Friday, December 16, 2011

smue sama..

minta maap, tumbang lalu, mohon primisi..
aku rasa aku nak menc****..
damn!!
all boys are same..yes..ini adalah realiti..
kepada semua gurl, makwe, cewek, amoi yang seangkatan, sifat dan ada ciri2 macam aku,,
jangan anggap lelaki yang kita sayang yang ada kaitan dengan hidup kita dalam masa sekarang semuanya baik dan kita anggap dia adalah lelaki yang still masih dalam hak cipta terpelihara..sory..susah nak jumpa lelaki cetak rompak sekarang..kau taw nak detect lelaki cetak rompak macam mane??tak boleh kan..f*** u boys!!

[hopefully but......1dalamsejuta..ummm..]

yes..aku tetap nak kata semua lelaki adalah sama..


motip kau confess npe ek??

Thursday, November 17, 2011

BTS tw0 and more accounts..


lelaki atau perempuan yang ada dua atau lebih akaun fesbuk..
itu memang standard..


ehemm ehemm..
oooOOooooo..
ok..now i know..
kikikiki..
erkkkk.....????
whutever k..


menarik gak tuk dibincangkan..akan datang k..woot woot..

Monday, November 7, 2011

aku dah fikir..terima kasih bagi aku pengajaran..

aku dah pikir..
tapi aku pikir dah lepas jadi..
mesti kau kata aku bodoh kan..
takpe la..
terima kasih bagi aku pengajaran..
aku tak taw nak wat camne..
aku just nak mohon MAAF banyak2..
aku tahu maaf aku bukan penyelesaian masalah..
aku tahu maaf bukan boleh kembalikan waktu dulu2..
dan aku tahu bukan mudah untuk kau terima maaf aku..
aku tak tahu nak wat camne ag..
benda da jadi..
keputusan telah kau buat..=(
aku tak mampu nak bangkang apa yang telah kau putuskan..
kau memang berhak menilai kesalahan aku..
aku mohon MAAF sekali lagi..
..
..
..
..
sekelip mata je kan, disebabkan masalah itu hubungan kita terus menjadi tenat..
pape pun aku harap semoga Tuhan memberkati hidup kau dan benda tue tidak dijaja di mana2 ag..
Insyaallah..
terima kasih sekali lagi sedarkan aku makna persahabatan..aku dah lupa kot..


p/s : sedap ke buat orang macam tue erniey??kau penah gigit lidah tak erniey??sakit??
kalau kau taknak benda camni jadi lagi, lebih baik kau duduk gua sorang2 dan jangan kerana pe'el dan mulut kau semuanya jadi binasa..

aku sayang kawan seperti dia tapi aku tak layak jadi kawan yang baik.. =(

raya haji tahun nie adalah hari raya paling rentap sentap sakit dada penah aku alami..dalam satu hari macam2 perkara boleh jadi dalam sekelip mata sehingga merosakkan hubungan persahabatan
..

walau celaka mana pun kehidupan..
ia tetap kehidupan..

sejak aku kenal mt, aku perasan macam2 perkara telah berlaku..kalau dulu bila cakap pasal mt, kutuk mt, memang mesra..boleh dikatakan aku lah orang yang paling tahan melayan dia bila bercerita mengenai mt berbanding dengan yang lain..aku sanggup melayan karenah dia tak kira masa dan tikanya..kadang2 tertekan gak bila asyik dengar mt mt..tapi aku tetap sabar mendengar celotehnya yang kadang kadang tak masuk akal tapi aku tetap menjaga hatinya..
tapi semalam peristiwa di raya haji..
aku tahu aku terlepas satu pandang..kerana sikap dan pe'el aku yang lembap lambat bodo pentingkan diri sendiri menyebabkan aku hilang kawan yang selama nie ibarat tido satu bantal..how come??puas aku pikirkan penyelesaian masalah dalam satu malam..puas aku memujuk hati aku sendiri..puas aku bertanya pada diri aku kenapa aku jadi macam nie dan perkara nie jadi macam nie??puas mata aku merah bila teringat benda nie..puas aku marah diri aku..aku tak tahu nak buat macam mana lagi..aku tak taw nak luah pada sapa..bersalah sangatkah aku??nape problem macam nie terjadi pada aku??kenapa sebab pe'el aku camni menyebabkan aku rasa down giler..yes..memang aku tak pernah nak menjaga/menghargai harga sebuah persahabatan..memang aku tak pernah paham hati budi perasaan orang laen..cilaka kan orang macam aku..aku memang fail bab adab tatasusila dengan orang len..aku memang kawan yang terokk!!

..
..
..
..
..
..
..
Hari nie aku belajar banyak perkara..
Bukan belajar tapi lebih kepada ingatan..


(p/s untuk aku)
1. Kalau kau takleh jaga hati orang, jangan libatkan diri kau dengan orang lain, walaupun kau ada perasaan yang membuak buak untuk masuk campur atau bagitaw sesuatu perkara itu yang akan melibatkan orang lain walaupun sezarah kuman sekali pun..
2. Kalau kau takleh atau tak mampu nak balas jasa/ budi orang, jangan mengharapkan pertolongan dari orang lain..dan kalau orang lain nak tolong gak, aku sangat berterima kasih dan semoga Tuhan memberkati kalian dengan pertolongan yang diberi..
3. Kalau kau dah tahu kau tue jenis jujur giler babi, harap fikir dulu sebelum cakap, harap fikir dulu sebelum bertindak..kau tak tahu apa implikasinya bila kau cakap/bertindak melulu..terima la dan hadapilah dengan tabah jika akibat yang kau dapat adalah cilaka..
4. Kalau kau tak reti nak selesaikan masalah, so jangan cari masalah!!memang satu timbunan beban kepada aku..
5. Ingat!! bila kau rasa nak mengumpat, nak mengutuk, nak kondem orang, sila tutop mulut kau yang mungkin kejap lagi bala akan timpa kau..kalau nak cakap jugak, bukan dengan orang lain tapi kau cakap sorang2..
6. Dan kau kena ingat jugak, bila orang lain mengumpat orang lain, jangan menyampuk..kau tahu benda tue buruk tak payah nak bercerita hebah2 satu dunia..biar orang kata kau katak bawah tempurung pasal benda2 camni k..
7. Kalau kau tahu kau memang takde perasaan, peduli apa aku, ada aku kisah..so harap prihatin, sedar dengan tindakan yang telah kau buat..mungkin masa kau buat kau tak perasan, tak rasa apa yang orang lain rasa, tak rasa terok dan tak rasa kau tengah burukkan orang..then bila dah lepas baru kau nak menyesal..f***..shit ahh!!
8. aku rasa kau kena belajar lagi tentang hidup, belajar interaksi dengan orang lain, perbaiki kualiti diri dan hidup baru kau boleh go on dengan cara hidup bersama orang lain..
9. Mmmm.. =(
10. Last..aku tahu aku banyak kekurangan..kesalahan yang aku buat memang takkan dia maapkan punya..aku tahu aku paham..so tolong DAMN aku banyak2..aku nak juga rasa sakit, sama sakit seperti apa yang dia tengah lalui..
 
aku MOHON MAAP terhadap apa yang berlaku..
aku hanya manusia biasa yang tak terlepas dari kesalahan, kecuaian, kelalaian..
yang buruk selalu datang dari aku..

Sunday, November 6, 2011

behind the scene balik raya haji part 1

Salam Aidiladha dan salam muah muah kepada yang sudi membaca..

Bos taurus dah nak kena sembelih la..hehe..alhamdulillah syukur tahun nie masih dapat meraikan hari raya korban dengan keluarga tercinta..
Sebelum nak makan nasi impit, galus domesticus masak bistik, sayur londeh, sayur goreng, kuah kacang aku nak story something..
..
..
..
..
makan jap..adui..lapo la plak..hik3..
..
..
..
korang pernah tak alami suasana balik raya di hujung tanduk..maksud aku balik dah last minute pulak tue dengan tiket pun last minute..ahaks??cite nye begini..aku balik raya haji aritu hari jumaat..plan nak balik Batu Pahat hari khamis petang..tetapi disebabkan kemalasan dan ke"lazy"an aku nak settlekan TESIS dengan cepat, mudah dan tepat menyebabkan aku tangguh perjalanan balik ke hari Jumaat petang..how come??pergghh memang aku lepak giler ari khamis petang tue..padahal banyak je banyak terluang..then aku buat ape??online, blogwalking, basuh baju, teman member kuar, dan sleeping at my bed..muah muah!!keh3..pulak tue terasa penat giler lepas balik class amali sebab masa amali kena tanam pokok durian..erkkk??aku sempat la gali 3 lubang, tanam dua pokok sebelum hujan turun mencurah2 jatuh berguguran ke bumi..tue yang lepak giler, malas k..


malam aku bajet boleh siapkan TESIS sebanyak mana yang boleh..mula2 pukul 8 bukak laptop..pastu bukak incik mozilla firefox, ingat nak online jap, nak hilangkan rasa rindu yang membuak-buak pada facebook..podahhh!!haha..kononnya nak online sampai kul 9 tapi terlajak sampai kul 10..dah pukul 10 terasa ngantuk la pulak..adui..pergi mandi la jap, nanti baru rasa selesa nak wat TESIS..ok..nyet nyett nyettt aku mandi dengan wanginya..muahhahahaha..settle mandi, pakai baju, sikat rambut kat depan cermin, dok depan laptop..uhhhh..aduiii..mata aku dah mula nak pejam sakit giler..uhhh..takleh jadi nie tido jap la..nanti baru freshh sket nak stay up..laptop tak tutop menjadikan alasan aku nak tido sekejap saja dalam 30 minit..ok no hal..sebenarnya kat sini aku dah nampak kalau aku memang tengah malas giler2 apa pun takkan jadi dan macam2 alasan aku buat untuk tak bukak file yang menempatkan assignment TESIS aku tue..
mmmmm...


yang nie baru betul..aku tak malas tapi charge tenaga..ahaksss~~


then tetibe pukul 3.30 pagi aku terjaga..orang pagi2 buat tahajud tapi aku??erk??OMG!!tesis aku sempat ke nak buat nie..dengan jiwa raga yang gagah aku bangunkan diri jugak dok depan laptop..itu pun still lazy again..aku just sempat try buat test Anova satu hala n edit bab3 metodologi seciput jeeee..okk..kul 5 pagi aku tido balik..mana tahan maa nak stay up..lagi satu aku takut esok pagi kepala aku lagi pening, aku susah aku nak settlekan keje yang tak pernah siap nie..pagi2 kul 6.45 aku bangun, sembahyang Subuh n wa cakap sama lu wa mandi awal2 ag dow..haha..fresh..segar..sihat dan jimat..hehe..okk..then aku memang pulun abes siap pergi library semangat yang jitu..kat library, ehh mamat yang jaga lib nie, tengok aku macam nak usha aku..haha..okey perasaan jap, tapi aku memang nampak die tengok aku la..aku pernah nampak dia kat fesbuk, ala orang kelate sama umo pulak tue..


sampai kul 12 lib tutop, aku dok kat bwah blok B plak settlekan final touch editter tesis aku..huahuaaa..dalam pukul 2 settle..i love you muah muah..cepat2 g print dan sempat makan pisang goreng ngan fishball..ok la isi perut dari tak isi apa2 langsung..dah lepas tue aku hantar aku opis prof..aduh tutop plak opis nie kul 2.30 pm kot tak bukak2 ag..aku pun ambik keputuan selit kat pintu prof..sori prof..tak beradat langsung nak hantar tesis kat prof..huhu..maap prof..
..
..
..
..
..
aku rasa nak stop dulu..
jap ag entri yang seterusnya aku sambung balik..
..
tett..
tettt..
tetttt..

Wednesday, November 2, 2011

masa itu terus berdetik..

this is copy from belog Lord Zara...nice one..
ooouchh..sentap & entah nape aku pun rasa begitu..


Perempuan itu.
Kegilaan dia.

Hidup masih seperti biasa.
Dia bangun dengan jam biologinya tidak pernah mengkhianati masa.
Anehnya, dia sudah tidak dapat merasa gembira.
Peliknya, dia sudah tidak kenal erti derita.
Jiwa dia kosong tanpa rasa.
Tinggal sedikit nilai manusia.



Perempuan itu.
Dan masih lagi dengan kegilaan dia.

Jenguk wajah menerusi jendela.
Suasana gelap dan dia sedar masih belum ada sesiapa yang terjaga.
Terbaring merenung lelangit bilik yang gelap gelita.
Dia boleh dengar bunyi muzik sayup menyusup telinga.
Dia boleh merasa kesejukan terjaga jam tiga.
Tapi dia enggan bergerak dan lebih rela tahan mata.
Ada sesuatu yang tersekat di jiwa.
Dan dia tahan sahaja.

Perempuan itu.
Dan kegilaan dia.

Fikiran menerawang mengingati cerita.
Kisah silam penuh warna.
Bila tersedar, dia tahu itu mungkin celaka.
Bila tersentak, dia tahu itu bukan khayalan semata.
Bila terpaku, dia tahu banyak yang dia belajar dari setakat sebuah ceritera.
Dan dia, masih lagi mengekalkan kegilaan yang sama.

Perempuan itu.
Bertahan dengan kegilaan dia.

Hidup dia biasa sahaja.
Hidup yang mungkin tidak bermakna.
Dia tidak kisah asalkan dia selesa.
Selagi dia bernyawa.
Dia mahu kekal di takuk yang sama.
Rasa selamat tidak boleh dibeli di mana-mana.
Anehnya, walau selesa, dia masih terkilan luka.
Penuh kejam bunuh sedikit demi sedikit tunas bahagia.
Dia tidak kenal lagi gembira.

Perempuan itu.
Dan kegilaan dia.

Dia hanya berharap hari ini ada orang buat dia gembira.
Dia hanya berharap hari ini ada manusia yang menyapa.
Dia hanya berharap hari ini tiada manusia yang buat dia menitiskan air mata.
Dia hanya berharap hari ini orang melayan dia baik-baik sahaja.
Dia hanya berharap hari ini bakal berakhir dengan sedikit suntikan nikmat ceria.
Dia hanya berharap hari ini dia mampu senyum seperti sediakala.
Malangnya, itu hanya harapan palsu semata.



Perempuan itu.
Berpaut pada kegilaan dia.

Disebabkan biasa terluka, dia pernah tidak percaya sesiapa.
Orang tuduh dia degil, dia hanya ketawa.
Orang kata dia pelik, dia masih ukir senyuman paksa.
Orang lihat dia letih buat semua, dia masih teruskan bekerja.
Kerana dia sedar dia keseorangan dalam dunia.
Teman itu sekadar dongeng manusia.
Dia tahu dia hanya punya Yang Maha Pencipta.

Perempuan itu.
Berjalan mengusung kegilaan dia.

Dia tidak pernah mahu mengalirkan air mata.
Dongak ke langit, dia percaya air mata itu akan masuk semula.
Tubir mata yang bergenang dia akan kata matanya berkaca.
Sakit dengan kemarahan manusia.
Benci dengan keadaan diri yang hanya menelan sahaja.
Geram dengan sikap diri yang tidak mahu melawan kata.
Dia hanya tunduk akur walaupun hati tersayat mengalir darah merah saga.

Perempuan itu.
Kegilaan dia.

Apakah dia khayal mahu gembira?
Apakah dia tamak mahu bahagia?
Apakah dia merepek bila mahu suka?
Apakah dia sewel bila dia enggan lihat derita?
Apakah dia hanya mampu menelan segala duka?
Apakah dia dilahirkan untuk sengsara?

Perempuan itu.
Dan kegilaan dia.
Selamanya..

Tuesday, November 1, 2011

entri buang karen di pagi hari..

mmm..
tak suke sangat bila terjaga tengah pagi..
ingatkan nak buat tahajud ke hapa..
tapi..
stay up..
pastu kena settlekan assignment..
agrrrhhhh!!!
TESIS ooo TESIS..
 yes..its true..i want to collect2 money, have fun and kawin..haha..

then keje tak siap2 sebab pikiran menerewang kat tempat lain..
pastu google tempat lain..
blogwalking + facebooking + skodengking..
wuarggghhh!!
nak tido pelok bantal..

4.07am dah..chapter 4 tak siap ag..ANOVA, t-test la..belum masuk chapter 5..siap kena bagi cadangan??ehhh..kalau takde cadangan boleh tak..otak aku kosong..*%&#$@&*

bai..bai..bai..

musykil dan tertanya2..
ummm..eh, sape agaknya yang delete wish 2 kat wall aku tue ek??

Monday, October 31, 2011

the lonely..

dikala kesunyian dan kesepian malam menganjak ke pagi nie aku mencuri2 masa menulis..padahal tesis tak settle lagi..hadoi..jap nak layan perasaan..mmm..sorang2 tak tido lagi aku layan lagu..semua lagu sedih2, steady, cool..memang dah jiwa aku macam nie..tapi yang paling beautiful this song :

the lonely by christina perri

2am, where do I begin
Crying off my face again
The silent sound of loneliness
Wants to follow me to bed

I'm the ghost of a girl
That I want to be most
I'm the shell of a girl
That I used to know well

Dancing slowly in an empty room
Can the lonely take the place of you
I sing myself a quiet lullaby
Let you go and let the lonely in
To take my heart again

Too afraid, to go inside
For the pain of one more loveless night
For the loneliness will stay with me
And hold me till I fall asleep

I'm the ghost of a girl
That I want to be most
I'm the shell of a girl
That I used to know well

Dancing slowly in an empty room
Can the lonely take the place of you
I sing myself a quiet lullaby
Let you go and let the lonely in
To take my heart again

Broken pieces of
A barely breathing story
Where there once was love
Now there's only me
And the lonely...

Dancing slowly in an empty room
Can the lonely take the place of you
I sing myself a quiet lullaby
Let you go and let the lonely in
To take my heart again...
 
mmm..tak tahu nak cakap perasaan aku tika ini camne..
rindu??damn!!
sayang..damn!!
mungkin.....
benci..yes..i hate u damn so much!!
 
rasa nak nanges lagi.. :'(

Thursday, October 20, 2011

aku nak simpan kau dalam peti ek..ok baik2 sayang..

 *****
Tiada lagi yang ku harapkan
Tiada lagi yang ku impikan..
Biar aku sendiri tanpa dirimu..
Tiada lagi kata cintaku
Takkan lagi ku bersamamu
Biarku simpan semua kenanganku bersamamu
tiada lagi by amy search

maaf hati buat kau menangis lagi..jiwa aku masih merah menahan kehilangan ini..
 ***** 

assalammualaikum dan salam muah muah..

sekarang nie asal petang je mesti hujan..semalam pergi kelas tak amik helmet skali..perghh..nak balik tengok2 helmet dah macam tempurung boleh takung air..adui..kepala basah la apa ag..maklum lah dah musim musim bulan TENGKU JUH nie hujan tak kira petang petir dentum dentum sana sini..

mmm..sorry la..entri kali ini masih lagi dalam mood putus, kecewa..bukan niat untuk menghebah satu Malaysia tapi entah pada sapa lagi aku ingin mengadu, tak tertahan rasanya..maka belog nie yang jadi mangsa..
aduhhhh... :(


kadang kadang setiap kegagalan dalam perhubungan pastinya ada masalah..seperti aku jugak, selepas diteliti dan dikaji melalui rentetan hari kejadian menerusi pemerhatian, aku tidak menolak hubungan aku dan dia yang kecundang di tengah jalan ini jugak mungkin disebabkan campur tangan orang lain (orang ke-3) di mana OK3 bukan pesaing/madu merebut pasangan tetapi seorang watak antagonis yang pada mulanya menitipkan kebahagiaan dan pemusnah kebahagiaan dengan motif tidak mahu orang lain lebih dari sudu dari dia..mungkin hubungan aku dengan si dia pada dirinya atas dasar untuk kepentingan diri sendiri dan apabila hubungan dah teruk dan hampir berkecai OK3 mengambil langkah selamat melarikan diri untuk menutup perlakuan yang dibuat untuk menggelakkan aib atau kesalahan diri sendiri dengan meng api api kan aku pula dengan si dia..mungkin..ok fine..panjang giler ayat aku sampai takde titik ek..

1. ok aku sedar kesalahan aku yang utama paling besar adalah mengutuk dia..tapi pada mulanya aku takde niat nak kutuk macam2 juz nak kuarkan rasa marah aku sebab dia masih tidak berkata benar..if dia jujur, aku tak rasa nak marah pun..tapi ego lelaki tak semudah itu nak patahkan..
 .....
v
v
aku just tulis ayat nie kat wallpost gurl dia..
"JGE LAKI AWK NIE BAEK2..jgn sbb pe'el die sorg, smue pompuan dpt dpermainkn..damn!!"

and then gurl tue balas nie..
"hei sory la,ape nk kecoh2 dlm ni,aku dh jga dgn elok dh laki aku ni,laki aku dh ckup baik bg aku...klau die nk permainkn kau ska hti die la,yg kau bdoh pi lyn 2 bt pe???"

start minah nie komen macam nie, kemarahan aku semakin panas dengan mt aku..well sape yang tak melenting panas kalau lelaki dah cakap sayang kat kita, then kita pun termakan kasih sayang dia..tetibe ada kat belakang pentas ada perempuan lain dalam hidup dia..kau rasa kan, kau rasa bodoh atau tertipu??

ok..aku bukan nak tuduh kau macam2 nak tunang ke hapa..tapi aku nak kepastian..dan tiada jawapan yang boleh memuaskan hati aku..sampai aku bawak geng kutuk kau macam2 memang hangat kalau masuk melodi memang meletop la..sadis betul..nasib baik kau tak baca..kalau tak mesti kau macam nak bunuh aku kan..hahaha..

2. ok..kesalahan aku seterusnya, dalam 4x gadoh tue kebanyakkannya melibatkan OK3 yang aku katakan tadi..aku sebenarnya dalam dilemma samada mengikut kata OK3 atau percaya pada dia..OK3 orang terdekat yang aku dah lama kenal tapi dia orang yang aku baru kenal..so nak ikut jalan mana??pilih jalan hitam ke??seriously kadang2 aku memang percaya kat dia..tapi kadang2 OK3 lebih meracuni pikiran aku dan kebarangkalian untuk aku percaya kepada dia kurang sangat kurang..

mmm..bila dah jadi camni teringat pada pepatah yang dia cakap kat aku..

"kalau awak nak berjaya dalam hidup, awak berdirilah atas kaki sendiri.."

yes memang aku silap..pandangan kawan lain kat aku..
kawan : kau, sebenarnya boleh pergi jauh ngan mt kau..tapi aku dah nampak kesannya disebabkan OK3, kau tak tahu memilih samada nak dengar OK3 atau mt kau kan..
yes..itu sebenarnya yang aku rasa kan jugak..

 well..apa pun semuanya dah berlaku..
nak patah balik, together gether memang tak kan besh..
dah yang pasti kalau aku jadi dia, aku pun tak kan maapkan kesalahan mengutuk yang telah aku buat..malu kot nak jilat balik ludah sendiri..mmmm..

so..this is finale of my story..watak mt pun dah mati dalam kisah hidup aku kerana aku dah tembak dia guna shot gun HK416..


Apa makna sayang??
"kalau kita sayang kat orang tue, kita akan percaya kat dia.."
-..sharing is caring..caring is loving..-

..fin..

Wednesday, October 19, 2011

aku bukan untuknya..

assalammualaikum dan salam muah muah..

hidup tak selalunya indah..
kalau semalam aku rasa bahagia sangat, tapi hari ini kebahagiaan itu menjauhi aku..
kalau semalam hati aku berbunga bunga, tapi kini bunga itu sudah layu di dasar hati..
kalau semalam setiap hari dengar suaranya, tapi kini bisu tanpa berita..


entah mengapa sejak kejadian itu aku semakin takde perasaan..
aku tak mahu jatuh cinta ag..
aku tak mahu hancurkan hati orang lain ag..
dan tak mahu sape2 ag dalam hidup ini..
aduhh..diri sendiri yang sakit..
kalau Tuhan dah takdirkan dia bukan untuk aku..
takpe la..aku terima semua ini dengan hati yang ikhlas..
terima kasih kerana memberi pengajaran yang sangat berbaloi bagi aku mengenali dunia pancaroba ini..

ok..pasni aku nak janji kat diri aku..kalau ada someone yang hadir dalam hidup aku dan dia jugak sayang aku, seriously aku akan jaga perasaannya, memberi sepenuh kepercayaan kepadanya, aku akan sayang dia lebih dari diri aku dan bersedia memberi sebahagian hidup aku untuknya juga..nie janji aku sampai bila2 pun..

sudah la..usah bersedih lagi..kenapa perlu meratapi orang itu yang bukan milik kita lagi..jika dia jodoh kita, suatu hari nanti Tuhan akan makbulkan jua niat kita itu..tapi jika bukan, anggaplah orang ini sebagai penyeri hidup kita semasa kita sunyi..moga suatu hari nanti kita menemui seseorang yang menjadi permata di hati ini..

dulu masa dia ada, cepatnya malam berganti siang..
kini masa dia tiada, lambatnya siang berganti malam..
saya doakan awak bahagia selalu dalam hidup awak..
jaga diri baik baik..

Tuesday, October 18, 2011

3 minggu..

semalam 17/10..mungkin titik akhir perkenalan aku dan dia..dan sebenarnya bukan semalam tapi 2 minggu yang lepas lagi selepas gadoh aku nekad taknak teruskan dan reda segala apa yang berlaku..


semalam..
dia : awak, saya nak bagitaw nie..camne ek nak cakap..
aku : emmm..cakap jela apa die..tak pun mesej je kalau xleh nak gtaw..
dia : saya nak gtaw saya tak jadi tunang dengan dia raya aji nie..

ok..so..siyes aku tak rasa pape..sorry..jiwa aku tak terkesan langsung..maybe hati kau yang aku paling sayang telah aku letak jauh jauh di suatu ruang sudut jiwa aku..sama ada majlis kau jadi ke tak, aku takde hak nak tahu..sebab as you know..dan apa yang kau cakap..kita bukan ada apa apa hubungan lagi..dan sekarang aku sendiri ada cakap aku tak nak minta lebih apa apa lagi dari kau..semuanya aku letakkan padaNya dan jika ada jodoh insyaallah..aku tahu kau sayang aku jugak..

nak jengah sekejap kepada memori walaupun hati aku kelihatan pudar dan sedih.. :(

dia : salam..
aku : wsalam..ye cik ada apa..nak cari sape..
dia : bru bgn tdo ek, xyah la cik2 segan lak..
aku : saje jela..abes nak panggil apa..pakcik??mane la taw tetibe ada orang bagi salam, orang kat cni bls la..
dia : he3 wak t smbg lain k ni dah nak masuk duty ni..
aku : ooo..ok bai..

fesbuk ernieyzainal "you make me feel sweet..aigooo~~"

aku : awk, rindu!!!hehe.. :P
dia : (text cannot display..) rahsia..tett..

memang betul kita hanya merancang, tapi Tuhan yang menentukan segalanya..aku percaya Tuhan ada rancangan yang tersendiri untuk kita..kisah aku dengan dia dah abes..3 minggu kenal, 4x gado dan 1 kesalahan besar yang aku telah lakukan itu takkan mudah dimaapkan oleh dia..dan tentunya untuk kembali bersama sama bermesra untuk mencapai impian takkan mudah digapai seperti waktu berkenalan dulu..

Wednesday, October 12, 2011

entri copy paste..break..

 

Assalamualaikum
“aku dan dia dah putus…”
“kenapa?”
“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”
“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”
“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”
“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”


selepas setahun.
“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”
“kenapa? apa yang dah jadi…?”
“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”
“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”
“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka.  rabak. koyak. patah….”
“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”
“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”
.
beberapa bulan kemudian
“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”
“kau ada jawapan?”
…senyum “ada…mudah.”
“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”
“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“lelaki?cinta?”

“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur :)

Tuesday, October 11, 2011

i'm play the game..and lose..

assalammualaikum dan salam muah muah..

selamat malam semua..sekuntum senyuman aku berikan pada kamu semua..:) malam semalam tadi aku rasa aku tak cukup tido..pukul 3 lebih rasanya aku tertido..plak tue dengan tido tertiarap sambil terpasang earphone di telinga..last2 lagu yang layan tido aku..then aku tersedar pukul 4.15 pagi aku kemas2 atas katil dan tido dengan betul..pastu bangun tido pukul 6.29 pagi..terus mandi, sembahyang subuh, lipat selimut dan duduk di kerusi mengadap laptop..

mmm..
mmm..
mmm..
aku teringat pulak peristiwa semalam, peristiwa semalam malam dan kalau boleh replay balik aku nak delete semua bungkus masuk dalam recycle bin dan empty kan tong sampah tue..

semalam aku dengar lagu nie..sedih.. :(
jar of hearts : by christina perri

orang kata cinta indah..kalau kita dah start play the game, kalau boleh jangan reverse or stop..kau kena play sampai penghujung baru kau bahagia..tapi kalau kau stop, pause kadang kadang boleh menjadi barah kanser yang sangat derita..kau boleh tahan sakit??

and then..this for the 2nd time, my heart is broken, berdarah dan akan menjadi parut yang tak akan hilang selamanya.."itulah aku dah warning awal2 jangan pernah dekat dengan game tue..tapi kau nak jugak..kau kata kau nak rasa bagaimana adventure nye game tue kan..amacam besh tak??memang seronok kan..berbunga hati yang sekejap..aduh, saya sudah jatuh cinta..tapi bila hati kau tengah mekar sekembang mawar merah, tetibe kau taw die ada steady gf merangkap bakal tunang, then apa yang kau rasa??"
bangang kan..eh aku bengang..

awak..
kenapa saya kenal awak ek??
kenapa saya boleh cakap saya sayang awak ek??
kenapa dengan mudah saya boleh lafazkan luv u too kat awak gak??
agaknya saya memang bodoh termakan dengan kata2 camtu..
dan..
pengakhirannya adalah sangat menyakitkan hati..
tengkiu wak ntuk segalanya..
:(

Monday, October 10, 2011

Saturday, October 8, 2011

babak cinta 1..

assalamualaikum dan salam muah muah..

tengkiu awak..thats a great momories and sweet things yang penah aku lalui walaupun sekejap..mungkin Tuhan sengaja nak berikan aku rasa cinta yang benar2 nikmat dan mengasyikkan itu..aku sangat2 menghargainya..tapi Tuhan tarik cepat2 nikmat itu sebab tak nak aku terpengaruh dengan taklukan nafsu duniawi..

hey..saya rindu la..saya memang sayang awak..betul..saya tak tipu..
tapi..
disebabkan awak..sebab awak tak jujur saya tolak awak sampai jatuh..saya tak nampak lagi cinta..saya sanggup ketepikan rasa sayang jauh ke lubuk hati..saya kecewa dan hati saya pedih dan sakit bila mengenang kembali..tipu kalau saya takde perasaan walaupun sekelumit rasa..

apa makna sayang kalau takde kejujuran??
apa makna cinta kalau keikhlasan hanya di bibir??
apa makna hubungan yang mesra kalau kita meletakkan hubungan itu hanya berlandaskan nafsu??

awak, macam nie ke perangai awak sebenarnya..macam mana nak jadi ketua keluarga suatu hari nanti..adakah bakal bini awak sudah reda dengan pe'el awak sebegini rupa sehingga tidak dapat mengawal dan mengubah awak kepada sesuatu yang elok..kesian kaum wanita sekarang..dipermainkan..hebat lelaki..berbekalkan kata2, janji2 manis mudah untuk mencairkan sekeping hati wanita..senang sangat..lihat, akhirnya wanita jugak dikatakan bodoh..bodoh sebab melayan lelaki yang sedang memainkan seorang wanita..

k la..ngantuk yang tak tertahan..
sambung tulis esok yep.


Thursday, September 8, 2011

Bual bual kosong..

Assalammualaikum dan salam muah muah..

[i love my friends] sorry..gambar tiada kena mengena dengan cerita di bawah..

Lama suda tidak menulis..ditambah pula dengan hari raya nie, bertambah tambah kelesuan untuk menaip tatkala kesibukan melayan tetamu dan melayan kerenah 4 orang anak buah tue..mak teh kata tolong jangan muke chomel boleh tak!!??dan nampaknya pipi aku semakin membesar..tembam giler!!omggg!!pulak tue keboyotan perut jugak menonjol nonjol bersama sama meraikan raya bersama keluarga..bila menziarahi rumah sanak saudara je, bukan setakat kuih raya terhidang, malah kita terjamu sedikit jamuan kecil..paling tidak pun mee goreng, nasi impit ketupat rendang lemang kuah kacang satay sup gear box dan macam macam lagi..bila sampai rumah dah kenyang takyah masak dan semestinya tido paling dinantikan..anak dara sape tah nie kan..ooOoo..adakah hari raya hari menambah berat badan??haha..ce tanya perut..manalah tak gemuk kan..jumlah kalori yang diambil melebihi jumlah kalori yang dibakar.. 
tahukah anda??untuk menurunkan berat 1kg memerlukan 7700 kalori yang dibakar..(misalnya berat badan anda 60kg..dalam sehari anda mengambil 20700 kalori..so berapa berat badan anda pada esok hari??jika pada hari itu anda berjaya membakar 7700 kalori, maka yang selebihnya maybe akan mengundang pertambahan berat badan anda..)see..kalau nak diikutkan betapa susahnya untuk kita membakar lemak tapi untuk mengumpul lemak sangat senang semudah 3 cara..buka mulut, ngap banyak2, alhamdulillah..

Kuih karipap sebijik pun dah 130 kalori..biasa yang kita makan yang 3bijik seringgit tuh..so darab 3 dah 390 kalori..belum tambah bermacam jenis nasi, ayam, daging, air dll..fuhh..nafsu makan memang sukar nak kawal..sebab tue gemuk tak memasal..asal nampak makanan sedap je, mesti nak melantak..awareness tue penting..

Kalau kat rumah, tips aku kalau taknak makan banyak, jangan suruh mak aku jadi chef yang terhebat di seantero dunia..cett!!haha..ala mak masak je apa yang ada..tak payah susah susah la..kalau ayam bertelur sebiji, kita makan telur goreng, jangan makan ayam goreng..ye dak??

Kalau kat U pulak,aduh nafsu makan ada goyang sikit, bile lauk pauk mak bedah terhidang tinggal sauk je mane yang berkenan memang tinggal angan jela..pastu duit pun melayang layang sebab pilih selera Masterchef..paling kurang sehari rm4..nak taw tak, kalau aku beli nasi campur mesti kena cas mahal..kawan aku tak pulak padahal lauk lebih kurang sama je..agaknya muke aku nie muke student kaya ke makcik!!??nasi campur paling murah pernah aku makan masa zaman dok kat matrik dulu..perghh..teringat kat ayam sambal dan kentang sambal..lauk peberet tue..kalau 2 lauk nie dengan nasi baru rm2.80 lebih kurang la..percaya atau tidak aku mesti amik nasi penuh sampai kadang kadang polistren takleh tutop..fuhyohh..makan ke melantak ke perut tong nie..ngehh..tipu je..tak kisah la makan banyak ke makan sikit ke, janji aku ada tenaga nak belajar nak stay up nak beriadah nak masuk kuliah takde parkinson dan nak usha2..haha..agpun kadang2 malam tak makan, kira siang makan 2in1 sekali..jimat bajet..yela aku nie budak ptptn..lepas bayar yuran itu ini baki tinggal suku je belanjawan untuk 1sem..percayalah aku sebenarnya sengket aka jehan miskin dan sorilah kalau aku beli2 something nie nampak macam berkira kalau benda2 yang tak berfaedah..eh eh erniey nie..buat cite kesian pulak kat sini..tampor kang..pang!!ngehh.. tapi tapi kalau aku kaya nanti, (tak payah la beria sangat nak tunggu sampai kaya ek..) aku nak belanja semua orang!!sabar yop..bile dompet koyak, maka BANK MA la yang akan dituju..text or call dengan pesanan penaja yang paling masyuk..
Makkk, seratus..nie bajet nak hidup untuk 2minggu..makan, topup, print, fotokopi, bla bla bla semua..Lebih kurang 24jam dah boleh korek dalam mesin ATM..mudah kan..kadang2 dua tiga hari sebelum 2minggu dah abes..

tapi rasa macam tak besh pun ada sebab aku taknak menyusahkan orang lain, tapi aku terpaksa..sebab tue aku kata kalau aku berduit, aku nak belanja semua orang..tapi sekarang aku tak boleh!! bile dah jadi student final year aku rasa macam nak pencen belajar, lebih2 lagi cuti 4bulan menjadikan otak yang berkarat semakin bertambah karat..rasa nak keje cari duit, bergaya dengan Jazz, membeli belah dengan selambe nye dll..whoaaa..bilakah masanya akan tiba ek..

mmmm..apa yang aku melalut nie kan..penat dah ak bebel..aniiiiiii!! angkat baju di jemuran, hari nak hujan..ngehhh..ok la bai..tata..

p/s : sometimes that girl who seems so strong, is really the girl who deep down is falling to pieces.. :)

Monday, August 29, 2011

Salam Aidilitri.. :)

Assalammualaikum dan salam muah muahh..


dikesempatan ini, aku ernieyzainal ingin menyusun sepuluh jari (nak tambah jari kaki buleh tak??) jika ada terkasar bahasa, terlebih gurau, tercela carut, terasa hati dan lain lain ter ter kepada sesiapa yang mengenali diri ini..semoga Syawal kali ini membawa sejuta makna, keberkatan, keinsafan dan kemaafan kepada kita semua dan bergembiralah bersama keluarga tercinta..

Minal Aidil Wal-Faizin


p/s : esok pagi raya nak ziarah kubur..rindu rasanya..semoga aku tabah menjalani kehidupan tanpa yang tersayang.. :)

awak buat apa??saya buat bodoh..

 
 

Antara soalan popular pertama yang ditanya ketika message, chat ataupun call :
You buat apa?
Dan jawapan yang 99% pasti adalah :
Takde buat apa
Dan kebiasaanya, jawapan itu tidak mengundang masalah. Tetapi, sekiranya dijawab begini :
Buat bodoh jer 
Boleh bergaduh kalo jawab macam tu.

Dan soalan kedua popular selepas pertanyaan tu :
Ko kat ner? 
Dan selepas itu baru berlangsung kepada topik yang hendak ditanya.

Kenapa begitu erk sistem komunikasi di mesia ni? Ataupun satu dunia mmg mcm tu? Takde rasa2 nak tukar cara berkomunikasi?

Friday, August 26, 2011

Admire?? lol..

Assalammualaikum dan salam muah muah..

Selalunya orang takut nak dekat dengan yang good looking and cute cute nie..sebab mesti orang akan pikir dia memilih bile nak cari pasangan..tapi tak semua macam tue..sesetengah je..pemikiran orang yang biasa2 pulak bile tengok orang hensem dan cantik nie mesti macam nie "ala mesti die tak pandang aku.." so kesimpulannya dia tak datang dekat hanya admire je..

1. Sebagai seorang single, suke tapi juga benci bile perasaan nie datang walaupun just admire..kenapa??sebab dia dah trmasuk sikit dalam ruang tapak parking bermusim nie..nie lah bile kuasa pandangan pertama terus suka..aduh..kadang2 rasa pelik kenapa manusia ada perasaam macam tue kan..dia tak salah apa apa cuma aku yang tersyok giler babeng kat dia..ok!!damn you..jangan fikir bukan2 melampaui divider boleh tak..ketahuilah bahawa perasaan itu hanya nafsu semata..yes..i know..tapi the problem is aku dah tertambah dia kat friend list fesbuk..hohoho..ooomaigooot..(gedik rupanya..ok..just nak kawan je..)

2. Eh dia approve la..waduhh..memang buat aku lagi gile suke meroyan..hahaha..
And then lagilah the situation more complicated bile ter post sebaris ayat kat wall si admirer..

"awak, kenapa approve saya..haha..tengs..:)"
"awak, kenapa add saya..haha..welcome.. :)"
..bla bla bla..
..bla bla bla..
Kemudian berlanjutanlah dengan proses komen mengomel..

3. Then..uhhh..dia single??tak caye la..muka baby kiut comel justin bibir tak bibier sangat lah ramai peminat camni takkan takde yang special kot..hek3..dah break kot..whutever~~tak kisah la single ke double ke, ok takde niat nak approach pun..lagipun die gred superduper cute, aku gred beginner yang baru nak up cute..hahaha..(bunyi sepesen loser..)

4.
Kawan : eh admirer baru ke??ceciter..
Aku : hahaha..adalah..buekkk..
Kawan :gitu la choii..aku pun ada admirer baru..waka waka..
Aku : ok ok..cepat share..hahaha..
[spesies giler kumpul admirer agaknya..]

5. 
[nak letak gambar boleh??haha..tak payah la..]-tak bek curi gambar orang..
[nak tulis nama boleh??haha..no need la..]-tak bek buat orang femes tetibe kan..
Ok..babai..esok esok sambung ag yop..

ok..im stalker..lol..

P/s : bile kita kata minat bukan bermakna kita mahu dia jadi someone special (kekasih atau suami) or anything but just he know that IAYSM..[ernieyzainal2011]
-the secret of happiness is to admire without desiring..yeahh!!

Sunday, August 14, 2011

Bukan yang istimewa lagi..

Assalammualaikum dan salam muah muah..



Senyum..syukur..everything its ok..it is right??entah..nampaknya kau masih ragu ragu..kenapa ek??kenapa ek??suara hati berkata kata, walau sejauh mana pun kau dekat..kau still bukan yang istimewa lagi..yeahh..aku setuju!!sila katakan setuju dengan volume yang paling tinggi dan terkesan dalam hati..yeahhh..i'm ok!!walaupun ini adalah permulaan bagi perjalanan yang kedua..

Walau sejauh mana pun apa yang kau fikirkan, ia masih begitu beku seperti di dalam peti sejuk..kenapa nie??entah..aku rasa dah give up..malas..biarlah..ahhh lantaklah macam mana pun yang terjadi aku mesti positif..semua yang berlaku ada sebabnya..

aku rasa di zon selesa..tapi banyak yang terkepung dalam fikiran terjerat akibat mainan akal..ahhh..jahanam!!nyahhh kau si pengganggu medula yang merasuk hemisfera kiri atau kanan ahhh tak taw aku..dunia seakan samar menghampiri kelabu dan mungkin gelap..tiada arahan dan tiada arah tuju..takde sapa nak bagi kau penunjuk arah..loading..loading..loading..your server is error..sudah lah..merepek meraban tak tahu hala..ngantuk sudah..bai..

p/s : Perjalanan sekarang adalah untuk masa hadapan dan jangan mengharapkan perjalanan semalam lebih bermakna untuk masa hadapan..[ernieyzainal2011]

Thursday, August 11, 2011

Watashi wa totemo kawaikatta..

Assalamualaikum dan salam muah muah..

Annyeong-haseyo..
disebabkan kegilaan drama drama Korea dan kerasukkan music K-Pop di negara kita, entah aku pun terasa macam nak belajar bahasa korea..aku bukan la hantu drama Korea macam kawan kawan aku tapi cerita korea yang aku rasa paling sweet pernah aku tengok My Girl..ok..aku yakin semua semua yang giler korea akan berada dalam mimpi fantasi bila mereka tengok citer2 korea nie kan..ye dak??
Contohnya bila dah tengok tengok drama pastu keluar lagu Sang-eo-reul Sa-rang-han In-eo..sure mesti semue akan rasa wowww suwit giler...oomaigot~~haha..lagi layan bila ada english translation lagu tue..
 part last scene yang paling comel dan dinantikan penonton..warrrggghhh!!!

tapi kali ini aku nak tunjuk beberapa perkataan simple bahasa Korea..
네.(예.)
[ Ne.(ye.)]
Ya.  

아니오.
[Anio.]
Tidak. (Bukan.) 

여보세요.
[Yeoboseyo.]
Halo. 

안녕하세요.
[Annyeong-haseyo.]
Apa kabar. 

안녕히 계세요.
[Annyong-hi gyeseyo.]
Selamat tinggal. 

안녕히 가세요.
[Annyeong-hi gaseyo.]
Selamat jalan. 

어서 오세요.
[Eoseo oseyo.]
Selamat datang. 

고맙습니다.(감사합니다.)
[Gomapseumnida. (Gamsahamnida.)]
Terima kasih. 

천만에요.
[Cheonmaneyo.]
Kembali. (Sama-sama.) 

미안합니다.(죄송합니다.)
[Mianhamnida. (Joesong-hamnida.)]
Minta maaf. (Mohon maaf.) 

괜찮습니다.(괜찮아요.)
[Gwaenchansseumnida.]
Tidak apa-apa. 

실례합니다.
[Sillyehamnida.]
Pergi Dulu.
Domo arigatogozaimashita..


p/s : bahasa korean dengan jepun adalah berbeza..
Pape pun Watashi wa totemo kawaikatta!!!haha..

Wednesday, August 10, 2011

group untuk single single sekalian..

Assalammualaikum dan salam muah muah..

plan ni untuk sesape yang rasa dirinye single je x kire la girl or boy yang penting single
yup...couple is trouble ...single is simple
..

Syarat2 nyer :
1. SINGLE (tue semestinye, syarat wjib )
2. Dude ngan jande pon ley join..
3. Suami2 / istri2 orang adalah sangat di LARANG menjoin club ni
4. Pakwe2 / makwe2 orang jugak sangat2 di LARANG.
5. Kepada insan2 yang berstatus COMPLICATED, anda masih lagi di terima

n korang bley gak cari calon2 kat sini sbb semua pon sure is single....xyah lg kacau awek or pakwe2 org kat luar tuh..huhu...
insya'allah ade jodoh jumpe lah..=)...
pray the best for u guys..

Dua tiga hari nie aku asyik menepek je kat satu group di fesbuk nie..Persatuan Single Single Sedunia (PSS)..tah la aku pun tak tahu mengapa aku nak sangat terjebak mungkin korang akan rasa macam buang masa je..apa lah si erniey nie mengarut betul masuk group budak budak tak cukup umur nie..ok just for fun..tapi pada aku mungkin kebarangkalian nak jumpa jodoh di sini pun ada jugak kan..haha..ok ok..aku sedar aku dah tua beb mestilah nak menyediakan apa yang perlu, bekalan yang perlu dan kehidupan yang perlu untuk masa masa tua di kemudian hari..

Ok berbalik pada group PSS nie..thumbs up la..sekarang ada lebih kurang 13k ahli dan hingga hujung minggu nie dianggarkan mencecah 25-30k..mana taw..tapi tak taw la samada 13k ahli tue betul2 single, mungkin ada dah kapel or dah kawin kan..tapi yang penting perbincangan dalam group nie berkisar sesingle sesingle k..1st time aku jumpa group yang sebegini ramai ahlinya dan bebas bersuara tentang relationship single dalam hidup nie..majority dalam group nie, remaja muda hingga tua, termasuklah warga warga tua yang nak menggatal..mungkin..haha..


sape yang berminat especially single single yang tak berpunye lagi boleh la join tapi korang yang sakit kepala mungkin tak digalakkan sebab setiap 1 saat pasti ada post baru masuk dan kalau korang komen setiap post, banyaklah notifications yang akan keluar di belah kiri skrin anda..kalau yang dah ada I Love You, You Love Me?? tue tak payah la join ye..buat single single marah je..silap silap nak cari partner dapat pulak bapak orang, boyfriend orang, laki orang, ke tak macam frust pulak kan..haha..

lepas join group nie ada pulak masuk friends request..ada satu dua yang aku approved..yang aku tak tahan ada seorang budak nie add aku, pastu aku tengok lah wall dia, mak aiii ramai yang dia add dari PSS..tak boleh blah..tah tah die tembak girl girl yang die berkenan pastu simpan dalam friends list dia..haha..whutever..

p/s : sambil sambil komen, boleh la skodeng skodeng yang berkenan di hati..mana taw ada..haha..gedik sungguh..ok aku maen maen jela..

Tuesday, August 9, 2011

love BPSP'rian 2008-2012 :)~~


Kini lepas nek raya nanti, tinggal 2 sem sahaja sebelum melangkah meninggalkan bumi UPM..Insyaallah..terasa sekejap rasanya masa berlalu..bila tengok foto foto dari sem 1 macam baru semalam je peristiwa peritiwa itu berlaku..selama 3 tahun mengaji di sini banyak ilmu yang aku timba..bukan itu sahaja, pengalaman mengajar aku kehidupan..semoga pengalaman yang ada akan aku bawakan ke sekolah nanti untuk mendidik anak bangsa supaya menjadi manusia..

Kini tinggal gambar gambar kenangan..untuk kita mengenang kembali waktu suka dan duka bersama..andai aku bisa kembali ke kehidupan lalu..alangkah manisnya..tapi bila tiba tikanya perpisahan biarkanlah tiupan angin lalu membawa kita bertaut kembali..agar persahabatan kita tidak akan putus..

Entri kali nie aku nak tunjukkan beberapa keping gambar..
For all BPSP’rian tataplah kenangan setiap sem yang kita lalui bersama..

Inilah bakal bakal cikgu Sains Pertanian dan Kemahiran Hidup batch 2008-2012..
Kamu semua memang best dan terbaekkkkkkk..hope semua berjaya, cemerlang dalam bidang yang bakal ditempuhi..rilek 1 sem je lagi kita kena rempuh..tahun depan praktikal!!!
^
^
^
^
^
^
Di bawah nie, gambar gambar selama 6 sem yang telah aku lalui di upm..


Di ladang FPP..pengalaman pertama kali aku berbakti kepada tanah untuk tanam sayur masa sem 1..kalau tak silap aku, waktu nie kena tanam tomato..tapi tanaman tak menjadi disebabkan cuaca yang tak sesuai..jadi  ambik keputusan tukar tanam kacang panjang..dan masih segar di ingatan lagi, pergi ladang jalan kaki tiap tiap hari untuk siram pokok..gigih taw..boleh tahan jauh 1-2km kot..berat badan gitu jugak..haha..

Group ladang..haha..amik kau sebijik macam petani..siap nak bertopi, berkasut but Pua Chu Kang..gelap kulit beb..

Yang ni pulak sempat lagi berkelah tepi jalan nak tunggu bas datang lepas habis amali di ladang..

Tak lupa jugak pengalaman membuat meja kopi..inilah hasil kerja tangan grup perempuan.. sekarang, meja nie ada kat rumah aku..cantik lagi macam dulu..
Yang ni pulak group ladang masa sem 4..ok la besh..teringat masa buat cantuman pokok, jari aku mesti terhiris pisau..2 kali belajar, 2 kali jugak terhiris..agak agak nak ajar anak murid nanti macam mana ek??kena mandi bunga dulu kot..hehe..

Serdang orchid nursery..emmmm..ada cerita disebalik tempat nie..kononnya nak buat tinjauan projek nursery kat tempat nie tapi ada perkara yang lagi menakutkan..rupanya dalam nie banyak anjing jaga..ada 1 2 ekor yang tak kena ikat..cina punya tempat..gabra siut dengan binatang binatang nie menyalak tak tentu pasal..nasib baek ada hero hero ni..kalau tak memang aku surrender takkan masuk tempat ni..

Hahaha..yang nie pulak gembira yo yo je sebab selamat membinding folio Lukisan Teknikal untuk dihantar..siyesly aku memang suka belajar lukisan buktinya En yang ajar amali selalu bagi aku A kat lukisan aku..motif??hehe..lagi satu aku suka sebab lukisan teknik ni memang nampak smart lagi lagi lukis dalam Autocad..

Gambar nie masa pergi mandi manda party Kuch Kuch Ulu Yam last sem 4..besh gile kot mandi + barbeque + lawatan ke Batu Caves..bile korang nak jalan jalan macam nie lagi..tak kan asyik nak skodeng kem kcta je..haha..
Seterusnya……..
Yang ni pulak group ikan sem 5..sepanjang di upm ini adalah amali yang sangat memenatkan selain buat batas  di ladang tapi seronok sebab dapat berenang masuk kolam ikan..pastu kena pulak pegang ikan keli yang geli geli tue..yarghhhhh…balik je mesti penat gile, lepak, pastu kena basuh baju terus yang lembap dan berbau nie..
Ada lagi……..
Yang nie lagi besh sebab dapat jala ikan ramai ramai..perghh..mula mula nak masuk kolam agak gabra sebab pengajar kat situ cakap kolam ni dalam la, pastu dia suruh hati hati kalau kalau terpijak binatang macam landak air ke apa..entah le..aku pulak kena pergi ke belah tengah lagi dalam air agak agak paras atas dada gak la..tapi memang syok..kalau tak masuk tak tahu..dah masuk dalam rasa taknak keluar pulak..hahaha..

Hahhh..nie lagi satu amali yang memberikan acuan gelap pada kulit aku..burn sangat sangat..kat upm ni ada sawah padi rupanya..inilah 1st time bekerja macam pesawah..bersyukurlah dengan sebutir nasi sebab jadi pesawah ni rupanya boleh tahan penat..tapi sekarang sudah ada macam macam mesin..so kuranglah sikit penatnya..nak tanam anak pokok padi pun ada skill..tak boleh suka hati cucuk cucuk dalam lumpur..

Haha..yang ni test power membajak sawah guna mesin daedong..ada gear..ada brek..ada stereng, tapi bukan macam stereng kereta..ni stereng picit picit punye..haha..nak gambaran yang lebih jelas tengok citer Hantu Kak Limah Balik Rumah..

Next!!!
Lepas penat penat bucuk bucuk balik sawah, kena rushing pulak masuk kelas masak masak..kepenatan hanya Tuhan saja yang tahu..masa sem 5 memang sem gelap melanda..bukan setakat gelap, kilat pun ada..lebih kurang nak macam negro..haha..

Kalau kat rumah asal aku bukak lampu dapur je mesti nampak lipas berkeliaran lari lari..ke aku yang lari dulu..keh3..tapi kat upm nie pulak kena bedah lipas yang kecik tue..tak takut pun sebab lipas tue awal awal lagi dah pengsan..kenapa bedah lipas??sebab aku amik subjek perlindungan asas tumbuhan mengenai serangga merosakkan tumbuhan, rumpai, racun serangga dan fisiologi serangga..inilah subjek paling getir gigil time test sebab kena ingat dan hafal semua nama saintifik..nasib baik lepas daripada kantoi lagi susah..haha..

Yang nie pulak assignment 40 jenis tumbuhan koleksi herbarium aku.. herbarium stand for herba+akuarium..hehe..tipu je..herbarium adalah helaian daun yang dihempap di bawah tilam aku supaya kering dan dibukukan..itu cara tradisional..cara moden kena masuk oven..nak tengok dalam kena datang rumah aku dulu..cun beb..banyak kenangan buat benda nie..petang2 kena masuk hutan cari daun..pastu tepek dalam tilam dulu, dalam pada masa yang sama kena cari description pulak..dan disebabkan buat last minit aku terpaksa bersengkang mata, mengerah tenaga dan ponteng kelas untuk menyiapkan benda nie..tak susah tapi leceh..40 bukan sikit beb..

nie bukan setakat buat herbarium je, setiap minggu kena jadi pelukis yang hebat sebab kena lukis pelbagai jenis daun di muka bumi ini..selalunya kalau esok nak kena hantar, aku memang suka cari nahas tido lambat buat kerja dah paras paras hidung..

Then…..Sem 6..
subjek agroteknologi..tubuh satu syarikat, tanam sayur, jagung, kompos..then dapat hasil dan jual tanaman kepada pelangan..
Aku tengah petik kacang panjang..setiap petikan tue adalah duit..haha..biasa beb pengurus kewangan 1FRESH yang terbaekkk wokk..haha..poyo je..yang kat belakang tue pokok jagung takde buah lagi..sem 6 la aku rasa puas gile makan jagung, bakar jagung, makan kangkung, makan cili..untung jualan kitorang bawa shopping Cameron Highlands..memang best..

Bakar jagung kat ladang..fresh baru petik dari pokok..nak rasa tak??alololooo..dah abes..hehe..

Ok..ok..sebenarnya banyak lagi gambar2 menarik nak tunjuk..macam my admirer yang jaga test akaun tue..hak3..who’s??macam aku boleh ambil gambar dia masa test..yela aku rasa cukup la sampai di sini saja..bosan pulak aku rasa tunjuk gambar pastu tulis caption..kalau macam nie upload kat fesbuk pun boleh kan..haha..
Last and not least..
Love BPSP’rian 08..
Muahhhhhh..

p/s : yang di luar sana or adik adik lepasan SPM, jangan anggap kos pertanian nie macam course orang  kampung ja..kalau anda berfikiran begitu, anda silap sebenarnya..sekarang..pertanian adalah perniagaan..dan perlu kita ingat, kita nak hidup mesti makan..so makanan yang kita makan adalah dari sumber pertanian juga..so sokong pertanian Malaysia!!ehh..tetibe..hehe..