Monday, July 22, 2013

dg41

assalammualaikum dan salam 1 Malaysia..

lama rasanya gua tak buat essay..last gua buat essay berformat empat taun lepas masa kelas english kat matrik tuh..last aku buat essay tak berformat plak bulan mac lepas kot..giler la..gua dah kekok rasanya nak berkata-kata..

alhamdulillah syukur tak terkira..sekarang gua dah berkerjaya..akhirnya gua dah terposting jugak dengan jawatan pegawai pendidikan siswazah DG41..gua dapat pegang dan ada gaji sendiri..inilah yang gua cita-cita kan dari dulu lagi..minggu lepas gua dapat jadual sendiri..gua dapat ajar kemahiran hidup pilihan pertanian dan gua kena ajar pendidikan seni..seni beb..tangan gua tak berseni langsung tapi lau suh menconteng nota-nota masa belajar kat upm dulu gua memang berseni..abes satu muka nota gua letak kerawang kerawang, corak corak batik dan bunga bunga ros..

gua sekarang nie jugak pening dengan keje keje sekolah..satu satu gua kena belajar, sampaikan kepala gua naik blur nak wat apa..almaklum la keje cekgu nie bukan setakat mengajar kat dalam kelas tapi kena buat keje keje kerani yang lain..file itulah file inilah macam macam..pulak tue jumaat lepas secara tiba tiba penolong kanan gua telefon..he was a boy, she was a girl, nananana nananana..bunyi handphone gua berdering..ernie, nanti awak amik alih kelas 1F..nanti awak tanya pn. naga untuk ambil alih kelas dia..gua pun balas dengan rela tak rela..ooo yeke..ok ok en.na...macam tak percaya gua kena jadi guru kelas..gua sebenarnya gabra sebab tak lama lagi hari terbuka..do you know hari terbuka??yeah..open day for student parents datang untuk ambil kad rekod pelajaran anak anak mereka di samping berbincang masalah anak anak mereka..gua risau and this is the 1st time naga suruh gua ganti dalam sejam gitu..gua gabra n peluh peluh sebab gua takut gagap gagap..hahaha..no la giler ke gagap gagap..tue pakinson nama nya..ok la..open day pun dah berakhir and 1st experience bertemu parents pun berjalan dengan lancar dan jayanya..seronok bertemu dan bercerita tentang anak anak mereka..siap bagi lampu hijau, cikgu buat lah apa saja dengan anak saya nie..kalau dia taknak belajar, cikgu cubit je...ok..gua buat k..

ok lau..gua nak cau dulu nak masak juadah berbuka..
perasan tak arini takde gambar sebab gua nak cepat..laptop gua macam siput terkedek kedek..
lastly..i love u!!!muah for for for dia..hihihi...

Saturday, May 25, 2013

wesak's day hari cuti..

assalammualaikum dan selamat hari wesak kepada yang merayakannya..

untuk pengetahuan korang, wesak day nie dirayakan oleh penganut penganut Buddha..maknanya orang cina la yang sambut..mati mati gua ingat hari wesak nie, yang India kumpul ramai-ramai kat Batu Caves sana..tak pasal pasal gua saja nak gurau2 ngan tunang gua..gua cakap, "wah, abg seronok la esok cuti..abg g Batu Caves la esok ea.." hehehe..geram betol tunang gua kat gua..gua saje nak kacau2 die..gua tau die tak akan marah gua, tapi sakit ati la kat gua..tapi gua tau die sayang jugak kat gua 2..muahhaha..abg, i lurve you!!

dan hari ini jugak gua dah start skool oliday!!esok gua plan nak g jenjalan ngan kawan2..katanya diorang nak g Desaru..fulamak besh kan!!harap2 jadilah plan nak g Desaru..gua pun tak pernah g sana lagi..satu je nie yang gua risau sangat..gua risau mesti tunang gua merajuk dan fikir macam2 bila kuar jalan2 ngan kawan..macam mane nie..dah la gua tak gtaw die ag..aduii!!ok..xtaw la..nak kelentong, gua tak reti kelentong pulak..nasib la..janji gua jujur dengan die..

hari nie, gua kat umah sewa nie dok kat dalam bilik je..boring~~jadi gua dari pukul 7 pagi tadi on9..then tido jap..la nie on9 lagi..sampaikan rumate gua tegur, pergh catat rekod kak, on9 dari semalam sampai sekarang...gua pun jawab, nak wat camne, boooooriiiiingggggg~~hehehe..
malam tadi gua tukar susun atur bilik gua..besh jugak letak katil gua kat tempat baru nie..sebab terlindung dengan cahaya matahari dari tingkap..so tak berapa nak hot sangat la...
[gua guna toto je..baru nampak betol2 bujang kan..]

ok la..sampai sini je..gua nk cau dulu nak cuci mata g jusco bukit indah..daaaaa..
;)

Wednesday, May 22, 2013

good morning miss erniey!

assalammualaikum uolsss semua..
hampir 3 bulan sudah gua menjalankan tanggungjawab di smk taman nusajaya..dalam masa nie juga jugak jadi cikgu bm..then sebulan lepas tue, gua kena jadi teacher english..waduh, gua takut giler bile guru kanan bahasa cakap "mungkin awak akan ganti nurul..boleh ea..ala tak lama, jangan risau k..awak just masuk class dan give them some exercise.." begitulah kata guru kanan bahasa..
gua memang tak taw nak cakap apa..nak menolak..nanti kata memilih, kira untung dah dapat interim..ada jugak gaji..nak taknak gua terpakse jadi teacher jugak.."miss erniey" hahaha..macam nak gelak tersenyum je aku..rasanya masih tak layak untuk digelarkan english teacher..
1st day masuk class 2A, gua dah rasa semacam..giler!!seram2 sejuk..apa aku nak wat nie..speak english??no!!gua taktau nak speaking bro..gua pun suruh diorang buat keje sendiri..maklumlah 1st day masuk class mesti nak berkenalan dengan anak2 tiri gua..muahahahaaaa..gua pun banyak borak2 dengan diorang..
 [gambar mase hari guru..ngan k.rafedah..comel kn ckgu erniey..muahaha..]

gua banyak cerita pasal gua..yang gua bukan cikgu english..so jangan anggap gua pandai english sebab gua takmo hipokrit, siyesly gua kat sekolah dulu memang jarang-jarang gagal tapi biasanya selalu gua dapat Cawan..hebat tak??sampai zaman U gua penah lah merasa dapat Bola..nak dapat Ayam memang gua tolak jauh2 la..bab gua memang suka makan ayam..so lau sama2 ayam bukankah macam magnet akan menolak..ok stop!!
boring kan..so sampai sini je lah..malas nak wat essay panjang2 nie..k bai..gua tido lu..cancincau!!

Sunday, April 7, 2013

ahad di Nusajaya..

assalammualaikum wahai blogger and stalker sekalian..

arini 7/4..ari ahad..so borrrrrrriing..mmm..apa boleh buat..dok terperap kat dalam rumah jela..adeh..sabau jela..ya ampun nak dengar satu cite tak..mari sini mari dekat cik ani..pagi tadi aku mimpi mak aku nak nikahkan aku dengan apek sebelum die berangkat pergi umrah..fulamak mimpi memang super power besh kot..dalam mimpi tue, boleh pulak aku tanya mak andam, "akak, saya nak kuar kejap sempat tak nak mekap saya nanti ni?saya nak kuar beli contact lens jap..." wah gituuu..mak andam pun jawab, "sempat je..majlis kan kul 3ptg nanti.." then sedar2 je mamai2 dan fikir balik apa yang aku dah mimpi tadi..pehhh mimpi takleh blah..tadi bila fikir balik, seronok jugak kalau dah nikah dengan abg..tapi majlis kendian..nikah gantung???takmo la den..then da takde keje sangat aku pun call abg..singgit 1 jam..fyi, untuk pengguna maxis nak jimat call leh try cara nie..caranya dihadapan no orang yang nak di dail tue letak 131..for example, 1310173153820..then if dah call die akan amik singgit dari akaun kita..begitu la caranya..then aku call cakap sejam punye la taik mata pun tersepit ag kat celah mata..hehe..aku nie memang suke bual2 tak sayang kedit..

dari a-z aku cite kat die..then terbuka la satu cite yang aku nak hantar kad birthday kat die..nak taw apa jadi, rupanya salah tarikh birthday..punye confident ingat birthday die 6/4, sekali tengok balik kat fesbuk rupanya 4/6 birthday die..hehe..nak taw tak aku dah siap2 masuk dalam sampul surat nak p hantar poslaju suh hantar p tanjung karang sane..last2 tak jadi nak pos..last2 aku post kan kat fesbuk die je..post muka depan jela..jadi la kan..nanti bulan 6 maybe la aku akan pos kan dua kad birthday kat die..bagi die baca dua dua..
ini lah kad yang aku nak bagi kat die..
comel tak aku buat..bukan die yang comel ea..

tah la, dari tadi aku cite takde main point langsung..cite nie memang meraban dan rasanya tidak digalakkan untuk membaca kerana akan diserang darah tinggi yang melambung2..so tak perlulah baca ea..

ok la..sampai di sini saja lah..asar pun dah masuk..jom solat dulu..pasni ingat nak kuar g fotostat dan cari makan..huaaaaaa..lapaq nya gua...k la..gudbye, gudnite, gudluck!!hehe..



Saturday, March 9, 2013

sejarah LAHAD DATU

Ya!!! Memang benar!!! Sejarah telah membuktikan bahawa Kesultanan Sulu pernah memerintah negeri Sabah NAMUN ianya telah lama BERAKHIR dan Sabah telah pun MERDEKA pada 16 Sept 1963 sebagai NEGERI SABAH dan kemudiannya bersama dengan Sarawak (dan ketika itu disertai oleh Singapura) telah bersetuju untuk menyertai dan seterusnya bergabung bagi membentuk PERSEKUTUAN MALAYSIA (Pada mulanya pembentukan persekutuan Malaysia adalah pada 31 Ogos 1963 namun atas sebab yang tidak dapat dielakkan ianya terpaksa ditangguhkan kepada 16 September 1963). Akan tetapi, tiba2 entah dari mana muncul pula seorang lelaki yang mendakwa dirinya sekarang adalah Sultan Sulu & Borneo Utara iaitu "Sultan" Jamalul Kiram. Entah mengapa setelah sekian lama "menyepi" dan kini "Baginda" secara "tiba2" telah memunculkan bersama para pengikutnya atau lebih dikenali sebagai "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk mengambil alih pemerintahan wilayah Sulu di timur negeri Sabah. 
  Namun begitu "Baginda" telah terlupa sesuatu, "Baginda" mungkin terlupa bahawa pada 22 Januari 1878 di Istana Sultan Sulu, datuknya sendiri telah mengadakan perjanjian (bertulis) dengan William Cowie iaitu wakil daripada Syarikat Borneo Utara British (BNBC) untuk "menyewakan" atau "memajakkan" negeri Sabah serta kawasan Borneo Utara (sedikit demi sedikit) kepada BNBC tetapi dengan syarat, Baginda hendaklah diberi perlindungan daripada ancaman Kuasa Laut Tentera Sepanyol di Filipina (namun ketika penghujung tahun 1700, kesemua saki baki wilayah jajahan takluk Kesultanan Sulu telah diserahkan kepada Sepanyol) BNBC juga telah membayar wang pampasan kepada Sultan Sulu pada ketika itu. Ianya jelas bahawa kedua2 pihak telah bersetuju dengan perjanjian tersebut dengan tidak ada sebarang unsur PAKSAAN atau TIPU HELAH. Kemudian diakhirnya, pentadbiran Sabah telah diserahkan dan diambil alih sepenuhnya oleh pihak British untuk ditadbir (Ianya berlaku setelah Tentera Jepun menyerah kalah ketika Perang Dunia Ke-2 baru berakhir). Dan perkara yang paling menarik/aneh sekali ialah, apakah yang Sultan Sulu lakukan ketika Sabah (Borneo Utara) dijajah oleh Jepun pada tahun 1941?? Jika benar Sultan Sulu ketika itu masih mempunyai "HAK" di Sabah dan betul2 SAYANGKAN negeri Sabah (sebagai seorang Sultan), pernahkah Baginda berusaha untuk menghantar "Tentera Diraja Sultan Sulu" untuk membebaskan & menyelamatkan Sabah dari serangan Tentera Jepun??? (Seperti yang berlaku di Lahad Datu sekarang) Jawapannya TIDAK!!! Kerana dikepulauan Sulu sendiri (tempat dimana Sultan Sulu ketika itu telah bersemayam) juga telah dijajah oleh Jepun. 
Sebelum Persekutuan Malaysia ditubuhkan pada 16 September 1963, Sultan Sulu ketika itu iaitu Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I sendiri telah menyerahkan 'hak' pemerintah Baginda di Sabah & Borneo Utara kepada kerajaan Filipina yang ketika itu ditadbir oleh Presiden Macapagal pada 12 September 1962 yang berhasrat untuk menentang dan menghalang Sabah daripada bergabung untuk membentuk Gagasan Malaysia. Ini secara tidak langsung membuktikan Sultan Sulu ketika itu "tidak serius" serta bersikap "lepas tangan" dalam isu ini. Akhirnya perbuatan itu memakan diri apabila waris keturunan Sultan Sulu terpaksa "mengigit jari" kerana pada tahun 1989, kerajaan Filipina akhirnya telah mengugurkan tuntutan mereka keatas Sabah demi memperbaiki hubungan Diplomatik dengan Malaysia. Dan sehingga sekarang, ramai yang tidak sedar bahawa Kerajaan Malaysia TETAP & MASIH membayar USD5300 kepada Sultan Sulu sebagai wang saguhati, akan tetapi "Baginda" mendakwa wang saguhati tersebut tidak cukup kerana "Baginda" merasakan dirinya berhak mendapat 50% daripada wang hasil ekonomi negeri Sabah (mungkin "Baginda" tamak). Dan mungkin "Baginda" sekali lagi terlupa, sebelum pembentukan Malaysia, Laporan Suruhanjaya Cobbold (CC) pada Jun 1962 telah membuktikan bahawa majoriti rakyat & penduduk Sabah telah bersetuju untuk bergabung bagi membentuk Gagasan Malaysia. Mungkin "Baginda" masih belum sedar bahawa penduduk Sabah sekarang tidak pernah mengiktiraf "Baginda" sebagai "Sultan Sabah" kerana NEGERI SABAH SEKARANG ADALAH 100% HAK MILIK RAKYAT SABAH!!! Bukannya 'hak' milik Kesultanan Sulu & Borneo Utara lagi. "Baginda" seharusnya menghormati "hak" penduduk Sabah kerana MEREKA SENDIRI TELAH MEMBUAT PILIHAN. HAK rakyat Sabah harus DIHORMATI dan akan terus DIPERTAHANKAN buat selama2nya!!

...sejarah yang telah dilupakan...

Friday, March 8, 2013

blog cikgu BM

hari ni aku just nak letak link pasal subjek BM..
itu saja..
kbai..
waalaikumussalam..



Tuesday, March 5, 2013

interim

assalammualaikum peminat gua ..hehehe..

ok gua sebenarnya malas nak khabaq panjang lebaq..gua cuma nak cakap, gua dapat Interim kat Johor..nak taw apa perasaan gua??happy sangat dan dalam masa yang sama gua gabra jugak..sebab pengalaman gua praktikal kat Nilai dulu lain macam..sekolah apa??adalah lu olang cari sendiri la sekolah 2..ok la..sekarang alhamdulillah gua dah 2 hari mengajar..gua kena ajar subjek Bahasa Melayu..wawawaaa..punya la tak pening kepala gua nak ajar BM bahasa idunda kita..uihhh nasib baik gua tak kena ajar bahasa omputih kita..lau tak apo nak jadi..MBMMBI terus tak dok makno..

hoi, lu ajar BM!!apasal lu punya ayat macam tak sekolah..

hahaha..tulah..tak taw la gua, tetibe cakap macam cina ah long sundal bolong..hoho..nasib baik bahasa aku tak macam budak tak cukup suku kata, cakap pun pelat-pelat..2 3 arini ajar pun rasa seronok jugak..walaupun penat, still boleh go on ag la..

huhu..ok la..nak out dulu..penat balik sekolah..
Ya Allah..gemilangkan, cemerlangkan dan terbilangkan anak anak murid ku di SMK Taman Nusa Jaya, Gelang Patah..
Amin..

Friday, February 22, 2013

gile stress

grrrrrr.......adui stressnya rasa harini..nape ek??adui..sakit..macam2 rasa yang tak kena..hati gundah gulana..and then dari tadi asyik fikir die je..tak tau nak luah pada sapa..dah mesej die, tapi die tak balas pulak..penat kot dah sehari belajar..adui..mau ngomong and ngobrol pada sapa dong..entah..sejak seminggu nie rasa laen macam je..tak kan sebab nak interview minggu depan..arrrrgggghhh..sakit kepala aku!!rasa macam nak nanges pun ada..aku rindu die ke??nope!!and then apepasal??taktau la aku..k la..bai..

Monday, February 4, 2013

kisah cinta saya..

assalammualaikum dan salam sayang untuk korang semua..
yuhuiii..nak promote sikit la untuk mereka2 yang bakal melangsungkan perkahwinan dalam tahun nie dalam tahun depan..promote untuk dapatkan baucer untuk kad kahwin..lau dapat baucer nie sekurang kurangnya dapat la save bajet untuk keperluan kahwin nanti..macam mana nak dapatkan baucer nie..lai lai lai..korang kena masuk pertandingan ini..Pertandingan menulis kisah cinta korang..menarik bukan...pertandingan nie tamat 31 MEI 2013..

yuhuiii..
sebenarnya aku baru je masuk tadi..hope dapatlah 1st prize..ok aku nak berangan jap..seronoknya lau menang kan..kad kahwin ada orang sponsor..baju, hantaran, pelamin, makeup, fotoshoot takde orang sponsor lagi..mak ai..banyak tue nak cari bajet lagi..ko berangan lagi...hoi erniey, hang nak kawen esok ka..aku kawen lama ag, tapi aku dah gatai na mau kawen..hik3...ok la..tak mau celoteh panjang lebaq..mai baca la kisah cinta aku..lepas baca, t hangpa like la sekali kat photo aku tue..mai cheq link kan yep...

KISAH CINTA SAYA..hik3 malu malu kucing la plak cheq..

--
tersebut la kisah, once upon a time....
a long long ago.....


Kata orang cinta itu datang tanpa kita duga. Tak tahu bila, di mana dan bagaimana. Tahu tahu semuanya sudah terjadi begitu saja. With whom we meet, how we meet, when we meet, only the universe know. Dulu pernah berangan, 3 benda yang aku nak untuk bakal imam aku. Dia mestilah bertanggungjawab, jujur dan sedap mata memandang (kira hensem la). Kalau takde yang hensem tue pun takpe, janji 2 yang utama tue ada pun jadilah in sha allah sempurna. Ok, itu cuma intro beb, cerita cinta aku belum start lagi la.


Perkenalan kami adalah satu yang tidak terduga. Aku langsung tak pernah kenal dia dan dia pun tak pernah kenal aku. Malah boleh dikatakan cinta pandang pertama di mata dia. Tapi pada aku itu hanya satu perkenalan biasa dan tidak terfikir untuk melangkaui hubungan yang lebih jauh, malah tidak pernah mengharapkan apa-apa. Perkenalan kami pada 19/11/2011 membuahkan bibit-bibit cinta kami sehingga ke hari ini aku sudah menjadi tunangan dia. Ceritanya bermula pada suatu hari kawan aku plan nak pergi berkelah di Bukit Fraser bersama kawan lelakinya. Kawan aku nie pun ajak aku dan kawan perempuan dia sorang. Dan kawan lelakinya bawa seorang kawan juga. So nak dijadikan cerita kami pergi 3 perempuan 2 lelaki. Dia adalah kawan kepada kawan lelaki kawan aku. (sori kalau rasa tergeliat lidah bila baca). Sekali pandang muka dia macam Detektif Lim yang berlakon dalam cerita Gerak Khas. Dua kali pandang memang nampak sebijik sama, tapi dalam hati aku ahh tak mungkin la. Dalam hati aku, ahh ada aku kisah plak dengan mamat dua orang nie. Lau muka sama pun apahalnya dengan aku. Memang dah menjadi sifat semulajadi aku, aku memang suka berprasangka buruk terhadap lelaki walaupun muka mereka nampak baik tapi memang aku tak pernah percaya kat lelaki sepanjang hidup aku.


Sepanjang perjalanan ke sana, kami berborak-borak. Dalam hati aku sempoi gak mamat nie dan bab berlawak bukan main. Setelah separuh perjalanan ke sana driver bertukar, maka si dia la yang memandu sampai ke puncak Fraser. Masa nak memulakan perjalanan tue aku duduk di bahagian belakang dia dan dalam masa yang sama aku terdengar dia baca doa naik kenderaan, panjang plak tue. Dalam hati aku, pergh mamat nie tadi nampak sempoi gila2 tapi bab baca doa tak tinggal. Ada sedikit kekagumannya di situ sebab aku masuk kereta pun tak baca doa panjang macam tue. Just baca bismillah saja. Ok dalam hati aku lagi, lau dia baca doa pun ada aku kisah ke?? Ahh..lelaki semua sama je, secara luaran semua orang leh bajet baik kan. Sampai je di Bukit Fraser kitorang yang perempuan snap2 gambar, posing sana posing sini dan happy gila dapat mandi air terjun kat Bukit Fraser. Lepas berkelah kami pun balik, lagipun hari dah petang, semuanya keletihan dalam kereta dan tak banyak cakap, tapi adalah sikit2 dia wat lawak bodoh.


Dalam perjalanan balik dia yang drive, sampai la ke kolej aku. Ooopss dari tadi story lupa nak bagitaw, nama dia Apek. Masa nak angkat barang dari bonet kereta tue aku tengok dia pergi ke bawah satu pokok tue. Entah kenapa aku pun tak tau. Ahh..apa aku kisah plak dia nak g mana pun kan. Bukan lepas nie aku jumpa dia lagi. Aku pun tak harapkan apa2 hubungan walaupun sebagai kawan selepas berjalan jalan ke Bukit Fraser satu hari nie. Then dalam nak menapak ke kolej nie, kawan aku cakap, “eh ada tinggal pape lagi ke?”. Dia dengan laju menjawab, “errr..ada..no telefon…”. Dalam hati aku, ooo nak no telefon kawan aku ke nie..ok la..dalam hati aku lagi..ada aku kisah plak kan. Then kawan aku pun nak bagi, aku tengok jela gelagat dia cepat2 keluarkan handphone dari poket dia. “017-315****..ok setel ea??. Tetiba aku tersentak!!Hahhh..weh apasal ko kasi nombor fon aku!! Kawan aku pun jawab, “Apek, apa2 hal kau setel dengan dia la ea..hihi..” Pergh..masa tue jahanam betul kawan aku nie. Bermula dari situ aku dan dia mula berkenalan. Lagipun masa tue, dua dua baru putus hubungan di tengah jalan. Jadi apa salahnya mencuba jika ada jodoh. Rupanya dalam diam dia awal2 lagi dah jatuh hati saat pertama kali terpandang aku dan merisik aku dari kawan aku dalam diam. Dan rupanye masa drive, masa di Bukit Fraser dia sentiasa memerhatikan aku gerak geri aku dari jauh. Alhamdulillah aku bahagia dengan dia. Terima kasih awak sebab terima saya seadanya.. ^_^.. In sya allah tahun depan kami akan melangsungkan hari bahagia. Amin.


--
ok tamat la sudah story aku..tiap2 ari rasa bahagia tau macam berlari2 di taman bunga..hehe..lau korang rasa besh please la like tuk kami ye..nie link nya

dan kalau korang nak join sama pun boleh..just click di sini..
   
ok..gud luck click banyak2 taw ajak kawan2, pak mok sedaro, jiran tangga tangga dan lain2..
tengkiu semua..
^_^  

Wednesday, January 30, 2013

sayang

kadang2 aku tak tahu kenapa perasaan sayang datang bertalu2??is it something wrong 2 me??seperti membuka pekung di dada..seriusly aku tak pernah rasa di sayangi, menyayangi seperti yang aku rasa sekarang nie..sejak kenal dia, sehingga ke hari ini aku tak pernah puas rasa sayang tue..seperti mau rasa sayang tue berpanjangan dan berterusan sampai hujung nyawa, sampai ke akhirat..

pernah tak korang rasa kalau kehilangan orang yang tersayang..aku dah kehilangan ayah..setiap kali teringat arwah ayah, teringat masa2 kecik dulu masa ayah ada..kalau takde ayah, aku tak lahir dalam dunia nie..sekarang aku ada mak..mak yang besarkan aku dan adik beradik..nak sangat balas jasa mak yang tak terbayar rasanya..if aku ada anak pun satu hari nanti, aku pun agaknya jadi macam mak kan..mencari sesuap nasi untuk anak2..dan sekarang aku sayang die jugak..tak taw nak describe sayang tue macam mana, tak boleh nak luah dengan kata2..hanya Tuhan yang tahu sebesar mana sayangnya aku pada dia..aku juga takut kehilangan orang yang disayangi..kalau dia takde apa jadi pada aku..adakah aku boleh jalani hidup tanpa orang tersayang..macam mana perjalanan hidup aku hari2..mesti setiap hari ada je air mata jatuh tiba2..entah nape aku berfikiran seperti ni..
Ya Allah, berikan aku peluang untuk menyayangi dia..berikan aku peluang untuk menjaga dia..aku janji aku akan jaga dia elok2.. :(

andai aku hidup seribu tahun lagi..
aku ingin cinta ku padamu sentiasa mekar di hati sampai bila bila..
meskipun kamu tiada di sisi ku lagi..
aku hanya ingin kamu saja..

Sunday, January 27, 2013

rindu terbalas

alhamdulillah..akhirnya setelah dua bulan tidak ke temu sama orang yang tersayang, dapat jugak jumpa..bukan setakat sekali berjumpa dalam seminggu, malah 4 kali kami berjumpa malah yang paling seronok nya bila mak abah dia datang sekali ke rumah aku..muahahaha lepas rindu kata kan..mak kitaorang sporting..siap bagi line dan time bila nak jumpa..sayang mak..i love u bakal mak mertua...hikhikhik..gatai la ko nyah..

actually 1st meeting kt putrajaya la..mak aku nk g puchong jumpa cucunya..rindu katanya..aku pun rindu die..siang isnin datang sane, malam isnin jugak aku kuar lepak2 kt putrajaya sambil mengunyah chekedis..2nd meeting kat putrajaya ag..memang di situ lah port feberet kami..ingat nak makan burger bakar..pk punye pk daripada makan burger bakar mahal nak giler, lebih baik aku makan burger rm 2.30..mana lebih untung..so aku prefer makan burger tradisional la..dapat beli 4 bijik jika dibandingkan dengan harga sebijik burger bakar..pehhh memang meletup perot aku sumbat bege banyak..agpun nie kali terakhir aku makan bege, sebab dah berikrar depan die nak turun kan berat badan sampai 50kg..insyaallah kalu berjaya ye..doakan aku..hehe..ok 3rd meeting, kitaorang jumpa di batu pahat..tempat tumpah kampung abah die..alhamdulillah, dapat jugak kami jumpa..aku bawak la die round2 bandar batu pahat yang happenning nie la kan sangat..hehe..sarapan kat tasik Y tepi TIGS 2..then pastu kitorang g bpmall, men bowling ajak adik die skali..skali men macam power, sekali men masuk longkang..kah3..lawak dan hepy sangat..4th jumpe kat rumah aku..family dia singgah umah..syukur..sampai jugak die kat umah aku.. :)

lepas nie, maybe kitorang tak jumpe 4 bulan..huk3 sedih..mmmm tak tau la macam mana..aku cuma serahkan pada takdir..semoga hubungan kami kekal bahagia selamanya..
abg, i really love u..i always miss u..

Monday, January 21, 2013

pasti jumpa k!!

 sehari..
2 hari...
seminggu..
sebulan..
2 bulan..

ermmmmm..lame nya..i miss him so much..


uhhh..really miss u..

Friday, January 11, 2013

Rahsia kurus 1

hey uoollss..assalammualaikum..whatsup today..
korang da breakfast??ok..pape hal pun before nak wat keje apa pun mesti ambil breakfast k...breakfast tue penting untuk tenaga, t kang pengsan tengah jalan sapa nak angkat..lau pakcik or makcik hensem atau cantik maybe la ada nak angkat..tapi lau pakcik/makcik gemok gedempol tren tarik balik yang angkat kot..yuhuu..ok..aku tak nak masuk campur sebab buat masa nie aku try nak turun berat badan..ari2 timbang naik balik..geram je asik turun naik..mmmm..rase macam dah kurangkn makan tapi nak wat camne timbang tue biol kot..jarum die terlajak jaoh..haha...

aritu 2 ari lepas aku jumpa satu blog kurus nie..jeng3..semangat2 nak kurus nie weh..maybe semua orang dah taw pasal DIET ATKINS..and aku baru tahu rupanya!!!!orang laen dah sampai UK (ulu kelang je), aku masih kat BP(batu pahat)..so i must do it!!!just do it erniey!!! aik da macam jurucakap nike plak..ok..ok..korang yang gemok boleh la try2 mana taw boleh turun 10 kg lam masa 2 minggu...thats great..trun semulajadi ma...tak perlu tak payah kuarkan duit beli produk kurus yang popular di pasaran..agpun aku percaya 101% korang gemuk pun semulajadi..so....
let aku story morry kat sini ye...
 
korang nak taw, actually aku jeles and admire body ersalina nie..real great..wow...(ok..korang mesti paham apa yang dimaksudkan dengan wow tue kan..)yihuuu...!!
 
****
PERHATIAN PEMBACA2 SEKALIAN ALAM..
Peringatan : Pregnant ladies dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet!!! Consult doctor anda sebelum mengamalkan diet ini...!
Atkins Diet ialah jenis pemakanan sihat yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins untuk membantu korang mengurangkan berat badan dengan menggunekan konsep mengurangkan karbohidrat...Cerite banyak pun tak gune kan kalau korang tak buat kan?
****
 
Atkins diet terbahagi kpd 4 peringkat :

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.
2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan)
3. Pre-Maintenance
4. Lifetime Maintenance

* Induction sekurang kurangnya 2 minggu..itu kalau setakat nak kurang 2-3 kg boleh la..kalau banyak nak turun, lama la induction ok?  

Induction ialah bahagian yang paling penting dalam atkins kerane ia ialah tapak asas kepade diet ini...tak buat induction,sori,gemuk la smpai bebile...huhu...

Ape yang berlaku tyme induction? Berlakunye proses KETOSIS..proses dimane badan menukar daripade menggunekan karbohidrat sebagai tenage kepade menggunekan lemak sebagai tenage..waktu ni memang biase kalau korang rase lapa sebab ini adelah perubahan drpd pemakanan x senonoh yang korang buat...tapi percaye cakap aku,korang takkan rase lapar da selepas itu sebab dalam diet atkins nih,calory tak dikire...jadi,makanlah seekor ayam pun kalau suke dan banyak duet...huhu..:D



Untuk induction,20 gram karbohidrat sehari sahaje dibenarkan..Biasenye penurunan berat badan yang mendadak akan berlaku ketike induction,dan lebih bagus jike diteruskan berterusan untuk jangke mase yg lame...

Pantang larang 2 Minggu Induction:
1. Elakkan NASI, MI, MIHUN, LAKSA, LAKSAM, SPAGETTI, FETTUCINI, VERMICELLI, KUEW TIAU,OAT dan yang sebangsa dengannya.
2. Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, rotiBoy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa2 yang sebangsa dengannya.
3. Elakkan Gula - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.
4. Elakkan Buah-buahan
5. Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, pepsi, 100plus, etc)
6. Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.
7. Elakkan segala bentuk kacang untuk 2 minggu. Tak kira kacang biasa, gajus, kuah kacang, dhal,ataupun kacang je soalan exam....
8. Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.
9. Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.


********************************************************
Boleh Makan:
1. Ayam - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.
2. Semua ikan - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis...
3. Semua daging - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.
4. Udang - bakar, tomyam, goreng dgn cili boh, etc. Elakkan sotong coz karbohidrat tinggi.
5. Sayur..kebiasaannya sayur yang kurang carbs berwarna hijau..semangkuk maksimum sehari..
6. Cheese Slice..hadkan 2-3 keping sehari..
7. Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari..kenape? air boleh bantu untuk pembakaran kalori dan penghadaman makanan..
8. *edit...jangan ambil daging burger..carbs agak tinggi..kecuali brand beef pride..carbs rendah..tapi hargenye mahal,4keping rm8..ade bran nak beli? huhu
10. Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.



Diingatkan! Air boleh cepatkan proses pembakaran kalori..jadi,minum!!! Banyak!! Air kosong k...
AIr mestilah lebih daripade 10 gelas sehari dan mesti diminum sebelum makan atau pun ketike dalam keadaan perut kosong...

Mesti air kosong..kalau minum air manis,boleh la buat blog taknakkurus.blogspot.com pulak...huhu
Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 9 malam. Jangan ponteng makan!
Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam
1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)


Carb = Karbohidrat
Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !

InsyaAllah, try diet ni selama 2 minggu,hasil yg mendadak akan kelihatan...gud luck bebeh!!
sumber : Blog Saya Nak Kurus...

awak nak??saya nak!!!

Tuesday, January 8, 2013

rasa

entah..tetibe rasa macam tak confident..
boleh ke aku jadi cikgu...
mmm..
berat sungguh hati..
takde motivasi..
can anyone make me feel well..

Sunday, December 30, 2012

ketagihan yang melampau

hi..assalamualaikum uoollssss..hehe..

sejak akhir2 nie, aku rasa perot aku nie ada je mengidam nak makan itu ini...aissshhh dah macam orang pregnant pulak...ehh ehh aku belom kawen k..dalam seminggu nie macam2 aku nak beli..
ok..mari aku list kan satu persatu what my feberet..lau terfikir dalam kepala otak mesti rasa dah macam orang gila hidu gam..hehe...whutever la..

1. ayam..
ayam ada macam2 ayam..tapi segalanya pasal ayam memang aku gila..kentaki fried chicken, ayam percik, ayam bakar Carrefour, rangka ayam, bapak ayam mak ayam (ini bawak maut), blah blah blah dan yang terbaru aku gila Uncle Bob..yeah..uncleBOB memang besh..die punye isi tembam, enak, juicy, digoreng ranggup dibahagian luar dan cair di dalam mulut ditambah dengan kepedasan di dalam lidah..nyummy..hehe..uncle bob di datangkan dengan 2 perisa iaitu spicy n original..sape suka pedas can choose spicy..not too spicy sangat la..tapi ok..love uncle bob..

2. durian crepe
rasanya durian crepe nie dah lama ada kat melesia nie kan..tapi sekarang nie baru aku dapat rasa keenakan rasa durian crepe yang digembar gembur kan..ok..bile dah rasa not bad..tapi a little muak bile makan banyak kot..3 pcs dah cukup untuk sorang..aritu g Square One..ada pameran pengantin..then nampak ada orang jual durian crepe..RM8 for 6 pieces..terasa mahal tapi apa salahnya lau dapat merasa sekali..sedap la..tapi lau lempeng nya gebu macam kuih hijau yang balut inti nya kelapa 2 maybe ag sedap kot pada aku..sebab yang aku makan nie crepe nya nipis dan tawar..dah rasa macam keras bile masok angin...ecehhh banyak komplen pulak aku nie..hehehe..sory aku memang suka kondem lau ada slek sket..so maybe kalau crepenya tebal sket baru serasi dengan inti cream+durian di dalam nya..nak buat sendiri den xmampu, beli je la senang kan...hehe..

3.pizza..
selalu g tengok web pizza hut and dominos..tah suke tengok pizza..dapat tengok pun jadilah..kenyang dah rasa..lau lah ada orang belanja besh kan..teringin nak wat tapi xberapa nak reti..nak kena wat itu ini..dalam hidup aku nie rasanya tak sampai 10 kali makan pizza kot..rasa macam nak suh tunang belanja jela..nak beli sendiri t pokai plak dompet nie...hehehe...

ok..nampaknya 3 benda je yang aku ngidam nie..hehe..nampaknya lepas nie kena makan ayam laju2 baru tak ngidam lagi kan..ok aku nak ke dapur nak cari ayam..ketagihan dah ni..semalam  dapat beli ayam percik..hahh amik 2 batang aku sedut dalam perot..miahhahaha..janji2 nak kurus terus dilupa in..ok..ari nie sambung mogok lapar ag la....
hihihihi...

k bai..ayam dah tunggu kat peti ais..mintak dibelasah dengan lahap.. :)
cau lu.. 

Sunday, December 16, 2012

iCity Shah Alam..besh ke??

assalamualaikum dan salam ceria ceria selalu..
tadi aku bukak fesbuk..macam biasa la facewalking kat home untuk mendapatkan berita dan cerita sensasi dari kawan2 fesbuk...tengah walking2 nie ada satu cerita yang mungkin menarik dan adakah benar!! it is true!!!oookk.. ini cerita tentang iCity..korang pernah pegi iCity kat Shah Alam 2??ookk..aku pun pernah g..tempat tue yang special kalau g malam dapatlah tengok lampu cantik2 pelbagai betul, rupa dan warna..1st time datang tengok dengan bijik mata sendiri memang kagum la..masa 2 aku g awal tahun lepas dengan member2..bayaran RM10 per entry untuk 1 kereta..dan dalam iCity 2 yang aku taw ada Snowalk(ala2 kat oversea musim sejuk, ada game n macam2..)


ok berbalik pada tadi aku nak kongsikan satu komen panjang pengunjung yang telah berjalan2 di iCity untuk merasai kemeriahan di sana..
share dari sini...[link]

******* 

I-City, bertukarlah kau jadi kebun kelapa sawit....
Aku marah dan aku tak boleh tidur. Aku sampai I-City pukul 9 malam, dan aku pulang pukul 11.30 malam. Selama 2 jam setengah, adalah masa masa yang aku menyirap, aku menggeleng, aku merenung tajam, dam aku luka jiwa raga.
Aku kena main dan aku kena tipu.
Pakcik dan makcik dari kampung juga ditindas, dan ditipu secara professional. Dirompak duit poket mereka secara 'as per term and condition', juga yang paling memilukan..dibunuh harapan dan kegembiraan mereka dengan begitu saja.

Ya. Aku rasakan, aku dikenakan harga yang tidak patut untuk secebis keseronokan keluarga yang tak setara mana. Lagi pedih, bila kumpulan manusia yang ramai berpusu ke situ terdiri dari kumpulan pakcik makcik dari Kokdiang, Gua Musang, Felda Chenor, Padang Melangit dan Mersing. Mereka ini membawa ahli keluarga, anak anak kecil, sanak saudara dan mungkin anak anak jiran yang teringin menumpang bercuti ke kota. Mereka ini, dari riaknya..bukanlah semuanya berpangkat pegawai, jauh sekali memiliki harta berjuta, mereka ini semuanya rakyat marhein, yang bercita nak mengembirakan keluarga dengan membawa mereka berjalan ke sini, ke I-City.

Sebelum aku teruskan, mungkin aku boleh katakan yang i-City ni dibuat untuk pelancongan domestik. I-City pada telahan awal aku adalah tempat rakyat jelata menikmati keseronokan, dengan maksud, kerajaan (samada pusat atau negeri) atau syarikat yang menyelenggara mengenakan caj yang berpatutan dan tidak misleading. Sebaliknya aku salah, pakcik makcik juga salah. i-City rupanya bercita cita besar untuk memebelikan kereta Ferrari spider untuk setiap ahli lembaga pengarahnya.

Mari aku ceritakan celakanya.

Yuran entry, selepas 7pm, RM10. Ini aku boleh terima. Normal dan tiada yang aneh.

Ok sekarang, tempat paling attractive di I-City, namaya SNOWALK. Idea SNOWALK ni nak bagi rakyat Malaysia merasa hidup di Iceland.
Nak masuk sorang kena bayar dalam RM35-40 dewasa. Aku masuk ber empat semua sekali RM120. Ini pun, aku boleh terima lagi masa bayar sebab aku syak mestila SNOWALK ni power betul, boleh imitate almost exactly Iceland, atau Alps setidaknya. So RM120, setel..ready to rock in!.
Wooo..bila aku dah masuk, rupanya kena rilek dulu, kena ambil jaket (ini masuk pakej, mujur). Lagi, yang pakai selipar, kena sewa kasut, beli stoking, beli sarung tangan (sewa ke beli atau dah tak peduli sebab masa ni aku mula menyirap). Aku cakap pada fateem, faseeh dan cikgu, kita masuk je dengan kasut yang sedia ada. Walaupun subconscious mind aku tahu yang kasut si fateem dan faseeh ni tak boleh bertahan dalam cuaca Iceland, tapi hati aku yang memberontak ni menghalang dari pegi sewa atau beli. Bukan sebab aku berkira, atau aku kedekut, tapi aku fikir..kalau I-City tahu stoking, sarung tangan dengan kasut Pua Chu Kang ni adalah dresscode sewajarnya, kenapa kau tak caj aku RM200 awal awal tadi? lepastu kau bagi aku kasut, stoking dengan sarung tangan terus, nampak tak sekarang? kalau aku dah bayar sekali, lepastu aku kena bayar lagi dan lagi, itu pada aku adalah perangkap dan penipuan.

Denga berat hati, aku dan ahli keluarga melangkah masuk, elok gaya nak masuk, brader jaga pintu spund cikgu, "handbeg tak boleh bawak masuk". Aku balas balik dengan sabar,"handbeg nak kena letak mana?". "Dalam locker kat sana", brader ni balas tenang. Aku suruh cikgu pergi setelkan handbeg dia, dan teruskan bersabar. Selang beberapa minit, cikgu datang balik pada aku, lalu dia tanyakan benda yang bikin aku lagi menyirap, "ada duit kecik? locker tu kena bayar". Dekat stage ni, aku geleng kepala. Aku dah tahu semua yang akan aku lalui lepas ni dalah mengkaya rayakan pemilik I-City, secara langsung membunuh jiwa aku dan pakcik makcik yang mengharapkan secebis gembira berjalan ke sini.

Dalam kabin SNOWALK, boleh aku simpulkan, macam kau duduk dalam peti ais tempat beku. Ada igloo, ada lampu lampu, ada sedikit gelongsor ais. Aku tak nak komen apa yang dia sajikan sebab mungkin itu idea sebenar I-City, tapi aku fikir they can do much more better. Dan bila aku marah, aku akan jadi detail, "is this the best they can offer?". Aku mula nampak hal hal yang kacau fkiran aku, kenapa takde salji? kenapa takde paramedik standby kat luar kalau anak anak aku kena frostbite? kenapa kabin ni takde seni, kompressor aircond merata rata, beam beam dan structure bangunan obviously there, sebijik macam kau jalan kat carpark cuma bezanya kau sejuk. Kenapa jaket yang dia bagi ni zip rosak, butang rosak? kenapa tak banyak variety? kenapa tempat kecik?
Nampak, benda ni patutnya senang, tapi bila aku dah mula kacau bilau dari awal, semua aku tengok salah. dan yess memang overall SNOWALK sucks big time.

Aku keluar dari SNOWALK bila faseeh menangis sebab tak tahan sejuk ais banyak masuk dalam kasut dia. Bila aku sampai kat luar, aku tengok ramai yang menggigil sejuk, kasut yang sewa tadi semua bukak. kaki mereka aku tengok merah. Temperature terlebih sejuk ke aku tak tahu. Aku tak pernah pegi Iceland, Alps pun aku tak pernah pegi, aku tak tahu sejuknya macam mana. Lantaklah!

Aku cuba bertenang, dan melepak dekat patung zirafah. fateem dengan faseeh nak main keretapi, kapal dan wheel apa benda entah. Aku tengok kawasan permainan ni semua berkumpul di satu port. Dalam kepala aku fikir macam ni, aku beli tiket sekali masuk, say RM20 sorang, atau berapa berapa lah, lepastu boleh main freeflow. Pergi matiii dengan fkiran aku, I-City lagi pandai korek duit dengan menggadai perasaan kesian mak ayah pada anak anak.

Ada 6-8 jenis permainan, dia caj RM5/person untuk satu game. Ada 2-3 game yang RM10/person. Beli tiket pakai macam smartcard. Kiranya kalau baar RM50, pakaila kad tu sampai habis. Bodo anak aku 2 orang sekali naik keretapi yang pusing tak sampai 5 round, tak sampai 5 minit in fact, aku kena bayar RM10. (RM5/person). Itu yang RM5, yang game RM10 pulak, baraaii!. Setengah jam, RM50 gone. Come on what kind of pleasure the kids will have for half an hour?
Dalam hal ni, kau orang kena clear standpoint aku. Aku tak bercakap untuk aku saja. Aku bercakap untuk orang lain, yang mungkin bajet mereka lagi kurang tapi dah terperangkap. Apa yang terperangkap? Kau bagitau anak anak kau nak datang I-City, mereka happy, bila dah sampai..pehh ambik beratus nak kena keluar. Takkan dah kat situ kau nak cakap kat anak anak kau "Janganlah..mahal lah".
yang aku cerita keretapi 5 minit tak sampai tu apply pada semua game. Aku rakam fateem dan faseeh naik keretapi tu exactly less than 4 minit.

Kau orang sabar. Aku belum habis lagi ni.

Berbalik pada hal permainan. Masa di kaunter, dekat depan kaunter, clearly stated "RM5/person" untuk game game yang disenaraikan. Macam aku bgtau tadi, ada setengah game" RM10/person". Isu kedua timbul bila faseeh dinafikan hak untuk bermain kapal apa benda entah sebab tinggi dia tak lepas benchmark. Ohhhh yang ini aku betul betul fak!. Aku tarik faseeh keluar, sambil kepala aku cuba rasionalkan situasi. Exactly belakang faseeh, ada sorang budak perempuan, tinggi dia siiikiiittt je lagi nak sampai benchmark, terus budak lepas SPM yang jaga entrance reject suruh keluar. WOW! for God sake faseeh dan budak perempuan dah beratur 15 minit semata mata nak main, when they turn come, kau just suruh keluar sebab tak lepas height?
Ayah perempuan tu cuba slowtalk dengan budak jaga entrance, kesian aku tengok orang kampung sorang sini, kesian lagi aku tengok anak dia yang terkebil kebil tak dapat main. Sabar aku hilang bila budak yang jaga tadi jawab endah tak endah dengan ayah budak perempuan tu. Sabar aku diakhiri dengan makian orang putih ditengah khalayak orang ramai. Aku tak boleh kontrol sebab aku kesian betul dekat faseeh, lagi aku kesian dekat budak perempuan yang terkecil kebil kecewa tu.

Aku ajak ayah budak tadi pergi kaunter. Sampai di kaunter aku bagitau yang "kenapa masa beli tiket you tak cakap budak budak ni ada height limit?"
Pehhh makwe kaunter tu bagi jawapan bijak,"Kat atas kan ada beritahu" sambil dia tunjuk kat atas dinding (kau kena dongak kalau nak baca satu satu) ada A4 beberapa keping yang beritahu game game yang ada height limit, dan Yes, font dia aku tengok macam font 14 atau paling besar 16.
Lalu aku khutbah pada dia, kenapa dekat depan kaunter ni tak tulis pulak? dan kenapa kau, sebagai penjual tiket yang tahu permainan ni semuanya untuk budak budak tak beritahu awal awal "encik, untuk game ni game game ni, budak bawah 120cm tak boleh main", kenapa kau tak buat? kau harap orang baca benda info yang berselerak, dalam keadaan orang ramai, nak cepat, nak bagi budak budak seronok. Ni sama la macam jual buah Strawberry kat petaling street letak sigboard besar RM5. Mindtrick, sebab by default orang ingat sekilo RM5, orang tak banyak tanya terus mintak sekilo. Hahh ambik kau rupanya RM5 ni untuk 100gram. Tulisan 100gram ni kecik halus je dia letak tepi RM5. Memang ada point yang ko salah sebab tak teliti, tapi dalam masa yang sama, kau rasa kena tipu tak? sebab dalam keadaan sibuk, orang ramai berpusu, berapa kerat manusia je boleh bagi attention to detail?. Ini nama dia manipulation.

Dan akhir sekali, smartkad tu, kalau kau tak habis main, duit dalam tu banyak lagi, kau boleh refund RM5 sahaja. Maknanya, katala duit dalam tu ada lagi RM30, tapi anak kau dah mengamuk nak balik, atau tiba tiba dia sakit perut kena bawak ke hospital. Burnlah duit tu. Unless kalau kad tu boleh bawak balik dan esok kau datang lagi sambung pakai, itu aku tak tahu lah boleh ke tidak. Tapi berapa ramai pakcik makcik Kokdiang nak datang balik esoknya semata mata nak habiskan baki duit RM30?
Nampak tak macam mana orang kampung kena main?

Aku dah tak larat nak menulis. Lama dah aku tak menulis panja SEMBANG KENCANG...ng.
Kesimpulan yang aku boleh bagi;

Aku berharap, I-City ni, kau bertukarlah menjadi kebun kelapa sawit.....

********
Begitu la ceritanya...terpulang la kepada korang untuk menilai...
Kalau macam gitu tak perlu kot pergi lau..tengok dari luar sudah...agpun kat batu pahat nie pun dah maju..kat dataran tue pun ada iCity..free ag..nak terlentang sorong2 tengah malam kat dataran sambil ditemani cahaya iCity pun boleh tanpa hal masa..hehe...
okkkk..wa cau luu...can cin cau...

Saturday, December 15, 2012

lamaran tunang..

assalammualaikum dan selamat pagi...
wohaaaa semoga kalian ceria2 selalu...

pagi2 nie jiwa aku rasa a liittle bit sedih..pasal semalam..pasal aku jugak..terlebih emo..last2 aku cakap dengan dia aku nak tido taknak pikir pape..k la dia pun malas nak pujuk aku, dan aku pun tak dimakan pujuk..pukul 2 lebih pagi aku dapat mesej dari dia..masa 2 mata aku dah mula nak pejam tapi boleh tahan ag la...dia mintak maap lau dia ada wat aku marah..dia jelas kan segalanya..tapi aku sebagai perempuan, ego tinggi xmau mengalah aku biar je..biar la hati aku sejuk sendiri..dan pagi2 tadi aku mesej dia balik kerana terlalu ikot perasaan..
abang, i love you so much till the end..sampai akhir hayat sayang..i promise you, sayang akan bahagiakan abang..that my promise.. *buat muka comel sambil angkat tangan..


hari nie 15/12..dan semalam aku terjumpa nokia lama aku (rujuk oldies nokia vs pinky corby..), aku pun try bukak..memang handphone nie boleh guna lagi..aku pun bukak satu persatu yang ada dalam handphone tue..tengok gambar, mesej..macam2 la..sebenarnya aku tak buang langsung apa yang terkandung dalam hp 2..kenangan..pastu aku godeh2 mesej..terbaca mesej pertama yang dia bagi..masa tue pukul 11.59pm 20/11/2011.. (rujuk : babak 3 -putik pandang pertama)..semua aku baca..sampai la jumpa tarikh 15/12/2011 iaitu setahun yang lepas..

ikuti perbualan kami..

E : hi inchik enchem..pewitt..
A : amboi cik adik gatainye nak mngurat kite..
E : hehe..sy nmpk awk dtg UPM ari2..ingat nak usha..last2 dpt no fon, 2 teros msj..hoho..awk dah lunch lom?
A : lom lg..arini sy diet..haha..k la abg nk kje dlu ye...see u then..


A : salam..aii..watpe 2..snyap..je..bz ke..
E : wslm..xde la..syg bru nk msj abg..abg yg bz banting tulang 2 yg syg xmo kaco td..
A : eh mcm 2 plak..ni ngah watpe..dh mam blm..law dh pas mam jgn tdo mcm smlm..x elok..
E : tgk smpang 3..xmam mls..td kua jap g mines bli brg jap..
A : dgn spe..x bg tau pn kan..ni dh lngr kontrek yg di wat ni..
E : ngan dila..jap je..
A : jgn curang k..
E : xde la..spe la nak syg yg montel nie..
A : hbis abg ni x syg kt syg ke..blh plak ckp mcm 2 ye..
E : yela..xpyh la emo2 sgt abg ni..
A : x emo..cume momomo je..hehe..syg abg grk blik kje dlu ye syg..love u..mmmmuuah..salam..
E : orait..hti2 merempit 2..jgn langgar awek suda..hehe..ok..luv u muah muaaaahhh!!
A : syg..abg dh smpai rumah..law abg langgar awek pn..abg langgar syg..
E : hehe..yg 2 len cite..yg nie lau abg lggr tgh jalan, ssah hati la syg..abg, syg lpak blik eton jap..
A : ok..p jgn mngumpat org suda la ye..
E : haha.. :P abg, mlm nie apa pojek? Hehe..
A : mlm ni nak bincang dgn syg pasal kte yg lebih serius..
E : erk?so knew at muka ketat la nie..
A : xla ketat..leh huahuahua gak..
E : ok..
A : syg dh msuk wktu mgrib ni..jom solat..


E : abg..huhu..
A : ye syg..knpe panggil abg ni syg..
E : alo bkn abg yg panggil syg dlu ke..
A : eh yeke..bkn die yg panggil kte dlu ke..
E : abg ni maen2 la..syg tembak kang..pang3..xkra td abg yg panggil syg dlu..so abg momo syg..umm..
A : tunang thn dpn nk x??haha..
E : siyes ke abg nie…mmm..blh kot tp tgk la dlu cmne..erk??

A : yes, Alhamdulillah..btl ni blh syg??
E : bleh je xde hal la..sarong cincin je kot..betik ke abg nie??
A : ade ke org crite bende mcm ni main2 ek..rasenye xde..
E : entah la..syg rse mcm cpt sgt..tp kta just rancang..Tuhan yg tentukan..tgk la cmne t..klu ad jodoh tentu dipermudahkan segalanya..
A : orait..ok…so syg nak watpe je pasni…
E : jap g nk jmpe mmber jap..pastu nk siap kn assignment apa yg ptot..
A : ok..syg wat assignment..p kul 12 syg msti kne lyan abg plak k..
E : orait..yes ni yg mmg syg akn syg lbh kt abg nie..abg wat la ap yg ptot dlu, tdo dlu ke, tp jgn langgarkontrak taw..k jumpe date t kul 12.. yahuu..
A : hehe..ok..p syg pun msti kne ingt..kul 12 k..jgn tdo..nnti abg kntotkn syg..
E : hehe..yela abg..
A : ape2 pun..syg pegi solat isyak dlu sblm nk wat ape2 pn ok syg.. 

*****
begitu la perbualan kami..tapi yang aku nak pointkan di sini, 3 minggu 4 hari berhubungan & kenal dah ajak TUNANG!! oooOOOmaigot!!
agak tergamam sekejap la cik ani di sini..tapi aku percaya jika jodoh panjang, insyaallah semuanya akan lancar dan teratur dengan apa yang telah ditetapkan..amin..

da sekarang..ak memang da bertunang pun dengan si dia yang bertahta di hati...
^-^