esok yang belum tiba dan hari ini saat kau menjalaninya, maka bertakwalah kepada Allah dalam menjalaninya!"

Bagaimana mungkin orang yang menanggung beban kesedihan masa lalu dan kecemasan terhadap masa depan dapat hidup tenang hari ini? Bagaimana mungkin orang yang selalu mengingat-ingat sesuatu yang telah kembali dan telah berlaku akan tenang hidupnya hari ini? Maka mengingati kembali sesuatu yang telah berlaku serta merasa kesedihan dan menyakitkan ke atasnya adalah tidak mendatangkan sebarang manfaat baginya..

adapun maksud perkataan : "Jika engkau berada pada pagi hari, janganlah menunggu datangnya waktu petang; dan jika engkau berada di waktu petang, janganlah menunggu hingga datangnya waktu pagi", iaitu agar anda tidak terlalu berangan-angan, menunggu ajal yang akan menjemput anda pada bila-bila masa sahaja dengan memperbanyakkan bekalan dan selalulah berbuat yang terbaik..

Jangan bersedih, kerana qadak telah ditetapkan, sesuatu yang ditakdirkan telah terjadi, pena-pena telah mengering, lembaran-lembaran catatan ketentuan pun telah dilipat dan setiap perkara telah ditetapkan!!Bagaimanapun kesedihan anda tidak dapat mendahulukan atau melambatkan kenyataan yang terjadi dan juga tidak mampu menambahkan atau mengurangkan apa yang telah ditetapkan..


Jangan bersedih, sebab kesedihan itu akan mendorong anda untuk menghentikan putaran roda zaman, menyelubungi matahari agar tidak terbit, memutar jarum jam kembali ke masa lalu, berjalan ke belakang dan mengembalikan aliran sungai ke sumbernya semula!!

Jangan bersedih, sebab usia anda yang sebenarnya adalah kebahagiaan dan ketenangan hati anda..oleh sebab itu, jangan habiskan usia anda dalam kesedihan, jangan biarkan malam-malam anda dalam kecemasan, jangan anda tukar kebahagiaan dengan ketakutan dan jangan mensia-siakan waktu anda yang masih tersisa, kerana sesungguhnya Allah tidak menyukai mereka yang mensia-siakan waktu..

Monday, March 12, 2012

aku rasa..

assalammualaikum..
todoy is like a sorrow day..what happen yesterday wat aku rasa tak tenteram ari ni..semalam bual2 dengan die..and ada satu perkara yang aku tercakap wat die rasa seolah2 takde cinta dalam hubungan yang tengah terbina..entah..aku try..aku try buat yang terbaik..wat benda yang die nak, die suke..but mungkin aku tak mampu nak laksana benda yang aku nak bersama die sekaligus..sory aku kehilangan kata2..how can me make you feel save and comfortable??plis give me time..yes..aku benar2 nak die..tapi memandangkan masa dan ketika nya sekarang ini aku tak dapat nak menunaikan impian dan harapan yang die mahukan..oleh itu, plis give me time to make it reality..yes..maybe this is my problem, not your problem..but for your information, tak pernah terlintas tuk permainkan kamu, curang, or do anything yang membelakangi kamu..kalau kamu nak tahu apa perasaan saya pada kamu??i will sad every single seconds if u not with me..aku tak dapat bayangkan apa bakal terjadi if u not for me akan datang..so who knows??but right now, i just want u in my life..sory wat awak tak selesa dengan saya malam tadi..

hembus nafas, tarik nafas, istigfar..itu yang aku mampu lakukan jika aku bersedih atas kamu..jika aku tak mampu nak berkata pada kamu, aku bercakap pada Tuhan..Dia maha mengetahui segalanya apa yang terkandung dalam hati aku..

pernah dengar tak ayat nie..
Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia...Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya...Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah...Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..Cintai dia dalam diam,dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan...Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH..

"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan
supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."
(Adz Dzariyat : 49)
kadang2 aku suka pegang dengan ayat nie..bukannya apa ini menunjukkan kita bukan milik sesiapa tetapi kita hanya milik Allah..dia yang lebih berhak ke atas kita..and one more ayat yang aku cipta sendiri dan pegang ialah "selagi aku tidak mempunyai ikatan sah dengan si dia, ini bermakna aku bukan milik dia lagi walaupun aku tahu dia adalah seseorang yang istimewa dalam hidup ini dan segalanya aku serahkan padaNya.." maybe orang lain akan pikir aku pelik dan tah pape aku nie..ayat macam tak sayang si dia..tapi itu kenyataan yang ada dalam pegangan aku..this is me..bukan nak kata berlagak, jual mahal, eleh minah nie ayat macam bajet tapi just nak bagi ingatan kepada diri sendiri bahawa jika betul kita untuknya, benar2 ikhlas jujur dalam perhubungan maka janji Tuhan pasti ada..
wassalam..

Note : lepas bace nie, baru aku paham apa yang dia maksudkan semalam dan aku dah paham apa yang tersirat dalam hatinya..

 Ayat nie sebenarnya adalah point (kata kunci) apa yang dia maksudkan pada aku..yes..i got it..
[Love is a magical thing yang akan ujud sampai bila-bila…lebih-lebih lagi bila seseorang itu sudah benar-benar jatuh cinta. You think hanya dengan you tidak memberi kata akhir…everything is going to be fine? You think dengan cakap,  “I selesa dengan you…tapi buat masa sekarang I belum bersedia untuk bercinta” so, it is a ticket for you untuk hanya sekadar berkawan dan dalam masa yang sama you boleh berkawan-kawan lagi dengan orang lain?]


ishhh..aku nie memang slow betul la..

Saturday, March 10, 2012

syukur

assalamualaikum dan salam sabtu..alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah swt kerana pagi ini aku masih bangkit kembali ke dunia dan syukur atas rezeki yang dilimpahkanNya..

:) senyuman pagi untuk kamu yang aku sayang..

tadi kul 4.55 pagi aku dah tersedar disebabkan terasa nak kencing..tapi takot nak kuar bilik..ahhhh..xpe la tahan jela sampai subuh..then 5.30 sedar ag..aduii..lamanye nak subuh..rumate takde pulak tue, balik kelantan..akhirnya aku terjaga pukul 6.21 pagi..terjaga disebabkan ada mesej masuk..bukak mesej..senyum like this :)))..walaupun kadang kadang aku terkecil hati dengan kamu tapi aku biarkan perkara tue hilang dengan sendiri..sebab aku tahu aku "..........................................kamu"

tadi lepas subuh, alhamdulillah aku sempat membaca semuka al-quran..entah rasa syadhu, sayu dan hati rasa sedih, teringat perkara2 lalu..aku tahu aku bukan lah hambaMu yang sentiasa patuh arahanmu..tapi kini aku akui aku wajib melakukan apa yang disuruh..Ya Allah aku bersyukur dengan nikmat, rezeki dan rahmat yang engkau berikan pada aku..tak ternilai rasanya..tapi aku..aku masih berada di takuk lama, Dia dah bagi sesuatu tapi apa balasan aku padaNya???think..bernilai dan sempurna, but adakah aku masih tak sedar lagi..Ya Allah ampunkan dosa2 ku, dosa2 ibu bapa ku, dosa2 ahli keluarga ku..semoga semuanya ada dalam lingkunganMu ya rabb..

kamu tidak keseorangan..Dia sayangkan kamu..

layakkah aku??insyallah..jika berada di landasanNya..

doa duduk di antara dua sujud..hayatilah..

waalaikumsalam..

Friday, March 9, 2012

merepek

assalammualaikum dan salam muah muah..

haishhh..aku taktau kenapa setiap hari aku rasa aku semakin malas, takde semangat langsung nak belajar..dalam kepala otak pikiran aku just mau cari duit tuk sara diri..dulu zaman zaman matrik dulu, tak dinafikan aku memang rajin giler study, stay up tengah pagi ngan rumate, wat tutor especially maths memang rajin tak penah lepas nak buat walaupun soalan macam nak kena pecah then korek korek baru dapat jawapan..then tapi sekarang bila masuk upm semangat mau belajar semakin kurang..maybe masa matrik belajar pecah kepala tapi masuk upm nak masuk dekat kepala pun tak mau lekat sebab rasa macam senang sangat tapi padahal macam takde momentum yang boleh ditolak aku ke kancah kejayaan dan inertia yang terhasil sangat sikit..walaupun pointer aku kira ok la, tapi aku still tak mau belajar..

nak tau tak, 1st thing lau dapat gaji pertama, aku nak bagi mak sket..aku teringin sangat (sekarang nila) nak balas jasa mak yang selama ini membesarkan kami adik beradik..kadang2 nak je belikan mak sesuatu tuk buat mak gembira, tapi aku tak mampu dari segi kewangan..sory to say, kadang kadang kasih sayang dapat membuatkan seseorang lebih gembira..
 
nak tau tak, aku suka pada orang yang jujur..contoh : "Ahmad, ..................................tido la...aku dah ngantok giler2 nie..esok la sambung citer yang lebih real dan tak buang masa..
 
***
Alexander Graham Bell menemui telefon,
adik-beradik Wright menemui kapal terbang,

awak pula menemukan pintu hati saya ..
erkkk..hahaha..

k selamat malam :)
 

Saturday, February 25, 2012

10 tanda kita jatuh cinta..

Do you know??
i'm dont know..
hohoho..so pity..
tapi yang aku tahu aku memang alami signs kat bawah nie..ooo..so giler!!
ooo..mama aku mau kawin..hehe..

Perjanjian bersama..

Assalamualaikum dan salam muah muah..:)
semalam aku lepak kondo flat ikan..adui teringat tak buat surat perjanjian lagi..hehe..esok dah nak ketemu itu sama buah hati jantung bricollio lalalala..actually aku telah diberi kebebasan untuk menentukan segala yang diinginkan..tapi dengan syarat kene ikut segala apa yang ditulis..eh boleh ke aku ikut peraturan..sekurang2nya bila kita ada had limit/perjanjian, kita akan lebih serius dalam perhubungan..itu kata si A..adui whutever..apa lagi sampai je kolej cepat2 aku korek otak bagi si A tue pecah kelapa bila baca nanti..sebenarnya berjela2 tapi tak boleh la nak tunjuk semua..kantoi la bai..hahahahaa..

-iklan-

Perjanjian bersama Apek&Cuk..
+ super power kena ada..
+ dilarang mewujudkan hal dan masalah perang dunia ke 3..
+ takleh tipu2..lau tipu memang nak kena marah la.. 
+ taknak nek moto..
+ nak sejambak  ye ble kuar..nak kaler merah menyala2..haha..kopak ahh..

+ selebihnya tambah sendiri, otak kite dah senget ni k..



Denda USD 50 000 akan dikenakan sekiranya tidak mematuhi..sebarang surat menyurat, pujuk rayu, bodek membodek, diskaun tidak akan dilayan..sekian terima kasih..

yang chomel lagi bergaya,
Apek&Cuk
1.28am
berkuatkuasa 25/02/2012

hohoholicks~~

Sunday, February 19, 2012

saksi si Fraser Hill

Bukit Fraser..
Do you know, what is the special things about this place??
Ahhaa..selain movie I’m not single dibuat di sini..this is the place that I knowing him..tiada siapa sangka after 1st time meeting, kehidupan aku sekarang sudah berubah..aku tak pernah bermimpi or planning anything, but this is we called kuasa Tuhan yang telah memberi bintang untuk menerangi ruang hati aku..sudah cukup kalau aku katakan yang aku bahagia dengan dia..

Dulu aku pernah berpikir,
Adakah setiap perbuatan baik yang kita lakukan akan dibalas dengan baik??
Adakah jika kita bersabar semuanya akan menjadi baik dan ok??
Adakah dengan hati yang sentiasa bersyukur kita akan dipandang rendah oleh orang lain??
Dan..
Adakah aku tak berhak menerima kebahagiaan seperti orang lain??
(itu dulu bila masa zaman kegelapan dan takde sirna yang memancu..)

Tapi sekarang, aku dah dapat jawapan pada setiap persoalan yang menjadi tanda tanya..jika kita hidup bertunjang pada Allah semuanya akan jadi baik-baik..insyaallah..

Maybe kita boleh praktikkan benda nie supaya kita sebagai hamba Allah tidak tersasar jauh dari landasan..
**mengucapkan syukur dengan setiap apa yang dimiliki..
**beringat, ada orang lain ag yang tidak bernasib baik seperti kamu..
**tak perlu berlagak baik, hipokrit terutamanya dalam bab agama jika diri sendiri pun tak betul..(len la kalau fizikal dan dalaman mempunyai background agama sudah mantap..)
**tidak menyalahkan orang lain
**doa dan ingat ibu bapa walaupun kadang2 kita rasa tidak sesempurna orang lain tapi mereka juga telah melahirkan kita..
**yang penting solat..

borak2 kosong chenta

Assalammualaikum dan salam muah muah..

lame nye tak menulis..lamenye tak meluahkan perasaan..lamenye tak asah otak yang berkarat nie kan..al-maklum bin al-maklam, sebulan cuti sem, sebulan juga aku busy kat rumah dan macam2 telah aku buat..and untuk pengetahuan nenek aku telah kembali Kerahmahtullah sehari selepas abes final exam pada sem yang lalu..sape sangka niat hati nak balik sehari selepas exam tapi gerak hati menyuruh aku balik petang selepas exam jugak..dan rupanya ada berita sedih yang menunggu aku pulang ke kampong..

Syukur Alhamdulillah ke hadrat Ilahi atas rahmat, nikmat dan rezeki yang Dia telah berikan..perkembangan terbaru aku kini, syukur sebab ada juga orang yang sayang kat aku..kalau dulu aku ada tulis pasal 4 Disember kat blog ni..(tapi aku dah delete post tue disebabkan hal2 yang tidak dapat dielakkan..) what happens on 4th Disember?? its my 1st date dating with him after 2 weeks kenal..and now hampir 3 bulan kami dah together gather..

Orang kata cinta tue datang tanpa dipinta, hadir dengan sendiri bile masa pun tak taw tapi bila saat cinta itu hadir kita perlu bersedia untuk hadapi..yes ada juga kebenaran ayat nie..dulu, time2 lepas SPM, masuk matrik aku tak penah pk cinta..tapi tipu la kalau aku katakan yang aku jugak manusia biasa yang ingin disayangi dan menyayangi..and tipu juga kalau aku katakan yang takde cinta yang tak pernah hinggap masa zaman matrik dulu..cuma aku je yang tak pedulikan cinta itu..what means by cinta??for me cinta adalah perasaan yang sangat indah, pelik dan geli2 antara 2 jiwa..dan lagi satu cinta pada aku adalah untuk kebahagian hidup dunia akhirat..satu je prinsip aku, once aku bercinta bagai, sayang kat seseorang sekalipun, biar cinta itu mekar melingkar sepanjang hayat, sehingga hembusan nafas terakhir..walaupun kita tahu jodoh, ajal, maut Tuhan yang tentukan..tapi kita masih boleh buat yang terbaik kan selagi orang yang kita sayang masih ada dengan kita..

Kalau dulu zaman tok adam, aku hancurkan hati seorang bernama lelaki..orang tue bagai nak rak, separuh mati (hiperbola) suke kat kite..tapi kite pulak buat dek, buat tak taw..meninggalkan die terkontang kanting dengan membisu tanpa jawapan..actually suke nak ada perasaan camtu jugak tapi jiwa masih muda, tak pernah pk dan malas untuk memberi komitmen terhadap hubungan..what is komitmen??menurut kamus eng-eng dalam handphone korby nie menyatakan “if you commit yourself to something, you say that you will definitely to do it..if you commit yourself to someone, you decide that you want to have a long-term relationship with them” maksudnya kat sini kalau kita sudah bagi komitmen kat seseorang, ini bermakna kita sudah rela hati menyerahkan seluruh kehidupan kita untuk dikongsi bersama sama menuju mungkin satu impian yang sama-kebahagian hidup..
Dulu masa Tingkatan 2, cikgu Bahasa Melayu aku pernah cite, beliau lepas lepas SPM je dah pikir tentang hidup maksudnya dah plan nak kerja, kawin, ada anak bila bila dan bila..entah pada aku bergantung pada tahap matang seseorang individu..kita memang merancang, tapi Tuhan yang menentukan..lau aku pulak, tahun 2011 baru aku pikir tentang hidup..kalau dulu aku hancurkan perasaan orang walaupun orang tue tak bersalah pun just to kongsi hati but this time I never let that situation happens again..thats my promise..but if jodoh takde what can I do..rehda, bersyukur, dan tabah kerana Dia sudah buatkan jalan yang terbaik..cuma satu je, Dia tahu apa yang kita buat, apa yang kita niat, apa yang kita pikir..so berhati-hati setiap tingkah yang dilakukan kerana setiap yang dilakukan itu pasti ada balasan..

Waallahualam..
n_n

Friday, January 13, 2012

baki : rm 0.00

hishh rasa tak pueh je bual bual semalam..nak borak lagi..nak borak lagi!!haha..ngade botol la..cium kang..pang!!ngeh..

adoyai..jauhnya malasnya nak turun bawah g GUC beli topup..ahhh..biarlah tak berkredit pun hp nie..nak panggil SOS rugi pulak den lima puloh seng..xpo la nanti den pogi sendiri kodai topup yop..
berbalik yang tadi..aku abes kedit..die pun abes kedit..masing2 takde kedit..masing2 buat hal sendiri..ok orite..senyap saja..takpe takpe nan ti wat super ek..super power..super kacip..super ring..super orang kampung..haha..bley la bley la..


raya cina weh..adoyai..rilek2..jangan gabra..jangan gelojoh..jangan gelabah..cool dude..ummm..
.....n_n....

Thursday, January 12, 2012

oldies nokia vs pinky corby..

nokia 3110 classic
2008-2011
hampir 3 tahun beb guna..kenangan weh handphone nie..

serba sedikit sejarah hidup hp nie..

o: handphone nie la yang dapat hubungkan aku berbual bual dengan mak, orang laen dan manusia manusiawi sekalian alam tak kira malam, siang, subuh da seangkatannya..

O: handphone ni la yang aku guna tuk amik gambar syiok sendiri dari pelbagai angel..haha..malaikat mane pulak nie weh..

U: handphone nie la yang aku guna tuk simpan draft pelbagai rahsia kerajaan hakmilik deeperconversation..copyright 2011 akta kesalahan jenayah sekiranya merobek, menyelongkar dan menyekodeng segala isi dan kandungan hp nie..ooyehhh..

o: handphone nie la yang selalu sorok dalam kocek seluar aku dengan rasa lowprofile menggunakan ringtone nokia tune sebab kita handphone tak canggih mana, so segan nak tunjuk orang..rasanya lau orang len nak pegang pun pikir dua sepoloh kali..tapi bagus la takde orang nak godeh2 kan..

O: handphone ni la aku guna online facebook masa cuti suatu tika dulu..(orang kata dah ketagih sangat hidup tanpa facebook dalam 1 ari boleh parkinson menggeletaq kepalaq lutut tuih..tak kisah la aku buang kedit 3ringgit semata nak online, apalah sangatkan..janji boleh online..)

O: handphone ni la yang aku guna dengar lagu lagu berhantu time jiwa aku tengah kacau..especially 2010 memang tahun sangat gila meroyan..pasang lagu sama berulang ulang sampai telinga nie bernanah, meraung menghiris dada..

sebenarnya hp nie nampak takde yang special, takde yang istimewa sangat..tapi aku kata handphone nie ada sentimental value yang takkan aku bagi or trade in walaupun orang kata memang jual pun dapat harga cikai..no no bila unlock handphone nie tersimpan 1001 kenangan, mesej, terselit kesedihan kegembiraan dan kebahagiaan..waktu down mahupun up..whutever its..buruk or takde style, ini handphone terbaek pernah aku miliki..
,,
,,
,,
,,
and now
december 2011 till today and maybe ever..
..
..
..
..
..
v
v
V
V

inilah pakwe baru aku..his name si corby inchik jambu..


comel tak..sayang jugak kat pakwe baru nie..aku tak beli pun handphone ni..ada orang bagi, aku amik jela..suka..walaupun pink is not my feberet but pink is the only one  yang nampak nice..but satu je yang aku takberapa nak gemar.."i cannot take gambar gambar syiok sendiri k!!mmm.." boleh nak amik gak tapi kau kena try and error touch screen tue secara terbalik dan susah kot kau nak touch kat caption yang ada kat screen..whutever it is kalau korang yang jari besar tak sesuai kot pakai ni..tapi depends la kat orang len kan sebab CORBY memang jadi kegilaan masa ni..harga pun suam2 ok..then galaxy II pun cun, slim, sexy dan bergaya..cehh..tapi lau dapat bb lagi ensem stylo~~hehe..

k bai..


psst..psst..
ada mesej masuk... 
he ========================
daaa..te quiero mucho..
;)

Saturday, January 7, 2012

sinis 1

tak payah nak menabur janji janji manis jika belum tiba masanya..
tahu tak kalau kau tak dapat tunaikan semua janji janji tue,
semuanya macam bullshit!!
 so tak payah nak beria sangat k..


..

he and girlfriend..

whoaa..
congrats bro..
finally he has beautiful girlfriend..so sweet..
uhhh chinese gurl??
whutever it is..semoga dapat apa yang diimpikan..

=)


my past is over..

tak tahu 5..

ada aku kesah??sorry..
lepas nie lau aku senyap, jangan nak bising macam2..



damn!!

Thursday, January 5, 2012

rahsia hati 1

jika diri sudah tiba masanya untuk bercinta, bersedialah hati dan perasaan kita untuk dikecewakan..
kerana sudah pastinya, tidak semua yang kita kehendaki akan menjadai milik kita..
menyintai seseorang bukan bererti kita memilikinya..
cinta itu terlalu mahal harganya..
terlalu kuat untuk menidakkan kehadirannya..
kuatkan semangat untuk perjuangkannya..
..
^_^
..
-fin-

Wednesday, January 4, 2012

tak tahu 4..

jika aku tahu cinta itu begitu..akan aku lindungi ia sebaik mungkin..
jika aku tahu cinta itu begini..akan aku bajai ia setiap hari..
aduhhh..nape an sih..
hati dirundung gundah..
hati dirundung gulana..
..
..
..
..
..
..
fin..

Tuesday, January 3, 2012

tak tahu 3

"fikir dulu sebelum bercakap"
takkan kau dah lupa pesanan yang kau pernah mention dulu..
aduhai..jangan jadi bodoh..so what??damn!!

memang..memang..aku tak layak nak berkata apa-apa..
tak perlu..xde apa yang aku inginkan lagi..
pang!!

tak tahu 2..

sebenarnya aku tak mahu apa apa..itu saja..muktamad..biarlah jika itu buat aku bahagia..

tak tahu..

kalau orang len pikir aku nie pelik..yes memang aku pelik..

Friday, December 16, 2011

smue sama..

minta maap, tumbang lalu, mohon primisi..
aku rasa aku nak menc****..
damn!!
all boys are same..yes..ini adalah realiti..
kepada semua gurl, makwe, cewek, amoi yang seangkatan, sifat dan ada ciri2 macam aku,,
jangan anggap lelaki yang kita sayang yang ada kaitan dengan hidup kita dalam masa sekarang semuanya baik dan kita anggap dia adalah lelaki yang still masih dalam hak cipta terpelihara..sory..susah nak jumpa lelaki cetak rompak sekarang..kau taw nak detect lelaki cetak rompak macam mane??tak boleh kan..f*** u boys!!

[hopefully but......1dalamsejuta..ummm..]

yes..aku tetap nak kata semua lelaki adalah sama..


motip kau confess npe ek??